86.

4.5K 243 33
                                    

Setelah seketika, baru la Azriel jauhkan bibir dia dari Aster. Belum cukup itu lagi dia mengucup dahi Aster pula setelah itu baru la dia tarik Aster ke dalam pelukannya.

Aster pegang belakang bahu Azriel sewaktu bernafas di balik kot Azriel. Naik turun kencang nafas dia sebab terkejut. Tak sangka semua ni akan berlaku.

Azriel kemudiannya lepaskan pelukan itu dan tolak Aster jauh dari dia untuk pandang wajah tu. "Kau okay tak?"

Aster pandang tak percaya ke Azreil lepas dengar soalan itu. "Nampak saya okay ke?"tanya Aster yang bingung sendiri.

"Haha...tak..kau nampak cantik."komen Azriel sebelum kucup pipi Aster sambil tersenyum.

Aster berkerut kening masa pandang Azriel. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia. Rasa masih di awang-awangan lagi.

Azriel kesat kesan gincu yang terkeluar dari bibir Aster kerana kucupan tadi dengan ibu jari sebelum pandang ke mata Aster.
"We kiss...what else.."jawab dia dengan nada 'duh'

"Saya tahu tu...tapi kenapa?"tanya Aster lagi.

"Kau rasa kenapa aku kiss kau?"

Aster terus tampar dada Azriel kerana jengkel. Letih betul kalau bercakap dengan Azriel ni. "Mana la saya tahu. Ada banyak kemungkinannya. Sama ada awak saja, atau nak main-mainkan saya...tak pun sebab awak suka saya? Boleh tak serius sikit.."

Sambil tersenyum, Azriel tatap wajah Aster dengan lama. Buatkan dia teringat kan semuanya. "Sebelum tu aku minta maaf awal-awal.."dia rangkul bahu Aster dari belakang lalu menghadapkan mereka berdua ke laman itu.

Aster dah rasa tak sedap hati.

"Kenapa awak minta maaf?"jangan cakap Azriel tak suka dia sudah. Nangis dia dekat sini nanti kan!

"Untuk semuanya..."Azriel sandarkan kepala dia ke tepi kepala Aster sambil termenung pandang ke depan. "Mungkin masa pertama kali kita jumpa semuanya tak berjalan dengan baik...malah aku sakitkan kau...untuk tu aku minta maaf."

Aster terdiam, dia pandang ke depan tak bergerak.

"Serius aku beritahu kau...jangan gelakkan aku.."Azriel palingkan kepala ke Aster.

Aster pandang Azriel lalu angguk kepala. "Okay...saya tak cakap apapun.."

Azriel diam buat seketika sebelum melepaskan hela nafas panjang. "Kau ingat tak cerita Fallen Star yang kau ceritakan dekat aku hari tu?"

Aster mengangguk."Ingat."

"Ibaratkan aku bintang yang jatuh tu dan kau adalah orang yang jumpa aku.."

Terus Aster pandang ke tepi muka Azriel dengan muka terkejut. Tapi Azriel tetap pandang ke depan. Fokus nak bercerita.

"Pada awalnya kita jumpa, masa tu aku tengah marah sangat. Papa dengan mama desak aku untuk sambung belajar dan jadi apa yang dia orang nak. Jadi aku cuba larikan diri, dan masa aku larikan diri tu, kau muncul dekat tengah jalan dan buatkan aku jatuh ke atas kau." Azriel tersengih lepas teringat situasi tu. "Lepas aku kena tangkap papa dengan mama aku kekang aku dari ke mana-mana. Dan hal tu buat aku marah sangat. Untuk tu aku salahkan kau. Jadi setiap kali aku jumpa kau, sebolehnya aku nak kau rasa sakit hati macam mana aku rasa..."

Tak berkedip mata Aster menengok tepi muka Azriel, tak tahu pulak dia Azriel bencikan dia sebab kemalangan dekat shopping complex tu.

"Sampai la satu masa tu, kau marah kan aku lepas aku sengaja langgar kau. Dari situ aku terkesan dengan kau. Bukan sebab marah atau benci tapi ada satu perasaan tu aku tak tahu apa perasaan tu. Sampai la masa aku dapat tahu kau adalah tutor Elisson. Perasaan tu muncul lagi, tapi kali ni rasa gembira dan marah yang bercampur baur. Aku ingat kau macam orang lain dekat luar sana. Cuba dekati family aku hanya untuk porak perandakan keluarga aku. Jadi aku cakap la something yang sepatutnya buat kau keluar dari rumah tu dan give up dari bekerja dekat situ..."luah Azriel dengan nada serba salah. "Lepas pertengkaran kita tu kau langsung tak datang rumah atau ke kolej. Dan dri situ la aku sedar....yang selama ni aku marahkan kau bukan aku bencikan kau...tapi sebab aku suka dekat
kau.."

Kening Aster berkerut tak faham."Kalau macam tu kenapa awak tak cari saya masa saya tak ada?"

Azriel tunduk termenung memandang ke bawah bersama senyuman nipis di bibir."Aku malu...masa tu aku tak sure betul ke perasaan yang aku rasakan ni...jadi aku biarkan, sampai la kau munculkan diri untuk tenangkan Elisson. Kau tak tahu betapa leganya aku masa kau datang hari tu. Rasa macam nak peluk pun ada. Tapi aku diamkan diri sebab aku ingat kau masih marahkan aku."

Aster tersenyum bila teringat malam dimana Azriel tolong cucikan luka dia. Masa tu dia takut bukannya marah.

"Masa tu kau nak sangat balik. Kalau boleh aku tak nak kau balik. Entah macam mana, mama suruh kau bermalam dekat situ sekali.Lepas aku dengar, rasa excited tu kau jangan tanya la...lepas kau cakap kau takut tidur sensorang dalam bilik tu, aku rasa macam nak ketawa je. Tapi tak...aku marah kau sebab nak kawal diri aku supaya tak nampak sangat yang aku suka kau masa tu, tapi itu la...nak buat macam mana, takut punya pasal, aku temankan kau tidur sekali atas katil tu.Serius...aku pelik.macam mana kau yang dah besar panjang boleh fikir ada momok bagai"

Terus Aster ketawa kerana malu dengan memori tu. Terus dia sembamkan muka ke dada Azriel.

Badan Aster dipegang Azriel sewaktu dia berkata."..masa tu la aku conform yang aku memang dah sukakan kau...entah macam mana mama boleh tahu. Dia beritahu papa, papa cakap dengan aku.Pesan aku itu dan ini..."luah Azriel. "Dan sejak tu aku serius untuk sukakan kau tak kira la apa berlaku...macam cerita bintang kau tu..."

"Mama papa awak tahu?"

"Ha'ah...aku tak tahu macam mana dia orang tahu, so dari situ mama suruh aku mintak maaf pada kau.Telefon tu idea aku..bukan mama."

Aster jungkit kening tinggi terkejut. "Serius la..."

"Ya...sebab tu aku sanggup ikut balik kampung kau...dan kau nak tahu part paling best?" Azriel pegang rambut panjang Aster tu semasa pandang wajah Aster.

"Apa dia?"tanya Aster.

"Mama kau tahu tentang hal ni...sebenarnya dari awal lagi dia dengan mama aku rancang untuk satukan kita berdua. Mama sendiri beritahu aku sebelum aku bertolak ke kampung kau hari tu.."

Aster buat muka 'what the hell' dia lepas dengar. Patut la! Sekarang baru la dia faham. Kenapa mama dia bertegas sangat pada dia supaya jauhkan diri dari Zander la...jangan sukakan Ashton la. Apa la. Rupa-rupanya dah ada niat lain...

"So parents suruh aku beritahu semua ni pada hari lahir aku...pada kau."

Aster pandang Azriel sebelum merangkul leher Azriel dan memeluk erat tubuh itu. "Saya pun sukakan awak..."lafaz Aster sambil memejam mata dengan erat,

Azriel tunduk mengucup bahu Aster sebelum balas pelukan itu. "Je t'aime tres fort."sebut dia sambil tersenyum.

Mata Aster terbuka lepas dengar. Apa pulak tu maksudnya. Dia lepaskan pelukan tu lalu memandang Azriel dengan kening berkerut. "Apa maksudnya tu?"soal dia.

"Cari la sendiri maksudnya..."sengih Azriel.

Aster buat muka menyampah sebelum mencapai telefonnya lalu menekan google translate. "Sebut balik perkataan tu.."dia sua skrin telefon dekat depan mulut Azriel. Memandangkan dia tahu itu bahasa apa, jadi dia boleh cari maksud perkataan tu.

"Je t'aime tres fort..."sebut Azriel depan skrin telefon tu.

Setelah key word di terima, google translate itu mengeluarkan bunyi 'dring'.

Aster terus tunduk memandang skrin telefon tu. Menanti perkataan translate muncul. Lima saat kemudian perkataan translate itu muncul di skrin. Yang membawa maksud.

"I love you very much."sebut Aster sebelum angkat kepala memandang Azriel.

Terus Azriel pegang kepala Aster dan menarik kepala Aster dekat padanya. "I love you too." lafaznya sebelum mengucup pipi Aster dengan sepenuh hatinya.

~TAMAT~

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now