60.

1.7K 136 0
                                    

Sh*tSh*tSh*t!

Tergesa-gesa dia cuba nak larikan diri dari manusia bernama Fiena ni. Kalau bukan di sebabkan perempuan tu dia takkan di marahi oleh mamanya!

"Aster tunggu!"panggil Fiena dekat belakang semasa mengejar Aster yang larikan diri dari dia sepanjang koridor tu.

Aster yang tengah berlari tu dah tak fikir apa, dia cuma lari dan lari sehingga la tiba di satu selekoh, cepat-cepat dia brek sampai tergelincir dekat situ. Tapi sempat dia bangun dan sambung berlari.

"Aster kenapa kau lari tunggu la! Aku nak cakap dengan kau ni!"

Kepala Aster pandang kanan dan kiri hendak mencari arah mana lagi dia nak guna untuk larikan diri. Makcik sekor tu memang tak reti bahasa betul! Tak nampak ke dia tak nak jumpa dengan orang tu! Masih lagi terpekik-pekik dekat belakang tu dah kenapa.

Sekali tu Aster pun belok ke kiri, dia nampak tangga lalu cepat-cepat menuruni tangga tu siap lompat dua anak tangga sekali sebab nak cepat.

"Aster!"suara tu semakin mendekat.

Mak aih! Superwoman apa Fiena ni. Cepat betul kejar. Dia yang lari ni pun dah nak pancit.

Aster dongak ke atas hendak tengok sama ada Fiena ada ke tidak. Sekali dia toleh, ada wei. Makcik sekor tu malah makin mendekat!

ARGHHHHHH!!!!Seseorang tolong la dia!

Terus Asper pecut menyerbu pintu kaca dekat depan dia lalu masuk entah koridor mana dia tak pasti. dan masa itu la dia ternampak seseorang baru saja berjalan keluar dari sebuah bilik sambil tunduk memandang helaian kertas dekat tangan.

Oh penyelamat dia!

Akhirnya!

"Awak!Awak!"panggil Aster dari kejauhan hendak tarik perhatian lelaki yang berbeg laptop beberapa meter di depannya.

Mendengar suara cemas dan hentakkan kaki berlari, buatkan lelaki itu mengangkat kepala ke depan lantas pandang ke sisi dimana suara itu berada. Sekali bila dia pandang, Aster sedang berlari ke arahnya dengan wajah cemas, keningnya terangkat tinggi.

"Tolong saya...tolong sembunyikan saya.." minta Aster sebelum menerpa tubuh lelaki itu lalu memeluk erat tubuh itu sambil pandang ke belakang.

Mujurla badan tu tak berat, kalau berat mahunya tercampak mereka berdua dekat belakang. "Asal dengan kau ni?"tanya Azriel semasa Aster terketar-ketar memeluk badan dia sambil toleh ke belakang.

"Itu..tu...Fiena...sembunyikan saya dari dia...tolong.."desak Aster dengan cemas semasa dongak memandang Azriel.

Kepala Azriel pandang ke hujung koridor dimana Aster muncul tadi. Dia tak tahu apa yang berlaku, tapi sesuatu beritahu dia, Aster betul-betul tak nak FIena jumpa dirinya. Jadi Azriel tarik Aster ke arah bilik dimana dia baru keluar tadi. Guna pass ID pelajarnya, dia scan pada pad keselamatan pintu itu sebelum buka pintu tersebut.

"Masuk sini..."arah Azriel pada Aster.

Tanpa berlengah Aster terus masuk ke dalam ruangan itu.

Tepat semasa Azriel tutup pintu itu, Fiena muncul dari hujung koridor itu dan mendekat ke arahnya.

Seakan tiada apa-apa berlaku, Azriel tunduk memandang kertasnya hendak bergerak ke arah bertentangan. Dan masa itu la Fiena berhenti di depan dia dalam keadaan tercungap-cungap.

"Hei-hei...stop"panggil dia pada Azriel.

Tapi Azriel buat tak dengar. Dia hanya meneliti kertas di tangannya.

"Nampak Aster lalu sini tak?"tanya Fiena lagi sambil menarik hembus nafas termengah-mengah kerana penat berlari. Tadi dia nak cakap dengan Aster tapi tiba-tiba Aster lari. Itu yang dia kejar.

Azriel angkat kepala, lalu memandang kosong ke Fiena. "Kau tengok aku ni macam babysit dia ke?"

Mata Fiena naik turun memandang jengkel ke Azriel. "Aku tanya kau kan...bukan aku suruh kau jaga dia...pekak ke?"

Azriel menjeling mata memandang ke tempat lain. "Tak tahu."jawabnya.

Buang masa ah cakap dengan lelaki berlagak ni. Lagipun memangnya Azriel peduli kalau Aster lalu depan mata. Mesti la tak. "Cakap la kalau tak tahu..tak payah nak menyentap dekat aku." Fiena berdecit menyampah sebelum berlari terus sepanjang koridor itu meninggalkan Azriel.

Azriel palingkan kepala ke arah Fiena lari tadi. Dia pandang saja kelibat Fiena sehingga gadis itu tidak kelihatan lagi. Setelah yakin yang Fiena sudah tiada, baru la dia kembali ke pintu tadi. Pass ID pelajarnya di scan semula ke pad keselamatan tadi. Dan pintu itu terbuka.

Sebaik saja Azriel kuak pintu itu keluar, dia nampak Aster tengah bercakung dekat lantai depan pintu itu. "Dia dah pergi."maklumnya dengan mendatar.

Aster dongak memandang Azriel dengan wajah cuak gelabah dia. Terkejut dia. Fiena tu makin lama makin menakutkan dia. Semakin rimas pun ada. Aster tak faham kenapa Fiena bersikap macam tu terhadap dia. Masa dekat akademi tak ada pulak buat perangai gila macam ni.

"Dia betul-betul dah tak ada ke?"bisik Aster dengan perlahan.

Azriel angguk kepala dua kali.

Dalam keadaan kaki menggeletar kerana banyak berlari, Aster pegang dinding untuk sokong badannya bangun dari situ dengan susah payah. Lama dia tak lari sebanyak ni.Sedang dia hendak bangun, tangan dia tergelincir pegang dinding itu lalu mendorong badan dia hendak jatuh ke depan secara tiba-tiba.

Dengan muka terkejut, Aster bersedia hendak terima impaknya namun sepasang tangan menyambut dia dengan kemas dari arah depan lalu menyokong dia dari jatuh tersembam di situ. Nafasnya naik turun dengan gemuruh taktala tangan dia dengan tak sengaja mengengam erat jari jemari runcing itu.

"Apa je yang kau takutkan ni?"tanya Azriel semasa berdirikan Aster tegak semula dengan kening berkerut.

"Semuanya..."sebut Aster dengan perlahan semasa dia pandang kakinya yang masih mengigil sebab ketakutan dek dikejar oleh Fiena tadi. Tangan dia masih erat memegang tangan itu sebab takut dia nak terjatuh lagi.

"Asal dengan Fiena tadi?Kau buat salah dengan dia ke?"soal Azriel semasa perlahan-lahan lepaskan sokongan dia dari Aster.

Aster angkat kepala lalu memandang Azriel dengan kening mencerlung. "Dia yang buat salah dengan saya.."luah dia bila teringat tindakan Fiena set up blind date dia dengan Zander sampai mama dia naik angin. dia lepaskan tangannya dari cengkaman Azriel lalu bersandar ke dinding.

Azriel perhatikan Aster buat seketika. Dia perasan kebelakangan ni Aster nampak terganggu. Senang ceritanya sejak Aster pulang bermalam di rumah dia Aster kelihatan takut-takut. Memang la Aster selalu takut kalau dengan dia, tapi takut kali ni lain sikit.

"Terima kasih ya.."ucap Aster sebelum gerak nak pergi dari situ. Lama-lama dekat sini buatkan dada dia sesak. Lagi-lagi bila rapat macam ni dengan Azriel. Bekas Azriel pegang dekat tangan dan lengan dia pun masih berdenyut aneh.

"Hei.."panggil Azriel setelah Aster empat langkah jauh dari dia.

Aster berhenti, takut-takut dia toleh ke belakang. "Ya?"sahutnya dengan kening terangkat. Terkejut sebab Azriel jarang nak cakap banyak dengan dia. Dan kalau lelaki tu bercakap, ianya buatkan dia merinding satu badan.

Azriel jalan dekati Aster selepas itu. Yang mana buatkan Aster kejung dekat situ sebab gementar.

Nak apa lagi pulak. Jangan dekat. Please jangan dekat! Jantung dia buat hal nanti!

Semakin dekat Azriel, semakin cemas Aster dibuatnya. Yalah lelaki tu pandang dia dengan renungan menakutkan macam tu, seakan boleh tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran dia waktu ini.

"Ahh...saya dah lewat.....bye.."pamit Aster lekas-lekas sewaktu Azriel hampir saja dekati dia. Tanpa berlengah Aster larikan diri sekali lagi.

Kali ni bukan sebab tak suka. Tapi sebab takut.

Azriel dekat belakang berhenti berjalan bila Aster pergi dari situ. Mata dia mencerun dalam sewaktu memerhati langkah Aster. Ini maksud dia. Takut yang ini.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now