83.

1.9K 138 3
                                    

Seorang maid bergegas mendapatkan orang yang sedang berjalan keluar dari bilik belajar tuan muda bongsunya dengan lekas.

"Cik Aster.."panggil maid itu.

Elok saja Aster nak jejak tangga terus menarik kaki dia semula dari tangga lalu palingkan kepala ke kanan dengan kening terangkat bila namanya di panggil.

"Ya saya.."sahut Aster.

Maid tersebut senyum senang sewaktu mendekat, mujur la sempat. Sebaik dia berdiri depan Aster terus dia bersuara. "Cik dah nak balik ke?"

Sambil betulkan tali beg sandang di bahu Aster mengangguk kepala. "Ha'ah..ada apa-apa ke?"

Maid itu mengangguk kepala. "Tuan muda Azriel pesan pada saya dia mahu berjumpa dekat cik dekat bilik dia."

Aster berkerut kening tak faham. Dah kenapa nak jumpa dia. "Tapi saya kena cepat ni..."

"Dia kata urgent cik...tolong la cik...nanti tak pasal-pasal saya yang dia marahi kalau cik tak jumpa dia."rayu maid itu dengan buat muka terdesak.

Alah...dia baru nak elak dari jumpa Azriel. Takut la! Dah la lelaki tu kuat menyentap. Kemudian asyik kata dia ni menyusahkan je memanjang.

"Cik Aster pergi la..ya."rayu maid itu lagi.

Dengan dada berdebar takut, Aster pandang maid depannya dengan muka tak rela. "Yalah...saya pergi."angguknya.

"Sini cik..saya iring cik."pelawa maid itu dengan senyuman di bibir.

Terus Aster menggeleng kepala. "Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih sebab beritahu ya."dia tepuk lembut bahu maid itu.

Terus tunduk hormat maid itu pada Aster. "Baik..."sambut dia dengan tertib.

Sambil buat muka tak suka, Aster atur langkah dia ke kanan koridor dan menyusuri laluan itu buat seketika sebelum tiba di depan pintu bilik tidur Azriel. Lama jugak la dia berdiri dekat situ termenung pandang pintu tu. Teragak-agak nak masuk ke tak nak.

Dekat lima minit macam tu buat keputusan, Aster lepaskan hela nafas mengalah dia lalu mengetuk pintu tersebut beberapa kali. Apa nak jadi, jadi la! Nanti kan, ada yang jadi harimau pulak kalau dia tak jumpa.

Knock!Knock!

"Masuk."arah suara tu dari dalam.

Tanpa teragak-agak, Aster pulas tombol pintu ke bawah lalu menolak pintu itu ke dalam lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Masuk saja, Aster paling ke belakang menutup pintu tersebut sebelum bersuara.

"Ada apa awak nak-"sekali dia toleh, Aster terpandang Azriel tidak berbaju sedang berdiri depan katil membutang seluar. "Argh!"terus dia tekup muka sebab terkejut! What the hell! Asal lelaki ni suruh dia masuk macam tu je! Terus berderau jantung dia mengepam darah dengan deras hingga buatkan leher, telinga dan wajah dia berasa bahang yang amat!

Azriel hanya tersengih sendiri bila melihat reaksi Aster. Comel je. Serta merta mentol idea timbul di benaknya. Tanpa mengenakan baju, dia cekak pinggang menghadap Aster lantas bersuara.

"Dah.."kata Azriel.

Aster yang masih menekup muka itu bersuara. "Ya ke?"

"Iya..bukak la mata tu.."

Berasa was-was Aster intai sikit di celah jarinya, tapi dia cepat-cepat batalkan niatnya. "Saya tak percaya..."ujarnya. Lama dia tunggu jawapan dari Azriel, tapi senyap tak bersuara. Mungkin Azriel dah jengkel dengan dia agaknya sebab dia tak percaya. Hairan dengan keadaan itu, Aster turunkan tangan dari muka lalu memandang ke depan.

10. You And Me NeverМесто, где живут истории. Откройте их для себя