54.

1.7K 139 0
                                    

Tali begnya di sandang ke bahu dengan kemas semasa dia tunduk menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Tiba saja di tingkat dua, Aster berhenti dari berjalan. Dia berdiri dekat tengah koridor tu sekejap sebelum pandang ke kanannya.

Lengang saja koridor tu. Tak ada orang yang lalu lalang dekat situ. Buatkan Aster teragak-agak. Patut ke tak patut. Pergi ke tak pergi. Rasanya kalau dia pergi ke tak sama je. Bukannya dikisahkan sangat pun. Tapi entah la, hati dan otak dia kali ni bekerjasama pulak buat keputusan.

Jadi dia pergi.

Dengan langkah yakin, Aster belok ke kanan dia lalu mendekati pintu bilik Azriel. Dia nak ucapkan terima kasih pada Azriel tentang hal malam tadi. Sebelum balik dia ingat nak jumpa lelaki tu sekejap walaupun kena sentap nanti.

Knock!Knock!

Ketukan di berikan pada pintu itu sebelum dia tunggu seketika. Tunggu pemilik bilik itu bersuara. Tapi lepas tunggu, tak ada respon, dia ketuk sekali lagi sebelum buka pintu tu tanpa kebenaran tuannya. Tak tahu la dari mana keberanian ni datang. Apa yang Aster tahu, hati dia gatal nak jumpa encik garang tu sebelum balik.

"Azriel?"panggil Aster lepas jengah kepala ke kuakan pintu untuk lihat ke dalam bilik itu. Oops!

Di atas katil itu, terbaringnya Azriel dengan lengan berada di atas mata,sebelah lagi berehat di atas perut. Tidur rupanya lelaki tu.

Sambil tersengih nakal, Aster masuk ke dalam ruangan tu dalam keadaan menjengket kaki. Dia jengket dan jengket sampaila di sisi katil tu. Seperti stalker, Aster pandang Azriel dari atas ke bawah. Huish! Macam mana la lelaki handsome berwajah manis ni boleh jadi seorang yang menakutkan bila bangun.

Tanpa buang masa, Aster bongkok sedikit ke bawah. Sekejap je. Dia cuma nak tengok muka tu dulu sebelum balik. Jadi jangan bangun tau.

Dengan berhati-hati tangan Azriel yang menutupi mata itu di pegang lalu di gerakkan turun ke bawah dengan susah payah. Takut betul dia kalau-kalau Azriel terjaga ke apa. Mahunya dia kena marah nanti.

Secara tiba-tiba, masa tu la Azriel terkutik bila tangan dia digerakkan oleh Aster. Cepat-cepat Aster lepaskan tangan tu dan menyorok dekat tepi katil. Fuh!Hampir je nak tertangkap! Dia tunggu beberapa saat sebelum kembali tegak semula.

Azriel masih terlena, kini lelaki tu ubah kedudukkannya. Iaitu mengiring menghadap Aster.

Termangu sekejap Aster dekat situ. Tertanya-tanya, apa kejadahnya yang dia tengah buat dalam bilik Azriel ni? Kerja gila betul la. Tersengih sendiri Aster bila fikirkan semua tu. Tak nak lama-lama dekat situ takut tertangkap, Aster kembali berdiri sebelum tunduk sedikit untuk menilik wajah tu.

Mulanya dia lihat kening hitam yang di trim kemas lalu turun ke dua pasang mata yang berbulu mata lentik. Lalu turun ke bibir mugil berwarna merah jambu sihat itu. Well, he is perfect. So what. Mana-mana perempuan akan jatuh cinta dekat lelaki ni kalau tengok dari luaran saja. "Azriel..."panggil Aster dengan perlahan.

Hanya dengkuran lembut keluar dari Azriel.

"Saya balik dulu ya."kata dia masa angkat jari untuk selak anak rambut yang jatuh di dahi luas itu. "Terima kasih untuk semuanya..."ucapnya lagi depan muka tu dengan suara berbisik. Tersenyum sendiri bila teringat akan malam tadi yang Azriel tepuk badan dia untuk dodoikannya.

Tanpa diduga, masa itu la mata Azriel terbuka.

Oh sh*t!

Mata Aster terbutang kaku dalam kedudukan bongkoknya depan muka Azriel.

Buat seketika, Azriel diam memandang wajah yang hampir dengannya itu. Lantas dia bersuara tak lama lepas tu."Apa kau cuba buat?"tanya Azriel dengan suara orang mengantuk mamai-mamai.

Terus melompat ke belakang Aster lepas tu. Sambil pandang terkejut ke Azriel. Macam mana ni?

Azriel bangun dari baringnya terpisat-pisat lantas memandang Aster yang berdiri kaku memandang dia dengan muka macam orang baru kena tangkap buat salah. "Asal kau dalam bilik aku?"

Aster undurkan diri ke belakang dua langkah. "Um..."jeda dia tak tahu nak cakap apa.

Kening Azriel berkerut tak faham. "Hei..aku tanya ni?Kau buat something dekat aku ke?"Azriel pegang muka dia nak pastikan ada something tak dekat muka dia. Dia kesat-kesat lalu di tengok tapak tangannya, tak ada apa-apa. Lantas dia kembali pandang Aster. "Apa kau dah buat Aster?"deram Azriel dengan garang.

Aster cepat-cepat bersuara."Um..saya nak balik...saya ingatkan awak tak tidur..jadi saya datang sini nak beritahu...tengok-tengok awak dah tidur. Tapi tak apa la. Awak sambung tidur. Sorry ganggu."pamit dia sebelum jalan undur ke belakang beberapa langkah lalu berpaling dari situ dengan kalut.

Azriel buka mulut nak panggil, tapi tak sempat. Aster dah keluar dulu masa tu. Dengan letih dia urut belakang tengkuknya. Dia baru nak offer hantarkan Aster, tapi biar la. Pandai-pandai la perempuan tu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now