57.

1.7K 137 0
                                    

Isnin paginya Aster dihantar oleh mama dia ke kolej memandangkan Ashton dah tak ada lagi untuk hantar dan jemput dia ke situ. Lepas menangis bagai nak rak semalam. dia dah tak ada tenaga langsung untuk jalani hari itu.

"Mama jemput kamu nanti ya..."ujar mama dia dalam kereta masa dia gerak keluar dari kereta.

"Bye."lambai dia pada mamanya.

"Bye sayang.."ucap mama Aster sebelum pandu pergi dari situ meninggalkan Aster sendirian dekat tepi jalan.

Aster seluk tangan ke dalam poket hoodie biru laut kepunyaan Ashton lalu jalan masuk ke dalam kawasan kolej sambil mendengar lagu melalui earfonnya. Dia perhatikan orang-orang yang lalu lalang dekat depan dia. Semuanya bersahaja macam tiada apa-apa yang berlaku.

Alangkah bagusnya kalau itu berlaku dekat dia.

Tak ada apa-apa yang berlaku.

"BAH!"tak semena satu tujahan dari belakang buatkan Aster bergerak ke depan hendak terhumban. Dengan muka terkejut dia pandang ke kanannya semasa satu pelukan erat hinggap di bahunya. "Hahaha...terkejut ke?"senyum Fiena kepadanya.

Senyum-senyum...menyampah pulak dia tengok. "Apa kau ni...terkejut aku tau tak.." renggusnya sambil turunkan tangan tu dari bahunya.

"Sorry..."ketawa FIena masa turunkan tangan ke sisi. "Asal moody je ni...period ke?"soal dia masa rangkul lengan Aster berjalan masuk ke dalam bangunan.

"Bukan semua orang happy macam kau Fiena. Tolong la faham sikit."detus hati Aster semasa diam memandang ke depan.

"Eh..aku ada tiket wayang. Jom tengok sama nak petang ni lepas kelas?"ajak Fiena dengan riang sewaktu melihat-lihat sekelilingnya dengan minat.

"Aku ada kerja nak buat..."jawab Aster dengan perlahan.

"Alah...jom la. Study tu kemudian pun boleh."desak Fiena lagi.

Aster pandang ke sisi dia dimana Fiena berdiri memandang dia.Kenapa la kawan dia ni susah sangat nak faham bahasa. Tak nampak ke dia tak ada mood untuk semua ni? "Kalau aku kata ya, kau akan berhenti ganggu aku ke?"tanya dia dengan nada letih.

Fiena ketawa lalu menepuk lembut tepi lengan Aster. "Kau ni cakap macam aku ni teruk sangat pulak..."sambil tekan butang naik lif dengan tangan satu lagi.

Aster buat muka. Memang pun. "Pukul berapa?"tanya dia sewaktu pintu lif terbuka.

"Pukul 3 macam tu...kelas kita dah habiskan masa tu..so lepas habis kelas je kita terus gerak. Ke kau nak balik dulu?"

Aster angguk kepala setuju. "Aku mesej mama aku nanti supaya jangan ambik aku."balas Aster sambil berjalan masuk ke dalam lif itu.

"Oh yeah..."sorak Fiena di sisi.

Sebaik mereka berdua masuk ke dalam lif itu, Fiena gerak nak tekan butang tutup lif. Seinci sebelum jari itu sentuh butang lif, pada masa itu orang tu berjalan masuk ke dalam ruangan itu menyertai mereka.

Aster yang lihat berdiri kejung dekat situ, tak sangka akan bertembung.

Fiena yang nampak hanya menjuling mata menyampah lalu tekan butang tutup dan tingkat empat sebelum berdiri rapat di sisi Aster.

Dengan muka tanpa ekspresi Azriel pandang ke depan, berdiri membelakangkan dua orang itu. Tidak peduli untuk menyapa mereka berdua.

"Berlagak.."gerutu Fiena dengan perlahan semasa pandang belakang kepala Azriel kerana masih anti dengan lelaki ini.

Aster dekat sebelah hanya diamkan diri. Dia termenung memandang jari  runcing Azriel yang sedang mencengkam telefon bimbit di tangan. Tangan yang sama merawat luka dia tempoh hari.

Bunyi ding kedengaran sekali lagi tak lama selepas itu!

Pintu lif terbuka, beberapa orang pelajar dari luar bergerak masuk ke dalam taktala pintu lif terbuka. Muncul empat orang pelajar lelaki saling gelak ketawa gerak masuk. Mula berasak-asak la mereka di dalam itu. Hingga buatkan Azriel terpaksa undur ke belakang secara kasar lantas melanggar Aster yang kebetulan berdiri dekat belakang dia.

Terlanggar badan Aster dekat penjuru lif tu bila semua yang ada dekat situ saling berasak hendak masuk. "Ah!"aduhnya kerana terkejut lepas lengannya terhantuk dengan kuat pada besi pemegang lif di sebelahnya.

"Kau okay?"tanya Fiena dekat sebelah lepas dengar. Dengan kening berkerut, Fiena pandang ke depan nak buka mulut, tapi tak sempat dia nak bersuara orang lain dulu yang marah.

"Asal dengan kau orang ni...tak reti ke elok-elok. Keluar sekarang."marah Azriel pada pelajar senior depan dia waktu itu. Harap saja tua bangka perangai kebudak-budakan. Matang la sikit.

Pelajar-pelajar senior di situ terus pandang tak puas hati ke Azriel. "Apa kau cakap tadi?"

"Dah pekak ke?Aku kata keluar kalau tak boleh nak elok-elok."kata Azriel dengan nada mendatar dan berwajah dingin tiada perasaan. Renungan gelap beraura membunuh terarah pada setiap seorang di situ. Jangan ingat mereka tua dari dia, dia akan takut atau tundukkan kepala.

"Kurang ajar betul budak ni..."seloroh senior kedua.

"Apa kata kau je yang keluar kalau tak puas hati dengan kita orang.."sampuk senior ketiga.

Fiena dan Aster yang tersepit dekat situ dah buat muka cuak. Apahal pulak dah ni?

Senior keempat tekan butang tutup lif itu dengan senyuman jahat di bibir. "Well nampaknya ada orang nak kena diajar awal pagi macam ni.."

Azriel buat muka bosan ke arah mereka berempat. Tanpa berkata apa-apa, dia turunkan beg sandang berlaptop dia lalu di tujah ke dada Aster tanpa toleh. Aster apa lagi kalut la dia pegang beg tu."Kau orang tau..aku betul-betul tak ada mood untuk semua ni." telefon bimbit yang dia pegang dieratkan lagi cengkaman.

"Azriel jangan!"tegah Fiena. "Ada ak-"

Belum sempat Fiena nak beri amaran, dua dari senior di situ hayun penumbuk ke Azriel. Tapi Azriel elak dengan pantas. Lelaki itu pengkes leher dua orang itu dengan belakang telefon yang dipegang dengan padu sehingga terduduk dua orang tu serta merta. Baki dua lagi, mereka semua pandang terkejut ke rakan mereka.

"Memang nak mati dia ni!"senior pertama hayun penumbuk dengan padu ke Azriel, namun hanya mendarat di dalam tapak tangan Azriel setelah Azriel berjaya tepis.

"Kita tengok siapa yang mati..."sebut Azriel sebelum hentak batang hidung senior dengan hujung telefonnya sekali lagi. Lalu dia berikan satu tumbukan padu depan muka senior yang terakhir. Maka terjatuh la senior itu ke atas lantai lif tersebut.

Fiena hanya bungkam di situ kerana tak percaya dengan apa yang baru di lihat. Dapat dia hitung, tak sampai 20 saat pun, Azriel berjaya tumpaskan mereka.

Azriel lepaskan keluhan jengkel sebelum berpaling menghadap Aster.

Mata Aster bulat memandang Azriel sambil erat memegang beg lelaki itu di dalam pelukannya. Apa yang baru dia lihat tadi?

Ding!

Pintu lif terbuka apabila ia tiba di tingkat 4. Buatkan pelajar di luar lif tingkat itu tergamam melihat isi lif itu dimana empat orang pelajar lelaki terbaring tidak sedarkan diri di dalamnya. Lalu ke arah Azriel dan dua pelajar perempuan dalamnya. What the hell?

"Tak nak keluar?"soal Azriel sambil tarik beg dia dari pelukan Aster lalu disandang ke bahu dia dengan cool.

Telan air liur Aster bila tengok wajah dingin itu. Damn!

Fiena tunduk pandang mereka berempat dengan muka kasihan. Tak pasal-pasal!

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now