45.

1.7K 147 0
                                    

Pendek ceritanya satu hari tu Aster luangkan masa dekat kolej untuk siapkan kerja dia sambil ditemani Fiena. Dah habis satu kelas, satu kelas mereka hadiri. Kemudian Aster pergi ke perpustakaan untuk ha is semua latihan dan nota yang dia tinggalkan sepanjang masa cuti. Dah siap, semua kerja tu dihantar ke pensyarah.

Petang macam tu baru la semua kerja Aster selesai.

"Aku tunggu kau dekat luar tau.."pamit Fiena pada Aster.

"Okay."angguk Aster sebelum belok ke kiri untuk ke lokar. Nak simpan semua buku dalam  sebelum balik.

Disebabkan waktu dah petang, koridor tu tak sibuk macam biasa. Budak-budak lain semua dah balik tak pun luangkan masa dengan aktiviti kelab masing-masing.

Jadi masa Aster sampai depan lokar, tak ada sesiapa pun dekat lorong tu.

Aster masukkan pin kod pada lock lokar dia lalu dibuka pintu lokar tu. Bukak saja pintu tu, Aster di sapa dengan sesuatu yang diletakkan tegak menghadap dia.

Terus Aster pandang kanan dan kiri dia dengan terkejut. Siapa pulak yang letak ni?

Hairan melihat telefon bimbit hitam skrin sentuh itu, Aster pun capai la telefon tu. Dia pusingkan telefon tu nak pastikan betul ke benda yang dia pegang ni telefon.

Brit!Brit!

Melatah terus Aster bila telefon tu berdering secara tiba-tiba sampaikan dia hampir nak tercampak telefon tu.

Brit!Brit!

Setelah berjaya pegang telefon tu elok-elok, Aster hadapkan skrin telefon tu depan muka dia. Ada panggilan masuk!

Tak pasti sama ada dia patut jawab atau tak, Aster tenung skrin tu buat sementara waktu.

Siapa pulak yang letak telefon ni dalam lokar dia?

Macam mana mereka boleh dapatkan kombinasi nombor pin kod keselamatan dia?

Dan siapa punya nombor dekat skrin ni?

Brit!Brit!

Tak berhenti dari berdering, Aster sentuh butang hijau pada skrin itu lalu ditekap ke telinganya.

"Hello?"sapa dia sambil masukkan buku dalam lokar.

Krik!Krik!Krik!

Tak ada satu suara pun dalam panggilan tu.

Dengan muka tak faham Aster pandang skrin telefonnya. Dia termute ke?Tak ada pulak..asal tak dengar apa-apa?

"Hello?Siapa ni?"tanya Aster sewaktu tutup pintu lokarnya semula lalu berpaling pergi dari situ.

Siapa yang berikan telefon ni pada dia?

Ashton?

Fiena?

Ke

Zander?

Tapi takkan la.

Kalau Ashton atau Fiena yang bagi tak pelik la.

Kalau Zander? Pelik dekat situ.

Tapi macam mana boleh ada dekat dalam lokar?

Dia orang boleh je bagi terus dekat dia.

"Hello?"tanya Aster lagi semasa dia hendak belok ke kiri dia semula. Namun tubuh dia terlanggar sesuatu dari arah bertentangan sebaik dia membelok.

Terkejut dengan pelanggaran itu, Aster pegang orang di depannya sebagai sokongan sebelum sandar ke badan itu dengan nafas tertahan.

"Oh my..."sebut Aster sewaktu seimbangkan badan dia dan tolak dirinya dari orang di depannya. "Maafkan saya..."ucapnya sambil tunduk selak rambut ke belakang telinga.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now