61.

1.7K 133 0
                                    

"Baik kelas...bawa bertenang semua. Sebab saya ada pengumuman yang hendak di sampaikan kepada kamu sebelum saya keluar."kata pensyarah dekat depan podium.

Semua yang ada di dalam dewan kuliah diam dari borak mereka, masing-masing memberi fokus pada pensyarah mereka.

"Di tangan saya ni ada borang penyertaan untuk jungle trekking pada hujung bulan ni, iaitu minggu hadapan. Saya minta, sesiapa yang berminat boleh isi borang ni dan buat pembayaran sekali secara bank in. Ada nombor akaun dekat dalam borang ni."jelas pensyarah sambil edarkan helaian kertas dari baris ke baris di situ.

Pelajar-pelajar yang mengambil kertas itu terus tunduk membaca butiran yang diberikan. Lama jugak mereka diam dan baca isi borang tersebut.

"Tiada paksaan, sebab tawaran ni diberikan kepada student sem satu hingga sem terakhir. Jadi senior kamu pun akan sertainya juga." pensyarah itu kembali ke podium semula dan berdiri menghadap para pelajarnya.

Baru la ada suara yang keluar lepas dengan pensyarah cakap macam tu. Terutama sekali student perempuan. Mereka kelihatan sangat teruja malah bersemangat bercerita dengan rakan sebelah.

Tapi ramai-ramai pelajar perempuan dekat situ, cuma dua orang je yang kelihatan seperti tak tertarik dengan makluman itu. Sebabnya, seorang tengah pandang tak puas hati, seorang duduk tegak pandang ke depan macam tak nampak dirinya sedang di perhatikan.

"Itu saja dari saya...kita jumpa lagi."pamit pensyarah itu sebelum bergerak keluar dari dewan kuliah sambil memegang buku dan laptop dengan satu tangan saja.

Fiena buat muka bengang dia. "Sampai bila kau nak diam macam ni?"tanya dia pada Aster masa pelajar lain berborak dan buat hal sendiri.

Mereka tak keluar sebab lepas ni ada kelas seterusnya. Kalau yang keluar pun budak lelaki la. Paling-paling nak merokok tak pun ke tandas. Student perempuan yang berjumlah 12 orang dekat situ semua duduk berborak mengenai aktiviti jungle trekking tu.

Aster tunduk sibukkan diri selak buku teks untuk kelas seterusnya. Tidak hiraukan Fiena sebab masih marahkan tindakan Fiena yang sesuka hati buat keputusan tanpa bertanya pada dia dulu! Dan sekarang Fiena adalah punca dia dikongkong oleh mama dia!

"Aster Faith Abraham!"panggil Fiena lagi dengan tegas.

Berasa kesal dengan kehadiran Fiena, Aster palingkan kepala ke sisi laju-laju. "Apa?"tanya dia dengan jengkel.

"Kau kenapa?Dah la lari masa aku panggil kau, sekarang kau diam. Apa masalahnya?"soal Fiena.

"Kau nak tahu apa masalah aku?"tanya Aster dengan perlahan. Tak nak tarik perhatian orang lain dalam kelas tu.

"Ya.."

Aster kerling ke arah tempat duduk Azriel yang selang satu barisan di depannya. Seperti biasa, lelaki tu sibuk dengan permainan di dalam telefon bimbit itu. Setelah itu dia kembali memandang Fiena. "Beritahu aku sebab, kenapa kau set up blind date aku dengan Zander?"

Dengar je soalan tu, mata Fiena gerak kanan dan kiri dengan gelabah sebelum dia tersengih bersalah. "Ahah?Ya ke?Mana ada. Asal kau cakap macam tu?"

"Jangan buat tak tahu eh...kau ingat aku tak tahu apa kau cuba buat ke?"Aster tepuk tepi lengan Fiena dengan perlahan. "Kau tahu tak disebabkan kau, aku kena marah dengan mama aku sebab balik lewat lepas keluar dengan abang kau?"

Mulut Fiena terbuka sedikit kerana terkejut selepas mendengar cerita itu. Dia tak tahu pulak. Lagipun malam tu, Zander balik bukan main lagi gembira wajahnya. "Iya ke?"dia ingatkan semuanya baik-baik saja. Susah payah dia aturkan rancangan untuk satukan Zander dengan Aster.

Aster menjuling mata menyampah lalu duduk sandar ke belakang sambil silang tangan ke dada sewaktu memandang ke depan. "Kalau kau berterusan hendak jodohkan aku dengan abang kau, aku tak nak kawan dengan kau lagi."rajuk Aster dengan serius.

"Hah!"nganga Fiena dibuatnya. "Wei...chil la...takkan la sampai tak nak kawan aku?"

"Dah kau tu tak habis-habis nak peningkan kepala aku dengan otak kartun kau tu.." cemberut Aster dengan kening berkerut.

Fiena pegang bahu Aster lalu diurut-urutnya. "Okay-okay...aku tak buat lagi. Aku janji. Jangan la marah. Kalau kau tak nak kawan aku, siapa lagi nak kawan aku...tak kesian ke dekat aku?"soal Fiena sambil jengah kepala memandang Aster.

Aster jeling ke sisinya lalu tepis tangan Fiena dari bahu dia. "Aku serius ni.."tegasnya.

"Ya...aku tahu...sorry. Aku minta maaf okay. Aku takkan cuba-cuba pasangkan kau dengan Zander lagi dah."janji Fiena sambil angkat tangan berikrar.

Teringat akan amaran mama dia malam tadi, Aster palingkan kepala ke sisi lalu memandang Fiena dengan serius. "Dan beritahu abang kau, jangan ganggu aku lagi. Mama aku larang aku untuk ada apa-apa hubungan dengan dia. Sebab mama aku tak nak aku burukkan imej keluarga kau.."

"La kenapa pulak..."

"Dengar je la. Kalau kau nak berkawan dengan aku...tolong la. Tunaikan permintaan ni. Aku merayu." minta Aster dengan renungan mendesak. "Boleh tak?"

Fiena terdiam sekejap, dia termenung pandang ke meja. Sekali lagi. Dari dulu sampai sekarang. Semua orang tak nak berkawan dengan dia atau dekati Zander sebab takut dengan latar belakang keluarga mereka. Kalau ada yang nak berkawan pun, mereka cuma nak ambil kesempatan dekat dia dan Zander semata. Tapi bila dah jumpa seseorang yang ikhlas nak berkawan dengan kita, dihalang oleh keluarga sebab takut mereka akan jejaskan reputasi dia atau Zander atau keluarganya sendiri. Susah la macam ni.

"Okay.."balas Fiena mahu tak mahu.

Aster pandang serba salah ke Fiena. Bukan dia saja nak sakitkan hati atau kecilkan hati Fiena. Tapi dia buat semua ni untuk kebaikan semua orang. "Sorry...."ucap Aster tak lama lepas tu.

"It okay...aku faham."ujar Fiena sebelum duduk sandar malas ke kerusi dan hadap ke depan dengan kepala tunduk merajuk.

10. You And Me NeverМесто, где живут истории. Откройте их для себя