56.

1.6K 137 2
                                    

"Aster?"panggil Ashton dekat depan pintu bilik tu sewaktu jengah kepala ke dalam.

Aster dekat katil duduk belakangkan pintu itu tak menyahut. Dia cuma diam memandang jendela berlangsir kelabu putih itu.

Ashton lepaskan hela panjang masa berjalan masuk ke ruangan tu lalu dekati Aster. Dia tahu dia patut beritahu awal. Sebab tak nak perkara ni berlaku la dia tak beritahu apa-apa mengenai perpindahan dia.

"Hei..."Ashton melutut depan Aster sambil pegang tangan yang ada di atas peha itu. "I'm sorry okay.."sebut Ashton.

Aster diam termenung pada ke depan. Tak nak bertentang mata dengan Ashton. Dia terlalu marah sampai tak terkata.

"Aku tahu aku salah...patutnya aku beritahu kau dari awal bukan pergi mendadak macam ni. Tapi aku tak nak kau terus bersedih macam ni kalau kau tahu dari awal..."jelas Ashton dengan lemah lembut.

Bibir Aster dah menggeletar nak menangis lepas dengar kata-kata Ashton. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya dia saat ini. Cuba la bayangkan...seseorang yang dah dianggap sebagai abang, tiang penyokong dia selama ini akan pergi tinggalkan dia sendirian kali ni.

"Kalau diberi pilihan aku tak nak pergi tinggalkan kau sendiri dekat sini..tapi mama dengan papa perlukan aku...aku harap kau faham tu.."pujuk Ashton lagi sambil usap tangan Aster dengan ibu jari dia.

Perlahan-lahan mata Aster gerak turun ke bawah dan memandang Ashton. Air mata terus bertakung lepas dia tatap wajah tu.

"Aku takut..."sebut Aster dengan sedih sebelum tunduk dekatkan kepala ke bahu Ashton lalu disandarkan ke atasnya lantas menangis semahunya.

Ashton tepuk belakang badan Aster dengan senyuman sedih di bibir. Dia pun sedih sebenarnya. Tapi nak buat macam mana.

"Kau kuat...aku tahu tu."ucap Ashton dengan perlahan.

Aster menggeleng kepala di atas bahu Ashton. Tak terbayang dia bila Ashton dah tak ada dekat sekeliling dia lagi. Hal itu buatkan dia jadi fobia.

"Aku tak kuat..."raung dia dengan sedih.

Ashton tolak Aster supaya tegak semula sambil memegang kedua-dua belah bahu itu dengan kuat. "Pandang aku.."minta Ashton.

Bersama air mata membasahi wajah dan matanya, Aster pandang Ashton dalam keadaan tersedu sedan.

"Lima tahun kau merantau tanpa aku di sisi, kau okay je. Kenapa kali ni tak boleh pulak?"soal Ashton sewaktu seka air mata dari pipi Aster yang sudah kemerahan itu.

"Sebab kau hantar surat dan email dekat aku setiap hari...memang la aku okay."nangis Aster.

"Sama la dengan yang ni...bezanya sekarang aku yang pergi kau yang tinggal..jadi tak ada isu dekat sini...please Aster. Jangan macam ni... Aku bukan selalu boleh ada dekat sisi kau...jadi kau kena belajar untuk rasa takut tu sendiri.."pujuk Ashton dengan kening berkerut.

Semakin deras la air mata tu turun dekat pipi Aster bila dia menangis tak ada suara dalam keadaan tersedu yang amat kuat.

Ashton tarik Aster ke dalam pelukan. Diusap belakang badan tu dengan lekas untuk hilangkan sedu itu. Pengsan pulak kan anak orang yang satu ni."It okay...aku tak lama dekat sana. Bila dah settle. Dah stabil aku balik sini..jenguk kau..okay?"

Disebabkan terlalu sedih, Aster tak boleh berkata apa-apa. Dia hanya menangis dalam pelukan Ashton.

"Shh...semuanya akan baik-baik. Aku janji. Takut kau akan hilang lama-lama kemudian.." doa Ashton semasa termenung memandang ke pintu dimana ibubapa dia dan mama Aster sedang berdiri memerhati mereka sejak tadi.

Mereka semua tahu betapa pentingnya Ashton dalam hidup Aster tak kira la mereka selalu gaduh dan bercakaran. Semua itu la yang rapatkan lagi mereka.

Sejak kematian abang Aster, sikap takut dan paranoid Aster sangat serius. Apa saja yang boleh mengundang rasa tak selamat pada Aster, serta merta akan buatkan Aster jatuh sakit. Dan bila Aster dah attach dengan seseorang itu, Aster sangat bergantung pada orang tu.

Rimas ke tak...hadap la Aster sehingga Aster sendiri rasa bosan dengan orang tu. Nanti bila Aster nak baru dia cari. Kalau tak jangan la dekat kalau tak...kena la setepek dengan dia.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now