4

10.4K 579 45
                                    

"Mama! Hadif dah balik!" Terus hadif masuk ke rumah dan mencari mamanya.

Qisya yang terdengar terus keluar dari dapur dan memeluk anaknya yang sudah berlari ke dalam dakapannya. Dia tergelak kecil.
"Yeke? Mama rindu hadif tau." Terasa sunyi pula rumah itu tanpa suara si kecil ini.

Hadif memegang pipi mamanya.
"Hadif pun rindu mama!" Terus dia mencium pipi mamanya.

"Aik mama je?" Mereka terus memandang wajah yang sedang menuruni tangga.

"Papa! Yey yey papa dah balik!" Terus hadif memeluk papanya, athif fattanah. Athif segera mendukung dan mencium dahi anaknya. Dia baru sahaja lepas mandi selepas pulang bekerja. Pelik juga dirinya apabila sunyi sahaja rumahnya yang kebiasaannya bising dengan suara anaknya. Apabila ditanya kepada isterinya, barulah dia tahu Ethan membawa Hadif berjalan jalan.

Ethan hanya memerhati sambil mengambil tempat di sofa.

"Harini nakal ke hadif bro? Sorrylah menyusahkan abang." Ujar athif sambil duduk di sofa bersebelahan abangnya ethan.

"Takdelah athif. Abang lagi bersyukur sebab bawak budak ni." Ethan senyum penuh makna.

Athif memandang pelik.
"Lain macam senyum tu! Ada apa apa ke?"

"Tulah kenapa ?hadif ada buat perangai ke pada awak?"tanya qisya sambil menghidangkan air jus oren kepada ethan. Ethan hanya senyum nipis sambil meneguk air itu. Biarlah rahsia!

"Tadi kan papa, hadif teman paklong jumpa maklong!" Teruja hadif bercerita. Ingin sahaja tersembur air di dalam mulut Ethan! Budak ni betulla tak reti simpan rahsia! Aku cilikan mulut tu karang!

Athif dan qisya sudah berpandangan sesama sendiri.
"Mak long? Patutlah tersenyum senyum dari tadi. Jumpa awek rupanya!" Usik athif sambil menampar lembut lengan Ethan.

Ethan meletakkan cawan di atas meja.
"Mana ada athif. Tak da apa apa pun. " dia mengecilkan mata memandang hadif. Hadif terus tutup mulut apabila Ethan sudah memandangnya bagai ingin ditelan hidup hidup.. Ups! Kantoi!

Qisya senyum.
"Apa salahnya awak? Umur awak tu dah 30 lebih! Memang patut dah kahwin." Sudah lama dia ingin melihat abang iparnya itu mendirikan rumah tangga. Tetapi impiannya seaakan tidak akan menjadi kenyataan apabila sudah 5 tahun berlalu dan ethan masih belum menjumpai gadis yang selama ini dicari. Bak kata ethan, my jodoh. Dia risau jika hati ethan sudah tertutup Untuk kaum perempuan setelah kematian orang yang ethan cintai, aleysha benjamin. Rakan baik qisya sendiri.

Ethan senyum palsu. Mencuba mrngalihkan topik. Selama 5 tahun, pasti soalan sebegini akan ditanya kepadanya. Dan dia sudah muak untuk menjawab. Dia sedar umurnya sudah meningkat dan tiba masanya untuk membina masjid bersama insan tersayang. Tapi,dah jodoh aku tak muncul nak buat macam mana? Hatinya tidak merasai perasaannya seperti apabila bersama aleysha setelah kematian gadis itu.
"Yelah kitty. I will think about it later. I think i should go home now. Penat nak mandi rehat. Assalammualaikum." Sebelum dia kena bahan baik dia blah!

Hadif hanya memerhati. Fuh nasib unclenya tidak marah kepadanya!

************************************
Dia menyandarkan diri pada katil. Dia teringat peritiwa petang tadi. Tergelak dia sendirian. Jap kenapa aku gelak? Terus dia tersedar.

"Huh ni daniel ethanlah! Tak kan aku suka pada budak tour guide?" Dia membaringkan diri semula ke katil. Wajah merah tomato gadis itu tadi benar benar memukaunya. Peristiwa petang tadi berulang ulang di fikiran. Apa eh nama dia?

Dia sedaya upaya mengingat. Laisya? Waisya? Argh!tak ingat pulak!dia menepuk dahinya. Tak pelah. Buat apa ingat kan dia. Baik aku tidur. Ethan sedang cuba semampunya untuk melupakan wajah gadis itu. Dia membuka mata lemah. Aduh! Kenapa muka kau tak boleh hilang di minda aku? Aku tak gila bayang kan?

Sebenarnya dia saja buat buat tak faham kata kata yang diujar gadis itu semasa kejadian petang tadi. Pada mulanya memang dia berasa pelik mengapa gadis itu mengajaknya ke bas. Tetapi setelah melihat logo syarikat di baju gadis itu barulah dia mengetahui gadis itu adalah seorang tour guide dan mungkin keliru dengannya. Mungkin gadis itu ingatkan dia adalah salah seorang pelancong kerana wajah kacukannya. Dia berdarah amerika dan cina. Tetapi kedua ibu bapanya islam. Unik? Of course. Dan kerana itu dia mewarisi mata berwarna biru bersinar milik bapanya manakala adiknya mewarisi keunikan ibunya iaitu bermata hazel berkilat.

Bohonglah jika tiada wanita cuba memikatnya dan dia bukannya jual mahal. Dari yang tua hingga ke tua tak henti henti meluahkan isi hati mereka. Tetapi hatinya belum mampu dibuka untuk wanita mendampinginya. Pertama kali dia mengenali erti cinta sebenar adalah kerana sepupunya atau arwah Aleysha Benjamin. Baginya dia belum menjumpai sesiapa yang tulus mencintainya bagai gadis kesayangannya dahulu.

Tetapi kejadian petang tadi telah mewujudkan sesuatu perasaan yang aneh. Tidak pernah pula hatinya berasa begini apabila melihat wajah mana mana gadis setelah kematian kekasih hatinya. Wajah gadis itu yang tegas tetapi apabila malu bertukar menjadi merah bak tomato amat membuatkannya ingin tersenyum dan membuatkan dia ingin melihat wajah itu semula. Tetapi persoalannya, adakah dia mampu berjumpa dengan gadis itu semula?

Kring! Kring!

Bunyi deringan telefonnya menyentakkan ethan. Ethan mengambil telefonnya malas di meja kecil sebelahnya. Siapa lah manusia yang telefon aku pada waktu tidur ni?

Tertera nama eric iaitu personal assistant nya. Dia terus menjawab.
"Yes why eric? Dont you know what time is now?"

"Emm sorry sir. But I have to tell you something important. " takut takut eric berkata. Dia bukannya sengaja ingin memberitahu ethan sekarang. Tetapi masalahnya dia lupa!

"What is that ? And why you not tell me early?" Tanya ethan cuba bersabar walau dia bengang sekarang ini. Nasib baiklah Eric sudah bekerja dengannya agak lama. Kerana dia sangat mempercayai lelaki itu walau dia agak pelupa dan cuai.

"Sir, you need to go to Cameron Highland tomorrow because you have an appointment with Dato salman and BAKTI Holding. And his p.a just tell me on 6 p.m today. " jelas eric. Bukan salahnya siapa suruh p.a si BAKTI Holding tu lambat cakap haaa.

"Cameron Highlands? Tomorrow? " Ethan memicit dahinya. Fuhlamak!pening lah begini. Jikalau Cameron Highlands tu dekat tak mengapa ini?

"Yes sir. " Eric pula yang gementar. Disebabkan dia baru tahu petang tadi maka dia tidak boleh menemani bos nya itu. Amerika dengan malaysia jauh okay! Untuk pengetahuan anda,daniel ethan ini adalah seorang ceo kepada syarikat di amerika iaitu Blue Dragon Holdings dan adiknya Athif Fattanah pula ceo syarikat AZ Holdings di malaysia. Selepas membuat perbincangan  dengan semua pihak, adik beradik itu telah menggabungkan kedua dua syarikat mereka menjadi Blue Hazel Holdings. Hal ini membuatkan syarikat mereka antara syarikat yang berjaya sama ada di amerika syarikat malahan di Malaysia juga. Tetapi mengapa daniel ethan di malaysia? Kenapa dia tidak menjaga syarikat nya?

Sebenarnya Daniel Ethan sudah menetap di Malaysia sejak tahun lalu. Dia ingin meneroka negara Malaysia dan ingin berada dekat dengan keluarga adiknya. Syarikatnya sekarang dijaga oleh pakcik saudaranya iaitu bapa kepada aleysha.  Tetapi dia masih mengambil tahu hal syarikat dan melakukan kerjanya walau dari jauh. Dia masih berfunction okay! Cuma apabila dia mempunyai beberapa meeting yang memang harus dia hadiri, maka dia akan pulang ke Amerika syarikat sebentar.

"Never mind. I will go to Cameron Highlands tomorrow. " putus Ethan. Nak tak nak terpaksa lah dia pergi. Dia tidak ingin menyusahkan adiknya untuk pergi ke sana kerana athif harus menjaga keluarganya.

Ethan mengeluh.
"Malasnya nak packing bag! Lantaklah aku beli baju je kat sana." Ethan terus melempar telefon di atas katil dan mula menutup mata.

"Memang aku ceramah BAKTI Holdings ni esok. Ada ka patut pukul 6 petang baru cakap?dia ingat kl dengan Cameron tu jarak 100 meter ke?" Sempat ethan membebel kegeraman.

Sorry sikit bab ni bosan sebab nak memberitahu maklumat kepada readers dan new readers yang tidak mengenali ethan ya! Tekan bintang kecil and sorry typo! Muah!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now