26

6.8K 389 63
                                    

Raisya menggengam tangannya cuba menguatkan dirinya. Dia menyeka air mata yang tiba tiba sahaja mengalir.

Dahla raisya! Tak puas ke kau menangis seharian? Kau dah janji pada diri kau kan nak jadi kuat harini? Raisya menepuk dadanya supaya mengingat kembali azamnya semalam.

Dia terpaksa. Terpaksa menaruhkan masa depannya demi keluarga.

Tetapi tidak sampai 10 saat. Dia kembali mengalirkan air mata. Dia meletakkan mukanya di stereng keretanya. Tekanan menguasai jiwa!

"Raisya, ibu buat semua ni bukan sebab tak sayang isya. Isya tau kan isya anak yang ibu sayang sangat." Puan izzah mengelus lengan raisya.

Raisya masih memeluk lutut di atas katil. Matanya bengkak kerana tidak henti menangis. Semua ini berlaku sangat pantas! Semalam dia dan ethan merancang tentang masa depan bersama tetapi harini dia terpaksa merancang masa depan ethan dan amirah. Habis dia ni macam mana?

Raisya menggelengkan perlahan.
"Ibu, raisya sayang dia. Raisya nak dia jadi imam raisya. Dan dia pun nak raisya. Dia takkan pilih amirah."

Puan izzah mengeluh.
"Sebab tulah isya kena pujuk Ethan supaya menikahi amirah. Tolong ibu ya?"
Raisya mengalihkan wajah memandang ibunya tidak percaya.

"Apa? Ibu nak isya pujuk orang yang isya sayang supaya nikah perempuan lain? Maaf ibu isya tak kuat. Ibu tak faham yang isya sangat sayang dia dan tak sanggup kehilangan dia."  Setitik air mata jatuh semula. Tidak sanggup membayangkan ethan menjadi milik orang lain.

Puan izzah mengelus pipi raisya dan memegang kedua belah pipi raisya menggunakan tangannya.
"Isya pandang ibu. Ibu faham isya sayang dia. Tapi isya tolongla fikir tentang maruah keluarga kita yang hampir musnah ni. Ibu hanya ingin ethan berkahwin dengan amirah hanya sehingga anak itu lahir. Hanya untuk mengelakkan fitnah sayang. Ibu tahu kamu berdua saling mencintai. Ibu juga sayang sangat kamu berdua."

Mata raisya bertaut dengan mata puan izzah. Raisya menelan air liur serba salah.
"Isya, selama ni ibu tak pernah minta apa apa pada isya. Tapi sekali ini sahaja. Ibu berharap sangat isya mampu tolong ibu. " raisya merasa matanya berkaca. Ya, ibunya tidak pernah memarahinya bahkan ingin bertindak kejam kepadanya. Walaupun dia tiada ikatan keluarga kepada keluarga ini , tetapi puan izzah melayaninya dengan sangat baik. Dia dimanjakan bagai anak kandung. Dia sayang akan ibunya. Adakah patut dia buat sebegini?

"Isya?" Raisya kembali ke alam apabila ibunya masih memandangnya berharap. Perlahan lahan raisya mengangguk dengan terpaksa dan hati berbelah bahagi.

Terus senyuman mekar di wajah puan izzah.
"Alhamdulillah. Ibu dah agak isya ni anak yang baik. Ibu sayang sangat isya." Puan izzah menarik raisya ke dalam pelukan.

Raisya membalas pelukan perlahan. Dia memejam mata dengan hati yang lara. Tidak mengapa. Demi kebahagiaan ibu dan keluarganya, dia sanggup. Walau terpaksa dia melukakan hati seseorang...Daniel ethan.

Pin!

Terkejut raisya apabila dahinya tanpa sengaja tertekan hon di stereng itu. Dia mengambil tisu di belakang dan mengelap air mata pantas. Lip balm dipakai supaya dirinya tidak nampak pucat. Sesungguhnya dia langsung tiada selera makan gara gara semua yang terjadi.

Dia memakai kaca mata hitam supaya mata bengkaknya mampu disembunyikan. Dia menarik nafas perlahan. Raisya....fokus. jangan nangis. Kau kuat.

**************************************

Ethan memandang tasik di hadapan. Hatinya gundah gulana mengingatkan kejadian semalam. Aduh...macam mana kalau raisya setuju dengan ibu dia? Tak tak dia tak kan setuju. Dia cintakan aku. Ethan berlawan pendapat di dalam hati sehingga tidak menyedari raisya sudah berdiri di belakang kerusi yang didudukinya.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now