42

5.5K 381 34
                                        


Muka raisya sudah berkerut. Keliru.
"Apa ibu cakap ni? Kenapa pula ibu menyesal sedangkan raisya langsung tak menyesal? Apa ni? Isya tak faham lah! Ayah? Mirah?apahal ni? Kenapa ibu mengarut petang petang ni?"

Amirah mengeluh.
"Isya, sebenarnya..." baru sahaja dia ingin menjelaskan kepada raisya tetapi dipotong pula oleh puan izzah.

"Sebenarnya kami semua dah tahu siapa sebenarnya daniel ethan ni! Suka kamu ya dapat menipu kami? Saya tak sangka kamu ni teruk sebegini? Apa lagi agaknya kamu sorokkan dari kami? Sampai bila kamu nak sembunyikan hal ni? Entah entah si isya ni pun tak tahu pasal kamu!" Kuat puan izzah  berkata dengan matanya mencerlung memandang ethan.

Ethan tersentap mendengar bicara puan izzah. Lagi lagi apabila kata nama di dalam ayat puan izzah dari 'ibu' bertukar menjadi 'saya.'Dia menelan air liur. Mereka dah tahu?

"Apa ni ibu? Tahu tentang apa?" Eish makin pening aku dengan drama keluarga ni! Straight to the point jela! Ni yang aku nak hangin ni.

Puan izzah menggeleng kepala perlahan.
"Jadi maknanya isya pun tak tahu lah siapa sebenarnya suami kamu ni? Kalau kamu nak nak tahu si daniel ethan ni tak baik! Kecewa betul saya dengar perkara sebenar pasal kamu! Patutlah kamu tak pernah beritahu bagaimana ibu bapa kamu mati. Mereka dibunuh oleh mafia kan? Ha?!" Kuat puan izzah bertanya.

Ethan menunduk apabila mata puan izzah tajam merenungnya. Berkerut kening raisya mendengar kata kata ibunya.
"Ha?! Pasal ni je? Ya allah ibu. Isya ingat apalah tadi. " raisya memicit dahinya.  Aduh pining pining!

Membeliak mata puan izzah.
"Kamu kata apa? Pasal ni je? Eh isya tahu tak lelaki ni bahaya? Dan syarikat dia pun usahakan benda tak elok, tak senonoh!kasino lah! Judilah! Dadah! Semua tu! Mereka mafia isya! Ibu tak nak keturunan kita ada mafia!"

Encik salman mengeluh mendengar pertelingkahan isteri dan anaknya. Buat masa ini dia tidak mahu mengambil bahagian dalam pendebatan. Biarlah dia menjadi  pemerhati.

Raisya tergelak kecil.
"Aduh ibu..ibu..siapa tukang bagi maklumat ni?merepek betullah. Yang mafia tu orang lain. Bukannya suami isya! Kenapa nak memperbesarkan hal remeh ini? Jom sayang, ada baiknya kita sambung honeymoon dari dengar benda mengarut." Raisya memeluk lengan ethan. Dia tahu ethan terkelu mendengar cemuhan puan izzah mengenai diri nya. Dia turut terkejut dengan kata kata puan izzah seperti tidak mahu ethan berada di dalam keluarganya. Mesti ethan terluka.

"Hal remeh? Isya,isya sedar tak isya boleh berada dalam bahaya? Isya tau tak keluarga dia ni sedang diburu oleh mafia yang bunuh mak ayah dia ni? Dulu adik dia pun hampir dibunuh. Isteri adik dia pun diculik. Last last cousin dia ni mati! Kami tak nak isya dalam bahaya. " luth sudah membuka mulut menyampuk. Wajahnya beriak risau. Dia yakin maklumat ini mampu mendiamkan ethan.

Raisya tergamam seketika. Betul ke perkara ni? Kenapa aku tak tahu? Memang dia tahu perihal kematian aleysha tetapi tentang athif dan qisya tidak tahu pula. Dia mengalihkan pandangan memandang ethan.
"Be..betul ke pasal athif tu awak?"

Ethan memandang sayu raisya. Dia tahu salahnya kerana tidak jujur dan memberitahu tentang dirinya sepenuhnya kepada raisya malah keluarga mentuanya. "Betul. Tapi sayang saya boleh explain."

"Nampak? Isya pun tak tahu kan? Heh entah entah apa lagi lah dia sorok belakang isya." Luth mencelah dan memandang sinis ethan.

Raisya mengetap bibir. Kenapa ethan tidak pernah memberitahunya?
"Awak kata tiada rahsia antara kita kan?" Bisiknya perlahan.

"Yes I know. But kisah athif nak kena bunuh dah berakhir sayang. Sayang tak berada dalam bahaya pun. Trust me." Ethan mengusap lembut tangan raisya dan merenung mata isterinya. Ingin membuktikan dia berkata jujur.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now