58

8.6K 420 65
                                    

Firstly, saya nak minta maaf maaf dan maaf kepada semua yang tertunggu malam tadi. Maaf saya ada hal semalam itu tak update malam tadi. Maaf ya?

Nah love ♡ kepada semua yang maafkan saya.

Okeh boleh sambung baca.

***************************************

.

Luth mikail keluar dari keretanya. Entah di mana dia berada dia sendiri tidak pasti. Pemanduannya hanya memgikut kata hati.

Hatinya sudah berasa kosong dan mampu memandu sahaja. Punyalah memandu tiba tiba tersampai di sebuah cafe di bahu jalan. Entah tiba tiba mengidam latte pada saat begini. Niatnya hanya untuk lari seketika dari hospital tu.

Kring!

Bunyi loceng berbunyi menandakan luth sudah selamat masuk ke dalam cafe tersebut. Kakinya melangkah dan lantas memgambil tempat di sebuah kerusi panjang yang mampu memuatkan dua orang di sudut cafe.

"Imani! Tu ambil order dia. Akak nak ke tandas sekejap." Imani aulia tersenyum dan membuat simbol okay menggunakan jarinya.

"No hal la kak. Akak pergila cepat membuang segala masalah hadaman tu!" Imani terus mengambil sebuah buku mota kecil dan pen lalu laju ke arah meja di sudut cafe.

"Selamat datang ke kafe Sweetilicious. Encik nak order apa?" Imani menghulurkan senyum  tetapi perlahan lahan senyuman hilang apabila jejaka yang duduk di situ hanya termenung memandang hadapan.

Aik dah kenapa mamat ni? Pandang apa tu? Takkan tak dengar aku tanya dia kut?
"Ehem! Encik? Encik? Encik?!" Setelah dua kali dia bertanya lembut tapi lelaki itu masih diam kali ketiga tak mampu dah bersabar. Kita jerit sahaja! Kalau boleh bagi dia pekak.

Ternyata jeritan kecilnya berjaya membuat lelaki itu mengalihkan pandangan memandangnya.
"Apa?"

Keluar dah suara lelaki ini. Punyalah berkali aku tanya dia boleh kata " apa?" Dengan muka suci dia. Heisy nasib baik imani ini penuh dengan iman!

Imani menahan geram dan mehulurkan senyuman palsu.
"Saya tanya dah hampir 5 kali. Encik nak order apa?"

Lelaki itu kelihatan termenung memandang wajah imani lagi. Lama.

Imani yang terkejut dengan renungan mata lelaki itu turut memandang muka jejaka misteri ini. Dan dari renungan itu sedarlah imani bahawa lelaki itu sedang dalam keadaan terseksa. Kosong dan kecewa.

Tersedar pula imani dengan keadaan mereka sebelum dia menutup matanya.
"Ya allah encik! Sudahlah zina mata ni! Saya tanya nak order apa. Bukan saya suruh encik buat pertandingan merenung kat sini. Masyakaratttt dia ni.." imani menggeleng kan kepala lalu  matanya melilau ke arah kaunter untuk memastikan  sama ada kak intan sudah kembali dari tandas atau tak.

Kak intan! Tolong imani kak intan!pelanggan ni seram! Tatowttt bethiol !

"Boleh...tak kau duduk sebelah aku...kejap?" Suara serak itu lembut bertanya sambil menatap sayu imani. Imani yang tersentak dengan permintaan luth mikail pantas memandang luth dengan mata membesar.

"Ha? Encik ni kenapa? Maaf cafe ni jual makanan dan minuman halal.  Bukan jual perempuan. Lagi lagi perempuan macam saya ni. Ya allah encik. Tolonglah mengucap balik. Baca istighfar banyak banyak." Imani menggeleng kepala sambil memberi tazkirah percuma.

Adoi inilah anak muda zaman sekarang! Suka betul buat benda haram! Yang baik minta dijauhkan pulak!

"Aku tahulah. Aku just nak kau teman aku kat sini. Sekejap je. Tolong lah." Luth mengeluh berat sebelum mengalihkan mata sayu memandang imani.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now