23

6.7K 391 15
                                    


"Amirah!"

Amirah yang sedang termenung terus berpaling mendengar suara memanggil namanya. Amirah menelan air liur gementar melihat kedatangan lelaki itu. Rindu ? Sudah tentu!Kekasih nya yang paling dia sayang. Dia serius dan ingin mengahwini lelaki ini.

Farhan yang mendapat pesanan dari amirah menyuruhnya berjumpa dengan gadis itu di Starbuck terus memecut untuk berjumpa amirah. Risaunya kepada gadis itu membuak. Dia call tidak angkat dimesej tidak berbalas. Selama ini dia tertanya bagaimana keadaan gadis itu!

Farhan melabuhkan punggung di hadapan amirah.
"Mirah, you kenapa tak angkat call I? Tak reply mesej I? You tau tak I risau gila pasal you?"

Amirah memandang kosong wajah farhan.
Dia mengeluh berat.
"Farhan, I rasa you akan terkejut dengan apa yang I cakap ni."

"Why?" Farhan segera menumpulam sepenuh perhatian kepada amirah. Menanti ayat yang akan keluat dari bibir itu.

Ayra mengetap bibir. Betul ke apa yang aku buat ni? Aku rasa betul! Dia adalah bapa kepada anak di kandungan ni. Dia ada hak.
"I...I pregnant." Ujarnya perlahan.

Terhenti nafas farhan. Seakan masa berhenti berputar. Amirah..mengandung?!
"What?! Anak I?!"

"Yela! Habis tu siapa lagi?"

Farhan menggelengkan kepala.
"Ini semua tak boleh jadi mirah. "

Akhirnya air mata yang cuba ditahan mengalir perlahan.
"Jadi you ingat I nak semua ni berlaku? You ingat I nak kandung anak haram? I menyesal!"

Farhan sudah kaget melihat amirah mengalirkan air mata. Dia meraup rambutnya ke belakang.
"Look mirah. I pun menyesal dengan apa yang terjadi."

"Kalau you menyesal, kahwin dengan I. " ujar amirah sambil memandang tepat mata farhan.

Farhan mengeluh. Macam mana ni?
"Amirah.."

Amirah yang melihat wajah pening farhan terus mencelah.
"Kenapa? You tak nak kahwin dengan I?"

"Bukan macam tu mirah..I cuma rasa sekarang bukan masa yang sesuai." Lembut farhan cuba memujuk amirah.

Terus amirah menayang senyuman sinis penuh kedukaan.
"Jadi bila masa yang sesuai tu farhan? Bila? Bila perut I dah membonjol baru sesuai? Bila I malu dengan semua orang baru sesuai? Bila I mati baru sesuai?"

"Stop saying nonsense things mirah." Farhan memicit pelipisnya. Boleh pening!

Amirah mendengus geram bercampur sedih.
"Sebenanrnya kan I tak faham langsung dengan you ni. You kata you sayang I you cintakan I tapi bila I ajak kahwin you selalu elak. Macam macam alasan you. Dan sekarang bila semua ni dah terjadi, you masih tak nak bertanggungjawab! I tak faham! Ke you sebenarnya memang tak cintakan I? You anggap I permainan you? Atau you dah ada perempuan lain?"

Farhan menghembus nafas geram.
"No! You jangan nak fikir bukan bukan boleh tak? I hanya sayang you! Tiada dah mana mana perempuan yang I cinta macam you. I memang nak jadikan you halal untuk I mirah!tapi bukan sekarang."

Amirah mengangguk kecil. Dia menyeka air sisa air mata di pipi.
"Buktikan apa yang you cakap tu betul haziq farhan. You know what? Kalau you memang nak macam ni, you tak payah kahwin dengan I! Biar I tanggung seorang diri. Dulu you kata you takkan biarkan I sendirian, you akan lindungi I tapi I makin ragu dengan kata kata you! I mampu jaga anak ni seorang diri! You jangan kisah pasal I lagi. " Amirah pantas mengambil beg tangannya dan terus pergi dari situ. Tidak mahu hatinya yang hancur menjadi semakin lumat kerana farhan.

Farhan sudah terkelu tidak sempat menahan amirah dari pergi.
"Haih mirah.. I sayangkan you tapi you kena la fikir keadaan  I Sekarang." bohongla jika dia tidak risau tentang apa akan terjadi pada amirah. Dia cintakan amirah! Tetapi dia takut untuk berdepan dengan keluarga amirah yang tidak setanding dengan dirinya. Dia seorang penganggur! Tiada sumber untuk memberi nafkah kepada amirah! Dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya. Dia malu dengan diri sendiri, semua orang lagi lagi amirah. Buat sekian kalinya dia mengeluh berat stres dengan dugaan hidup.

***********************************

"Ibu, haris pergi dulu." Haris melangkah ke arah ibunya dan menyalami tangan tua itu.

Puan izzah mengusap lembut kepala haris.
"Yela. Belajar elok elok!"

Setelah melihat pemergian haris, dia terus berjalan ke tingkat atas untuk meletakkan baju amirah yang sudah dilipat. Nak harapkan amirah melipat baju sendiri? Seminggu sekali rasanya.

Keadaan di dalam rumah sunyi kerana hanya dia seorang yang ada di rumah. Suaminya bekerja. Amirah katanya ingin keluar  berjumpa rakan. Raisya pula membeli barang persiapan untuk majlis nikahnya bersama bakal menantu kayanya. Anak bongsunya haris pula baru sahaja pergi ke kelas tambahan. Sunyi pula dirinya. Terpaksa la dia berbual dengan diri sendiri.

Dia melangkah masuk ke bilik raisya dan membuka almari baju di bahagian bawah. Baru sahaja dia ingin meletakkan baju baju tersebut terbeliak matanya melihat keadaan itu.

"Heisy budak ni semakkan baju je kerjanya!" Tergeleng kepala puan izzah melihat keadaan baju yang sudah dilipat kelihatan semak . Dia mengeluarkan satu persatu baju di dalam almari itu.

"Mirah..mirah..umur dah besar tapi masih macam budak budak! Penat ibu lipat mirah boleb sepahkan balik!" Sempat dia membebel bagai amirah sedang berada di hadapannya kini. Amirah syahidah bukannya pemalas sangat. Jika mood rajinnya sampai, semua kerja rumah dia buat dan mampu memasak semua hidangan. Tetapi apabila mood malas sudah datang,keluar dari bilik pun gadis itu tidak mahu! Terpaksa ditarik keluar dari katil.

Sejak amirah meluahkan isi hati yang gadis itu rasa terpinggir dan kurang kasih sayang kerana kehadiran raisya, dia dan suaminya lebih menumpukan perhatian kepada amirah. Puan izzah sudah lebih mengambil berat tentang amirah. Tetapi sayangnya sama sahaja kepada setiap anaknya.  Dari yang paling tua hinggalah bongsu. Keempat empatnya adalah buah hatinya.

Tangannya bertindak mengambil sehelai baju amirah. Terkejut dirinya apabila ada sesuatu jatuh ke lantai semasa dia menarik baju itu.

Berkerut keningnya melihat benda itu.
"Apa benda ni?"

Zup!

Matanya terpaku. Berdebar jantungnya. Bukan kerana kewujudan alat itu tetapi tanda yang tertera.

"Ta..tak mungkin.." tangannya menutup mulut akibat terkejut yang melampau.

Habislaaaa apa akan jadi nanti! Debar tangat! Enjoy! Sorry typo. And baru saya perasan banyak typo dalam DIA Encik Jiran Beku  tu. Macam manala korang baca eh? Hahahaha btw muah!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Där berättelser lever. Upptäck nu