17

7.5K 536 27
                                    

Raisya berdiri sambil memerhatikan setiap pelancong. Bolehla dia berehat sebentar sementara semua pelancong itu melihat sekeliling. Dia melabuhkan punggung di sebuah bangku.

"Ayok! Curi tulang."

Raisya yang sedang menutup mata mencari ketenangan terus membuka mata dan melihat manusia yang sudah duduk di sebelahnya. Melihat ethan sudah selamat duduk di sebelahnya.
"Excuse me. Saya tak curi tulang. Saya cuma berehat sebentar."

"Kitkat takde ke? Kan lagi nice kalau ada kitkat." Ethan cuba membuat lawak. Apabila wajah bingung raisya muncul ethan sedar lawaknya tidak menjadi.

Raisya menahan gelak melihat wajah murung ethan. Kitkat eh?
"Saya rehat sebab tiada sesiapa memerlukan saya guide mereka."

"Saya ada. I need you to guide me. Saya ni dikira sebagai pelancong kan?" Ethan tersenyum nakal memandang raisya.

Raisya mencebik.
"Guide awak buat apa."

"Yela guide saya untuk ke hati awak." Usik ethan sambi mencucuk bahu raisya. Raisya membuat muka geli.

"Euw that's so cheesy." Ethan memandang ke arah tempat lain menahan malu apabila raisya membalas dengan reaksi geli. Apa tak jadi ke cia cia cia aku?

Tiba tiba telefon ethan berdering meminta diangkat. Ethan terus menjawab panggilan dari personal assistant nya, eric.

"Yes what's the matter Eric?" Jawabnya bernada serius.Raisya mengerling sekilas ethan. Entah mengapa rindu pula ingin mendengar suara husky jejaka ini speaking! Tetapi dia agak pelik juga kepada ethan kerana jejaka ini sangat fasih berbahasa melayu. 

"Sorry for disturbing sir. But I have a good news for you."

Terangkat kening ethan mendengarnya.
"What?"

"I have found out who is luth. "

Ethan tersenyum kecil. Eric memang boleh diharap. Kerjanya yang cepat lah yang membuatkan ethan selesa untuk bekerja bersama eric.

"Good. I'll call you back later." Takkanlah nak berbincang sekarang. Aku tengah dating ni!

"Sir, luth is actually.." baru eric ingin memberitahu maklumat terus dipotong oleh ethan.

"No..no. don't tell me now. I have a meeting right now. It will be interesting to know about this later,okay eric? Bye." Sebelum eric sempat berkata ethan sudah menutup panggilan. Membiarkan eric tertanya tanya.

Raisya yang mendengar perbualan Ethan terus tersenyum sinis.
"Meeting lah sangat ya?"

Ethan tersengih. Sekali sekala tipu sunat. Apa salahnya.

Tiba tiba mata raisya menangkap gambar di belakang telefon ethan. Dia terus merampas telefon itu dari pegangan ethan semasa lelaki itu ingin menyimpan kembali di dalam poket.

Ethan tersentak dengan tindakan raisya.  Tetapi apabila dia melihat raisya sedang membelek bahagian belakang telefonnya, dia hany tenang memandang.  Sudah pasti dan dijangka bahawa gadis itu akan terkejut.

Raisya mengetap bibir. Ini..bukankah gambar mereka bersama yang ditangkap semasa di fun fair? Kenapa ethan menjadikan gambar itu sebagai hiasan di phone case?

"Kenapa awak letak gambar ni di telefon awak?" Tanya raisya lalu mengalihkan wajah memandang ethan.

Ethan tersenyum senget.
"Sebab nanti senang saya nak tengok muka awak Hari hari. Tak kiralah pagi pagi ke, masa breakfast ke, masa meeting ke. Boleh saya tengok untuk hilangkan bosan dan rindu." Jaranglah tak sweet. Ini daniel ethan lah.

Raisya sudah ternganga. Begitu sekali ke ethan menyukainya?
"Apa awak ni? Nanti pekerja awak nampak, malulah saya."

"Tak mengapa. Saya lagi nak show off yang awak tu milik saya." Kata kata selamba Ethan dibalas keluhan raisya.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now