54

6.6K 450 60
                                    


"Who are you?"

Zap!

Tiga perkataan dari mulut ethan berjaya membuat raisya terpaku. Siapa aku? Dia tanya siapa aku?

Dia dah gila ke?

Mata raisya mula berkaca sederainya. Yela suami tanya macam tu pada kita! Apa perasaan korang kalau suami sendiri tak ingat korang?eh lupa korang single.
"Abang? Abang tak ingat isya?"

Dia menatap sayu wajah Ethan. Mata biru itu kaget melihat raisya. Berkerut sebentar kening itu. Bagai tidak mengerti.
"Can you speak in english? I don't understand what are you saying."

Raisya seakan berhenti bernafas. Air matanya mengalir deras. Dia....tak faham bahasa melayu? Mengapa? Tapi macam mana? Lidah ethanlah yang paling senang ingin berbahasa melayu tapi sekarang dia tak tahu?

Bukan dia je tak faham aku. Aku ni lagilah tak faham dia kenapa jadi begini!

Raisya menarik nafas. Mungkin otak ethan sedikit senget selepas kemalangan dan membuatkan dia tiba tiba sahaja terlupa bagaimana ingin berbahasa melayu.

"Abang, I'm your wife. Remember?" Raisya tersenyum pahit dan perlahan mengenggam tangan Ethan.

Wajah ethan kelihatan tersentak lalu menolak tangan raisya dari menyentuhnya. Tersentak raisya dengan perlakuan. Terkejutnya bukan kepalang. Dia...tolak aku ke tadi?

Kening ethan berkerut cuba memahami kata kata wanita bertudung di hadapan nya ini.
"Wife? I'm married?" Sejak bila aku kahwin?

"Abang! Yes you're married! With me!" Sedikit kuat dia menjelaskan. Raisya menyeka air mata yang laju sahaja keluar dari tubir mata.

Ya allah dia lupa dia dah kahwin? Dengan aku? Ya allah sayunya hati aku. Dia tak ingat aku.

Ethan tergelak kecil tetapi seperti berpura. Seakan tidak mempercayai kata kata raisya.
"Are you crazy? Where am I? Hospital?"
Terus dia menukar topik. Tidak mahu soal dia single atau tidak berlegar di minda.

Raisya mengigit bibir. Menahan hati yang sedih. Tak mengapa. Ethan perlukan masa. Dia baru bangkit dari koma. Otak mereng kut. Ada yang aku ambil meja hospital aku hentak ke kepala dia biar ingat balik segala memori.
"Yes abang. We're at hospital right now. You had an accident.  Didn't you remember?"

Ethan melihat kakinya yang berbalut. Teruk sangat kah aku kemalangan sehingga berbalut seperti mumia ni? Dia menutup mata cuba mengingat. Kosong. Tiada pengetahuan am tentang dirinya kemalangan di dalam otaknya.
"How can I accident?"

Raisya mengeluh. Payah betul hilang ingatan si ethan ni. Raisya kalau boleh tak nak ingat balik detik ngeri ethan kemalangan di mindanya. Detik paling ngeri di dalam hidupnya. Tetapi suaminya itu sudah bertanya terpaksalah dia jawab.
"A car hit your car from the back. You was in your way to see me. And everything happened in my eyes ethan."

Ethan merenung wajah yang basah dengan air mata di depannya dengan wajah polos. Blur. Blur tahap gaban. Entah mengapa wajah sayu itu kelihatan seperti biasa dilihat. Malah dirinya selesa untuk bertanya soalan kepada wanita ini. Padahal selalunya dia tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Cantik juga wanita bertudung ini. Ethan menggeleng kepala. Ingat aleysha ethan. Pantas kepalanya dipaling dari menghadap wajah sayu itu.
"Ehem. Where's my granpa? Family? Noah?  Qisya? I want to see them."

Mana mereka semua?mereka tak melawat aku ke?

Raisya memandang wajah ethan yang mengelak melihat dirinya. Sebak pula hati suami sendiri mengelak bertemu mata.
Aik athif ingat pula. Qisya ingat pula. Aku? Aku mana? Aku isteri dia kot!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now