55

7.1K 377 68
                                    


"I love you too sayang. Sangat sangat." Pelukan dieratkan.

Alhamdulillah bersatu kembali akhirnya mereka berdua. Jap kenapa ayat macam songsang ni?

Raisya mula melerai pelukan dan menatap wajah ethan dengan linangan air mata. Di dalam hati tak henti mengucapkan syukur kepada Allah kerana menyembuhkan kembali suaminya.

Ethan tersenyum dan memegang kedua belah pipi raisya.
"Hey sayang kenapa lebat sangat air mata ni? Dah macam air terjun dah ni. Sudahlah sayang abang tak bawak pelampung ni kalau wad ni banjir dengan air mata sayang." Risau dirinya melihat raisya yang tak sudah memproses air mata. Aku dah sedar kan? Kecederaan aku pun makin sembuh alhamdulillah.  Kenapa dia nangis beria sangat ni?

Raisya mengetap bibir. Adakah dia patut gelak dengan lawak pujukan suaminya?rasanya tidak perlu. Cukuplah ketawa dalam hati. Kira support juga lawak suami kan?
"Abang, isya takut sangat kalau abang tinggalkan isya."

Ethan menghela nafas dan terus dahi isterinya dicium syahdu.
"Sayang, abang tak ke mana mana. Abang kan kuat. Isya yang cakap kan?"

Ternaik kening raisya mendengar bicara ethan. Wait macam kenal je ayat tu?
"Ha? Maknanya abang dengar ke segala luahan isya masa abang koma?"

Ethan senyum dan mengangguk kecil.
"Alhamdulillah Allah bagi abang dengar dan kata kata isya menjadi pembakar semangat abang tau." Ethan mengenyitkan mata sebelah. Cuba memujuk raisya.Tetapi makin kuat pula bunyi esakan raisya.

"Ya allah sayang. Sudahlah tu. Abang tak suka tau muka sayang dihiasi air mata. Nanti bengkak lah mata sayang terus buta nanti. " ethan pantas mengambil beberapa helai tisu lalu di lapkan air mata raisya lembut.

"Isya terharu sangatlah sayang. Abang tau tak tadi masa abang sedar beberapa jam lalu, abang kena amnesia? Abang langsung tak ingat pasal isya. Hanya allah je tahu sebaknya hati isya." Raisya mencemik. Membiarkan ethan mengelap air mata wajahnya.

Tisu diletakkan di hidung raisya pula. Bingung seketika raisya lalu mengangkat kening memandang ethan.

"Hembus hingus tu sayang."

Raisya berdehem. Malu sebentar.Lalu menghembuskan hingus yang ada di dalam hidung akibat banyak menangis. Alamak sweetnya suami aku ni lepas bangun dari koma. Sampai sanggup tadahkan hingus aku.

Ethan membuang segala tisu yang digunakan ke dalam tong sampah di sebelah katilnya. Dia kembali merenung isterinya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia merindui raisya. Isteri kesayangan.
"Abang tak ingat pula abang amnesia tadi sayang. Abang ada cakap apa apa yang sakitkan hati sayang ke? Hm?" Tanyanya lalu menukar cara duduknya supaya ada ruang di di katilnya kini.

Raisya senyum kelat. Baru sahaja dia nak bercerita ethan menepuk ruang di sebelah katil itu.
"Sini my sarah. Abang nak dengar cerita sayang secara hd."

Raisya perlahan lahan menguntum senyuman lebar dan duduk di sebelah suaminya. Nasiblah katil di wad ini besar. Yela wad vip kan?  Heh kita tak mampu sebab kita tak kaya. Suami kita yang kaya. Jutawan tau. Kau ado?

Raisya dapat rasakan ethan memeluk pinggangnya dan meletakkan kepalanya yang berbalut di bahu raisya.

Raisya memandang sekilas wajah Ethan sebelum mengeluh.
"Hmm sebenarnya sakit hati tu takdelah sangat tapi abang yang tadi tu fuh cakap melayu pun tak reti! Itu takdela isya cuak sangat. Yang part paling cuak tu abang tak tahu abang dah kahwin! Lepastu isya katalah isya isteri abang . And you know what?boleh pula ethan jadian tu kata 'who are you? What I know my first love is aleysha. Then how can I fell in love to you?'
Ya Allah serius masa tu isya rasa nak hempuk kepala abang dengan meja tu supaya otak abang kembali centre. Cuak dia bukan kaleng kaleng. Yela dahla tak bini tapi nama perempuan lain ingat pulak. Kalau bab ni isya tak boleh berkompromi."  Raisya memeluk tubuh.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now