39

5.9K 355 44
                                    


"Come here." Ajak ethan. Raisya menggaru kepala yang dihiasi selendang. Okay aku tahulah depan aku ni kubur. Tetapi kubur siapa? Nak kata ibu bapa ethan, tadi dia dan ethan sudah membacakan surah yassin untuk arwah. Dan sekarang ethan mengajaknya ke satu kubur yang jaraknya selang satu kubur sahaja dari kubur arwah ibu bapanya.

Raisya akur dan berdiri di sebelah ethan.
"Let's we recite the surah yassin. " ethan membuka surah di tangan.

Raisya memegang lembut lengan ethan.
"But emm ethan, kubur siapa ni? Family awak juga ke?" Berkerut keningnya tanda curious!

Ethan senyum nipis dan lemah. Dia menghela nafas.
"More than a family. Kita baca dulu. Dekat sini tak sesuai kita nak buat storytelling sayang."

Raisya mengangguk akur. Wajah ethan nampak sendu sahaja. Mesti kubur ini milik seseorang yang sangat penting baginya. Semasa mereka ralit membaca surah yassin, sempat mata raisya melirik membaca nama di papan kayu di tanah bahagian atas kubur berbentuk segi empat tepat itu. Apa kau fikir ada ke batu nissan di tanah kubur amerika?tak de okay! Hanya ada tanda kubur berbentuk segi empat tepat dan nama arwah ditulis di atas satu papan kayu.

Nur Aleysha? Siapa tu? Dan mulalah fikiran raisya berusaha mengingati siapa sebenarnya arwah aleysha ni. Tetapi memikirkan niat mereka untuk membaca surah yassin, terus dia menfokuskan pembacaannya. Kalau baca tapi tak khusyuk tak ada function juga kan!

"Jom, sayang." Tersentak raisya dari merenung kubur di hadapannya. Entah kenapa dia ralit memikirkan siapa gerangan Nur Aleysha ini.

Ethan sudah menaikkan kening.
"Why? Kenapa ni?" Banyak kali juga ethan menangkap mata raisya merenung kubur arwah aleysha. Dia sedar raisya mesti akan tertanya tanya apa hubungannya bersama aleysha. Patutkah dia beritahu? Bagaimana perasaan raisya nanti?

Raisya yang tersedar sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala.
"Nothing. Jomlah. Awak kata nak cerita sesuatu kan?" 

Ethan menarik tangan raisya lembut.
"Yep. But kena dekat tempat sesuai. Tak menyempat betul nak bercerita dekat kubur ni. Takut bukan je awak dengar tapi hantu pun dengar."

Raisya terus memeluk lengan ethan.
"Apa awak cakap macam ni? Eee janganla buat saya seram!" Raisya menampar dada ethan. Eish geram! Tambah seram. Pantun ke tu? Tapi kalau hantu dekat sini dengar pun..'mereka' faham ke bahasa kita?

Ethan tergelak kecil. Apa benda yang nak ditakutkan? Sekarang petang lah. Penakut nya bini aku ni.

************************************

"Kita kalau nak berbincang mesti duduk di bangku lepastu hadap permandangan kan? " raisya tertawa bila memikirkan kisah mereka. Asal nak bincang je duduk atas bangku. Lepastu mata hadap permandangan lihat alam sekitar. Dari nothing sampai jadi everything dah kahwin. Masih juga begini. Mereka sekarang sedang duduk di sebuah bangku di sebuah pantai. Kali ini tak hadap tasik, hadap air pantai terbentang luas. Berlainan situasi hari ini. Takdela bosan sangat kan?. Eh tapi kalau bersama daniel ethan tak pernah diriku rasa bosan. Ah cia cia cia.

Ethan turut tertawa. Membenarkan kata kata isterinya.
"Aah la kan? I guess itulah cara kita nak control emosi kita." Ujarnya lalu meletakkan lengan di bahu raisya.

Raisya tersenyum ceria dan meletakkan kepala di bahu ethan.
"So, apa kata kita mulakan sesi bercerita kita? Tak sabar dah ni! "

"Eish tak menyabar! Fine. "Ethan menjentik dahi raisya. Raisya pula sudah ternganga dan memegang dahinya. Apa  masalah dia ni? Nanti benjol dahi aku cenggini! Dahi aku dahla licin. Biasalah orang cantik. Tibeh.

Ethan tidak menghiraukan pandangan maut raisya. Tak takut pun! Bagai anak kucing mengamuk je. Takkan mampu damage kan seinci badan dia pun.
"Okay let me start with hm..rasanya sayang dah baca kan nama arwah di kubur tadi?"

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now