30

7.7K 437 59
                                    

"Pengantin lelaki dah sedia?"

"Of course tok. Abang saya ni dari semalam tersenyum senyum nak nikah cepat cepat." Sempat athif menepuk nepuk bahu ethan.

Ethan senyum malu sementara tok kadi sudah gelak.
"Biasalah tu. Orang muda memang macam ni."

"Ha pengantin perempuan dah ready?"

Ethan pantas berpusing memandang wajah pengantin perempuannya. Raisya nampak menawan dengan mengenakan tudung dan bersolek tipis. Tetapi pada pandangan ethan bakal isterinya sangat cantik sekali. Ups bukan bakal lagi beberapa minit sudah jadi isteri! Berkobar kobar ethan jadinya.

"Kali ni isteri betul ya nama Maysarah raisya?"

Semua orang sudah tergelak mendengar usikan tok kadi.
Ethan senyum.
"Ya saya jamin betul."

Tok kadi mengangguk sambil tersenyum. Dia juga percaya inilah wanita yang lelaki ini benar benar sayang. Kerana wajah ethan pada hari ini sangat berlainan berbanding majlis pernikahan yang lalu. Kali ini wajahnya bukanla seperti mengalami kemurungan tetapi ceria dengan senyuman.

"Kita mula ya?"

Raisya sudah berdebar apabila ethan sudah berjabat tangan bersama tok kadi.Amirah di sebelah mengusap tangan raisya sepertimana raisya lakukan kepadanya untuk menenangkan hati. Ģembira dia melihat adiknya bahagia.

"Muhammad Daniel Ethan bin Adam Saifullah. "

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Maysarah Raisya binti Ahmad Fendi dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai dan senaskhah Al Quran. "

Ethan menarik nafas. Kencang hatinya ingin berkata. Kerana dengan satu ayat ini maka status dirinya terus berubah serta merta dari bujang menjadi suami orang. Suami raisya. His sarah. Auch!

"Aku terima nikahnya Nur Maysarah Raisya Binti Ahmad Fendi dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai dan senaskhah Al Quran. "

"Sah?" Tok kadi memandang athif. Athif mengangguk laju dengan wajah gembira.
"Sah sangat ni tok!"

Ethan menahan gelak. Qisya sudah menggeleng melihat keterujaan suaminya. Masa kahwin dengan aku tak teruja pula kau ya!

"Alhamdulillah." Maka bacaan doa bermula.

Perlahan lahan senyuman ethan dari kecil bertukar lebar. Sungguh hatinya berasa tenang dan damai. Akhirnya dia berjaya memiliki seseorang yang dicintai. Alhamdulillah ya allah. Bahagianya daku!

"Jadi kamu berdua dah jadi suami isteri sekarang. Sang isteri kena hormat suami. Kalau ada masalah bincang baik baik. Yang suami jangan guna keganasan melayani isteri. Isteri ni bagai tulang belakang kita. Takde isteri maka siapalah kita ni ya."

Kepala ethan terangguk angguk mendengar ceramah tok kadi.

"Mari kita mulakan sesi pembatalan air sembahyang ya?"

Raisya sudah berdebar apabila bau wangian ethan sudah berada dekat dengannya. Raisya mendongak. Merah wajahnya apabila suaminya sedang senyum memandangnya. Ya allah cairnya aku saat ni melihat senyuman mamat ni. Eh suami aku! Oh mai god! Aku boleh panggil dia suami. Terujanya!

Raisya perlahan lahan menyalami tangan ethan. Dia mencium lembut tangan ethan. Terasa ingin menangis pula. Setelah banyak dugaan mereka lalui akhirnya mereka bersatu jua. Raisya menahan tangisan kesyukuran.

Ethan mengusap lembut kepala raisya. Jurukamera sudah bertungkus lumus mengambil gambar dari pelbagai arah.
"Abang ethan,  lama sikit tau cium dahi kak isya. Haris nak ambil gambar."
Sempat haris mengenyitkan mata nakal kepada ethan.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now