36

6.9K 387 33
                                    


Raisya mengikat rambut yang melepasi bahu. Almari baju dibuka. Baju apa aku nak pakai?

Tiba tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Bibirnya senyum nipis.
"Ethan, awak dah habis mandi ke?"

"Kalau saya tak habis lagi mandi, mestilah saya tak keluar lagi dari bilik air tu sayang."  Perlahan kepalanya diletakkan di bahu isterinya.

Betul juga eh? Apa la kau ni raisya. Raisya merasakan bahunya sejuk dan basah. Terus matanya membuntang dan menampar tangan kekar ethan di pinggangnya supaya melepaskannya.
"Ethan! Awak ni pergila lap dan keringkan badan rambut awak ! Basah tau baju saya."  Raisya berusaha meleraikan pelukan ethan tetapi semakin kuat tangan itu menguncinya.

"Ala..sayang tolongkah keringkan. Lagipun lepasni awak nak tukar baju kan? Apa salahnya basah sikit." Ethan melepaskan pelukan.

"Ish!" Raisya memandang ethan geram. Ethan beriak selamba dan menghulurkan tuala di tangan raisya.

Berkerut kening raisya dibuatnya.
"Buat apa ni?"

"Keringkan saya." Ethan senyum nakal dan mendepang tangan agar isterinya mudah untuk mengelap badannya.

Raisya baru perasan ethan hanya melilit tuala di pinggang. Terus wajah raisha bertukar tomato. Aduh pahal dia ni buat free show depan aku ni? Untuk menutup perasaan malunya terus dia merapat dengan ethan dan mengelap dada suaminya.

"Mengada. Lap jela sendiri." Ethan tergelak kecil mendengar rungutan raisya.

Tangan raisya bertindak mengelap wajah rambut dan badan ethan. Tangannya terhenti apabila dia melihat perut ethan yang berabs berketul. Fuh! Six pack! Perlahan dia mengelap six pack itu berhati hati takut hilang pula ketulan itu. Eh? Tibe.

"I know you feel proud to have a hot husband like me." Raisya mencebik mendengar bisikan ethan. Terus dia meletakkan tuala di bahu ethan.

"Whatever. Dah pandai pandai awak uruskan diri. Jangan mengada macam budak kecil. Saya nak bersiap."

"Ala.." Baru sahaja ethan ingin merapatkan kembali jarak mereka pantas raisya menolak dada ethan menjauhinya. Raisya menjelirkan lidah.
"Bluek! Awak tu pergi siap cepat!"

Ethan memandang sayu raisya yang meninggalkannya. Salahkah aku nak menjadi kanak kanak? Bukan selalu aku mengada tau!

*************************************

Raisya mencuba melilitkan shawl di kepalanya.

"Hish apa yang susah sangat nak pakai ni? Ya allah macam mana para wanita pakai ni?" Keluh raisya buat sekian kalinya. Dia harus berhijab untuk ke majlis kesyukuran dan doa selamat di rumah keluarganya. Saja keluarganya mengadakan majlis itu kerana bersyukur atas perkahwinan dia dan amirah. Takkan nak free hair pulak kan?

Dia tidak kisah pun tetapi satu sahaja masalahnya. Dia tak mahir lagi untuk memakai shawl. Nak pakai tudung bawal tetapi dia tiada. Apalah nasib.

Tiba tiba terdengar gelakan seseorang di belakang.

Raisya mendengus.
"Gelak lah. Gelak lagi kuat kuat biar satu asia dengar."

Ethan terus membuat gaya seperti menzipkan mulut. Alamak tiger dah marah. Dia bergerak ke arah isterinya yang sedang menghadap meja solek. Wajah bengang raisya jelas terpantul pada cermin.

"Sayang buat apa lagi ni?nak dekat 20 minit saya tengok tv kat bawah tu tapi kelibat sayang tak muncul juga." Ujarnya sambil melihat jam di tangan.

Raisya mengeluh.
"Maaflah. Tapi saya sebenarnya tak mahir pakai shawl ni. Asyik asyik tak jadi. Lagi lagi nak ikut style neelofa."

"Yang nak ikut neelofa buat apa? Ikut jela style diri sendiri sayang oi!" Ethan terus bergerak ke arah raisya hingga dirinya berada di belakang tubuh isterinya.
"Meh." Tangannya dihulurkan.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now