27

6.7K 386 59
                                    

"Nanti jaga dia baik baik tau mirah." Ujar raisya lembut sambil mengambil sebuah gincu untuk dipakaikan di bibir amirah.

Amirah menahan sendu. Dia memandang wajah tenang raisya.
"Isya,kau tak perlu pun buat semua ni. Aku taknak jadi penghalang kebahagiaan kau berdua. " sungguh amirah berasa bersalah yang amat.

Raisya menunduk supaya parasnya sama dengan bibir amirah.
"Dia boleh makan semua benda kecuali aiskrim coklat. Tak tahula kenapa dia benci sangat coklat. Hobi dia buat kerja pergi gym. Dia selalu balik rumah pukul 6 macam tu. Dia.." raisya terus menceritakan perihal diri ethan kepada amirah.

Amirah tidak sanggup mendengar lagi. Dia pantas menahan tangan raisya untuk memakaikannya gincu. Air matanya mengalir.
"Ma..maafkan aku isya. Maafkan aku selama ni aku buat banyak masalah kepada kau. Aku banyak dosa pada kau. Dan sekarang makin bertambah dosa aku. Aku serba salah sangat. Kau sanggup tolong aku walhal aku layan kau teruk."

Raisya tersenyum kelat. Dia mengusap air mata di pipi amirah lembut.
"Mirah, pengantin tak boleh nangis. Kau jangan risau lah. Aku kuat. "

Amirah menggeleng kan kepala.
"Aku tau kau banyak nangis sebab ni. Aku janji aku tak akan jatuh cinta pada ethan. Kami nikah hanya atas kertas. Aku tak sanggup nak tambahkan dosa pada kau isya."

"Mirah, aku dah lama maafkan kau. Stop lah kata pasal dosa ni. Janganla nangis lagi. Nanti orang kata aku dera kau pulak. Baby tak nak mama dia nangis." Raisya menghulurkan senyuman untuk menenangkan hati amirah.

Amirah pantas menarik raisya ke dalam pelukan.
"Isya,aku sayang kau. Aku sayang adik aku."

Raisya merasa bahunya basah dengan air mata amirah. Raisya mengusap lembut belakang badan amirah.
"Aku sayang kau juga. "

Raisya menahan dirinya dari menghamburkan lara di hati. Cukuplah dia banyak menangis minggu ni. Dia sudah nekas dia tak nak menangis lagi pada hari ini. Dia tak mahu orang berfikiran negatif terhadap amirah. Barang hantaran yang dia dan ethan beli sudah digunakan pada hari ini. Baju nikahnya juga dia menyuruh amirah pakai. Ya Tuhan aku hanya ingin membantu keluargaku walau aku harus menahan luka yang perit.

Jangan nangis raisya. Nanti makeup kau cair. Berkali kata semangat terbit di mindanya.

***************************************

Ethan melirik melihat Amirah sudah duduk di tempat pengantin perempuan. Matanya menangkap raisya yang sudah duduk bersimpuh di sebelah amirah.

Kenapa kau duduk sebelah dia? Aku rasa aku tak kuat nak lihat wajah kau.

Tiba tiba mata raisya turut terpandangnya. Mereka bertatapan seketika. Mata biru ethan jelas menunjukkan dia terseksa. Raisya pantas mengalihkan pandangan. Tidak sanggup ingin melihat mata itu. Dia takut dia tidak kuat dan membuat perkara yang tidak sepatutnya.

"Ini ke anak yang nak menikahnya?" Ethan pantas mengalihkan wajah memandang tok kadi di hadapan.

Ethan mengangguk.
" ya saya." Jawabnya gementar.

"Boleh saya tahu anak gadis yang mana kamu ingin nikah? Amirah Syahidah atau Maysarah Raisya?" Tanya tok kadi itu sambil melihat dokumen di depannya. Dia tidak nampak wajah ethan sudah berubah.

Ethan tersentak. Muncul kembali perasaan sedih mendengar soalan itu. Dia menarik nafas memohon ketenangan. Wajahnya cuba diseriuskan.
"May...hm bukan Amirah Syahidah."

Ya allah! Aku ingin mengatakan maysarah raisya.

Raisya yang mendengar sudah menunduk. Berkali dia berzikir menenangkan hati. Tangannya digenggam oleh amirah.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now