41

5.2K 346 17
                                    


"Isya, dah sampai mana?" Kedengaran suara di hujung talian seperti resah dan gusar.

"Mirah, kalau ya pun bagilah salam dulu. Ni mukadimah tak de tiba tiba sergah. Ish ish ish." Sempat raisya membebel kepada amirah. Memang patut pun budak ni kena marah. Macam ribut melanda saja dia punya kalut.

"Sorry. Assalammualaikum. Kau ada di mana sekarang? " amirah mengeluh. Memang silapnya kerana menerjah seperti itu. Tetapi semuanya kerana dia rasa gelisah sekarang ini! Gelisah dan gementar menunggu kepulangan raisya dan ethan. Ya, malam semalam dia menelefon raisya supaya segera kembali pulang ke malaysia bersama ethan atas arahan ibunya.

Di dalam sudut hatinya,hendak sahaja dia mengarahkan raisya supaya menetap lebih lama di amerika sana bersama ethan kerana dia risau. Dia risau sekiranya ibu dan keluarga nya melakukan sesuatu kepada mereka berdua. Dan raisya pasti akan bersedih tentang hal ini. Tetapi apa haknya. Dia cuma seorang anak yang harus patuh kepada ibu dan ayah. Raisya aku harap kau kuat.

"Aku dah sampai KLIA2 10 minit lepas. Kami dalam perjalanan pulang rumah ibu ayah dah ni. Tapi mirah, kenapa tiba tiba sahaja mereka suruh kami balik? Aku dengan ethan patutnya balik lusa tau! Habis rosak plan honeymoon aku. Huwa!" Raisya membuat bunyi nangis. Tak puas hati betulla! Baru aku nak spend time lebih dengan suami aku. Dah lah belum jelajah lebih lagi di amerika tu! 

Terdiam sejenak amirah mendengar soalan raisya. Berdebar pula hatinya. Ingin jujur atau tidak?
"Emm isya kau balik jela eh? Inshaallah nanti kau boleh honeymoon lagi. Aku ni pun  belum honeymoon lagi tau!"

Raisya tertawa kecil sambil melirik melihat ethan di sebelah. Mesti ethan sedih kerana honeymoon mereka sudah berakhir kerana  disuruh pulang ke Malaysia. Tetapi wajah ethan tenang sahaja dan ethanlah yang sukarela hati untuk kembali ke negara ini berbanding raisya yang masih bersedih. Begitu akur ethan mendengar arahan keluarga mertua. Suka pula raisya melihat sifat ethan itu. Raisya pantas memeluk lengan ethan.
"Okay lah. Ya aku nak baliklah ni. Bye Assalammualaikum. " dia menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangannya.

"Ethan, awak tak pelik ke kenapa keluarga saya suruh kita balik secara tiba?" Tanya raisya setelah mereka sudah berada di dalam kereta ethan yang dipandu pekerjanya.

Ethan senyum nipis.
"Entahlah sayang. Ada perkara penting lah tu."

"Sorry honeymoon kita habis macam tu je."entah mengapa raisya pula rasa serba salah.

Ethan mengukir senyum dan mengusap tangan raisya.
"Kenapa kata macam tu? Bukan salah sayang pun. It's okay. Asalkan kita bersama di mana mana pun dikira honeymoon. "

Raisya akhirnya mengangguk. Otaknya ligat berfikir. Mengapa secara tiba keluarganya menyuruh dia pulang? Mendengar suara resah amirah tadi pun,sudah membuat perasaan curiga dan tertanya bertambah.

Apa yang sudah terjadi sebenarnya?


*************************************

"Mana mereka ni mirah? Kata tadi on the way. Ni tak sampai lagi?"

Amirah mengeluh mendengar bebelan puan izzah.
"Ibu, sabarlah. Mungkin jalan sesak ke apa mana kita tahu." Ini sudah masuk 3 kali ibunya tanya benda yang sama. Eh tak reti sabar ke? Macam biadap pula. Puan izzah tolong bersabar boleh? Ha okay sikit.

Puan izzah menghempas punggung di atas sofa di sebelah luth. Tangannya memeluk tubuh.
"Entah entah mereka lari tak? Kamu beritahu mereka pasal hal ni ke mirah? Kamu jangan macam macam eh?"

"Apa benda ibu merepek ni? Mirah tak kata apa apa lah. Kalau mereka lari pun biarlah. Dari balik sini kena hadap kemarahan orang." Geram pula amirah dibuatnya. Ayat terakhir itu digumamnya perlahan.

"Apa kamu kata tadi? Ingat ibu tak dengar ke?" Tanya puan izzah kuat.

"Sudahla tu amirah, ibu. Sekarang ni kita tunggu sahajalah mereka balik. Tak perlu bertengkar pasal ni." Tenang sahaja suara luth menasihatkan keluarganya. Tidak suka pula dia melihat mereka berlawan kata kerana hal ini. Sebagai seorang anak sulung memang patut dia nasihatkan. Walau hatinya juga resah menunggu kepulangan raisya dan ethan.

"Kak isya dah balik!" Laungan kuat haris berjaya menegakkan badan semua manusia di ruang tamu.

Haris yang sedang memgambil angin sambil menggoyangkan buaian tersentak melihat kereta ethan yang sudah selamat diletakkan di halaman rumah. Sengaja dia ingin duduk di luar. Damai rasanya berbanding duduk di dalam rumah dan mendengar bebelan puan izzah. Dia pantas berlari ke arah kereta ethan sambil melaungkan tentang ketibaan raisya.

Ethan yang sudah menapak keluar dari kereta sudah tersenyum memandang haris. Haris turut membalas senyum dan menyalami tangan ethan.

"Haris , boleh abang tanya kenapa kami disuruh pulang segera?"

Haris tersentak dan memandang tepat wajah ethan yang tenang. Mindanya teringat maklumat yang diberitahu luth mengenai diri ethan. Entah kenapa dia rasakan maklumat itu semua tidak benar melihatkan perwatakan ethan.

Dia menggosok lembut lengan ethan supaya dapat menenangkan Ethan walhal dia yang gelabah lebih! Dia menguntum senyuman kelat. Tetapi baru sahaja dia ingin menjawab...

"Haris! Yang kamu gosok lengan dia kenapa? Masuk sekarang!" Laungan kuat puan izzah di pintu rumah berjaya mengejutkan ethan dan haris. Raisya yang sedang berjalan untuk pergi ke sebelah ethan turut tersentak. Raisya melihat wajah ibunya yang bertukar garang dan bengis. Makin kuat fikirannya tertanya. Apa dah berlaku ni? Ethan turut merasai puan izzah merenung tajam dirinya. Tetapi dia abaikan. Mungkin puan izzah period. Eh?

Haris mengeluh dan pantas berjalan meninggalkan ethan dan raisya. Dia kembali duduk di buaian. Nak melawan kata ibu, dikatakan derhaka pula. Syurgakan di bawah tapak kaki puan izzah! 

Puan izzah mendengus geram dan kembali menuju ke sofa.

Raisya laju memeluk lengan ethan. Risau bukan kepalang! Ethan hanya mampu tayang senyum tenang dan mereka mula berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalammualaikum!" Suara raisya kedengaran sebelum kaki mereka menapak ke ruang tamu. Terbit senyuman di bibirnya melihat semua ahli keluarganya seperti menunggu mereka. Tetapi apabila melihat hampir semua wajah ahli keluarganya seperti muram terus pudar senyuman.

"Eh kenapa semua ni? Bersedih sahaja? Mirah kau kenapa?" Amirah tersentak. Dia menelan air liur dan memandang raisya sekilas. Dia ingin membuka mulut tetapi apabila puan izzah sedang memandangnya, dia terus memunduk.

Berkerut kening raisya melihat situasi ini. Kenapa amirah nampak sedih?

"Kenapa ni? Mirah? Ibu? Abang luth? Abang farhan?Ada masalah apa apa ke?"

Raisya mendongak memandang wajah ethan yang turut memandangnya.

"Isya betul nak tahu apa masalah sekarang?" Pandangan pantas dihalakan memandang puan izzah yang sedang memeluk tubuh dan merenung dinding rumah mereka.

"Yela memanglah. Macam serius je hal ni."

"Masalah sekarang ialah, ibu menyesal setuju kahwinkan isya dengan lelaki ni!"  Kuat puan izzah  berkata sambil jari telunjuknya menunjuk arah ethan.

Membesar mata ethan mendengar ayat puan izzah. Aku? Apa salah aku?

Muka raisya sudah berkerut. Keliru.
"Apa ibu cakap ni? Kenapa pula ibu menyesal sedangkan raisya langsung tak menyesal? Apa ni? Isya tak faham lah! Ayah? Mirah?apahal ni? Kenapa ibu mengarut petang petang ni?"

Mengapa dengan puan izzah? Tiba tiba sahaja tidak menyukai daniel ethan? Tetapi apa yang dia tahu, hatinya makin rasa tidak sedap lantas tangannya kuat menggengam tangan ethan.

Lari jela raisya! Bawak ethan sekali. Ada bahaya akan menimpa! Heheheheh.Tekan bintang kecil gais! Sorry typo muah.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now