28

7.1K 472 220
                                    

"Sah?"

"Sah?"

"Alhamdulillah." Tok kadi mula membaca doa setelah selesai proses melafaz akad nikah.

Ethan mengerling memandang raisya. Raisya hanya mampu tersenyum kecil.

Raisya berpaling memandang amirah.
"Mirah, tahniah kau dah jadi isteri orang."

Amirah menyeka air mata. Dia menggenggam kedua tangan raisya.
"Maafkan aku raisya." Sungguh dia masih berasa serba salah.

Raisya menghulurkan senyuman ikhlas.
"Mirah kan aku dah kata tak mengapa."

"Marilah kita mulakan sesi pembatalan air sembahyang ya?" Ajak tok kadi. Mereka semua mengangguk bersetuju.

Ting! Ting!

Telefon raisya berdering meminta diangkat.

Raisya pantas bangun dan berlalu keluar dari masjid. Ethan melihat pemergian raisya. Terkeluar keluhan dari mulutnya.

Ethan bangun dan terus ke arah pengantin perempuan duduk. Amirah sempat melayangkan senyuman kecil tanda terima kasih kepada ethan. Ethan hanya mampu membalas senyuman itu.

Raisya melihat nama pemanggil sebelum terus dia menjawab panggilan.
"Assalammualaikum raisya."

"Ya waalaikumussalam makcik."

"Isya kau okay tak? Adik kau cerita yang tunang kau kena kahwin dengan kakak kau?apa jadi weh? Kau okay tak? Aku risau ni perempuan!" Kedengaran suara cemas husna di talian. Memang husna ada membuat panggilan tetapi raisya tidak menjawab. Terus dia menelefon haris. Dan siapa sangka hari ini adalah hari pernikahan ethan dan amirah. Husna terus terkejut beruk dan dirinya berasa terkilan kerana tidak dapat menemani raisya di saat gadis itu memerlukan seseorang.

Raisya mengeluh kecil.
"Aku okay. Aku kan kuat. Tak de hal la."

"Tak de hal kepala otak kau! Tu Tunang kau tau tak. Dia tunang kau. Kenapa kau boleh bagi tunang kau pada kakak perangai tak semenggah kau tu? I cant brain siot!" Husna sudah memicit dahi. Pening kepala memikirkan raisya. Setahunya raisya memang gadis yang baik dan ingin yang terbaik untuk keluarganya walaupun dia hanyalah anak angkat tetapi tindakan raisya ini hanya akan merugikan raisya. Dan menghancurkan masa depan raisya. Sebagai rakan baik gadis itu, dia tidak sanggup! Rasa ingin pergi ke sana dan tumbuk semua orang saja!

Raisya gelak kecil mendengar bebelan husna. Terdetik rasa bersyukur kerana mendapat rakan sebaik husna.
"Kau ni mengumpat kakak aku pula. Biarlah dia dah bahagia dah sekarang. Kita tak boleh halang kebahagiaan dia."

"Ya allah raisya. Bahagia tu patutnya kau yang dapat bukan dia. Kau sedar tak ni isya? Ke kau mamai? Kau mabuk ketum ke? Kau makan dadah? Sebab tu senang senang kau mengalah macam ni?"

"Sengalla kau ni! Aku waras la! Kau jangan gelabah sangat boleh tak? Aku boleh terima kenapa kau tak boleh terima. Lagipun..."
Tiba tiba hidung raisya terbau wangian seseorang. Wangian yang dia kenal. Pantas dia berpusing untuk melihat gerangan yang sudah diagak. Dirinya kaku apabila mata itu sedang elok memandangnya. 

"Lagipun apa isya oi?"

Raisya bagai tersedar dan terus menapak ke belakang supaya  dapat menjarakkan jaraknya dengan jejaka itu.
"Er husna nanti aku call kau balik. Bye Assalammualaikum. "

Kepala husna mula pening. Tidak sempat dia bertanya panggilan telah selamat dimatikan oleh raisya.
"Waalaikumussalam. Eish budak ni..."

Raisya menyimpan telefonnya di dalam beg tangannya. Dia melangkah ingin masuk ke dalam masjid semula. Mesti orang akan tertanya di mana keberadaannya walhal kakaknya baru sahaja selamat menjadi isteri orang.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now