22

7K 445 24
                                    

3 minggu kemudian...

"Kak isya, diorang dah sampai!"

Kenyataan itu sudah berjaya membuat raisya gelabah.
"Serius? "

"Yela takkan haris nak membongak pulak! Get ready tau!" Haris segera meninggalkan raisya dan ke ruang tamu untuk mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Raisya melihat wajahnya di cermin. Manalah tau ada cacat cela di wajahnya.Nervous!

"Eh masuklah selesakan diri." Ujar encik salman dengan senyuman di wajah.

Athif bersalaman dengan encik salman sebelum melabuhkan punggung di sofa bersama qisya. Puan sri zaifa dan tan sri adli juga ada bersama.

"Maaflah rumah saya kecil je puan sri tan sri." Encil salman juga agak terkejut apabila mendapat tahu Ethan merupakan anak kepada tan sri adli hartawan terkemuka di malaysia!

Tan sri adli gelak kecil.
"Takdela bang. Panggil je adli. "

"Ha sekarang apa lagi marilah mulakan majlisnya!" Riang athif berbicara setelah hampir 15 minit makin rancak encik salman dan tan sri adli berborak.

"Ha baiklah. Ummi pergi ya?mari qisya."
Puan sri zaifa senyum gembira sebelum melangkah mengikut puan izzah bersama menantunya qisya.

"Ha kalau majlis ni kena pantun sekali ke pakcik? Saya dah get ready dah." Secara tiba athif mencelah.

Terus terkeluar gelakan semua di situ.
"Tak perlu pun sebenarnya tapi kalau kamu dah bersedia ha bagi satu pantun cepat!" Encil salman mempersilakan athif menunjukkan bakat.

Athif berdehem. Membetulkan suara dulu!
"Ada Lembu berjalan atas titi,
Lembu itu bernama Sapi,
Akhirnya tiba masa dinanti,
Alhamdulillah semua hepi!"
Dengan bangga athif berpantun. Kenala bangga! Lebih sejam aku nak cipta pantun tu tau! Dia berpuas hati apabila semua di situ gelak mendengar pantun merepek nya.

***************************************

"Kak isya! Senyum!" Raisya mengikut cakap adiknya lalu menarik senyuman bahagia.

Puan sri zaifa yang sedang menyarungkan cincin juga senyum memandang kamera.

"Cantik! " puji haris lalu melihat gambar yang diambil tadi.

Raisya menyalami tangan puan sri zaifa.
"Terima kasih datang puan sri."

Puan sri zaifa senyum lalu memegang tangan raisya lembut.
"Apa puan sri lagi ni raisya? Raisya kan nak jadi menantu ummi? Panggil je ummi. "

Raisya melayangkan senyuman lebar. Bersyukur bukan kepalang kerana dikurniakan bakal keluarga mentua yang sangat baik seperti  ethan.
"Baik ummi."

Puan sri zaifa tergelak kecil lalu mengelus pipi raisya perlahan.
"Untung ethan berjumpa kamu. Ummi bersyukur sangat akhirnya ethan terbuka hati nak terima perempuan setelah lama dia kesepian kerana luka dulu." Sungguh! Hati tuanya sudah jatuh suka pada raisya. Cantik dan comel orangnya!patutlah si terunanya boleh terjatuh hati!

Timbul tanda tanya di dalam hati raisya. Luka? Etham dilukai? Tetapi memang tak lah dia ingin bertanyakan persoalan hatinya kepada puan sri zaifa. Jadi dia hanya tersenyum sahaja.

"Raisya, ethan sayangkan raisya sangat tau! Dia selalu cerita pasal raisya."

Raisya gelak kecil.
"Yeke ummi?"

"Ye raisya. Dia excited betul nak kahwin rasanya." Puan sri zaifa menggelengkan kepala sambil tergelak kecil mengingatkan perangai Ethan yang beria ingin mengikut nya hari ini. Katanya rindu nak melihat wajah kekasih hati. Selepas dibebel barulah ethan mengalah dan mengunci diri dalam bilik. Merajuk! Apa fikir orang sasa tak boleh merajuk?

Tiba tiba terbit rasa rindu ingin mendengar suara ethan. Upss silap! Tunangnya! Dia rindu ingin mendengar suara tunangnya! Ya hari ini adalah majlis pertunangannya! Aduh bangga pula menyebut kata nama tunang itu! Sukanya!

"Hello assalammualaikum!" Raisya terus menelefon si tunang setelah keluarga ethan pulang.

"Waalaikumussalam tunang saya." Kedengaran suara lembut ethan.

Raisya tak dapat menahan senyum. Cair lututnya mendengar ayat ethan.

"Macam mana? Okay tak majlis tu? "

Raisya mengangguk walau ethan tidak mampu melihat aksinya.
"Alhamdulillah semua dah okay."

"Oh maknanya tinggal kahwin jela ni?" Tanya ethan mengusik raisya.

"Nampaknya macam tula. Kenapa awak pilih cincin mahal sangat? Pilih jela yang simple. Cincin tunang je pun." Raisya melihat cincin pertunangannya di jari manis. Cantik sungguh cincin pilihan ethan. Berwarna perak dan mempunyai 3 batu permata di tengah cincin yang bersinar. Fuh silau. Harga cincin ini rasanya ambil 3 bulan gajinya!

"Biarlah. Tunang tu pun penting tau. Apatah lagi kahwin. Awak...jomlah keluar beli barang kahwin. Saya rindu awak." Ethan membuat suara comel supaya raisya berlembut hati ingin keluar bersama. Argh aku nak jumpa tunang aku!

Raisya sedaya upaya menahan senyum mendengar permintaan ethan.
"Hm okay tapi saya nak awak belanja saya aiskrim paling mahal. Aiskrim magnum! Craving!"

Ethan tergelak.
"Magnum je? Kalau awak nak, saya boleh beli kilang magnum tu sekali demi awak" Sejak bila ethan jadi sweettalker ni? Sejak menjadi kekasih hati maysarah raisya lah. Lagipun dia banyak menonton drama tv3 yang dilakonkan oleh athif dan qisya. Jadi sedikit sebanyak dia dapat mempelajari cara melembutkan hati wanita melalui perbualan mereka walau sebenarnya hampir sahaja dia termuntah di mangkuk tandas kerana drama cinta adiknya yang menggelikan hati dan anak tekaknya!

Baru raisya ingin membalas kata kata manis ethan tiba tiba muncul puan izzah di muka pintu biliknya.
"Isya! Meh tolong ibu kat dapur kejap. Amboi tak menyabau dah call tunangnya! Sampai ibu panggil pun dipalau!"

Raisya menggigit bibir. Alamak kantoi!

**************************************

Amirah menahan suara esakan dari kedengaran. Dia menutup mulut rapat.
Bahunya terhinjut hinjut mengeluarkan tangisan.

"Ya allah..dugaan apa lagi ni." Ujarnya sendu dengan dirinya memegang dinding supaya tidak pengsan. Dia melihat semula tanda di pregnancy test yang dibelinya. Sah memang bertanda positif.

"Apa aku nak...buat ni..sob...sob.." amirah memegang perut nya. Adakah ada bayi yang sedang membesar di dalam rahimnya?bagaimana dia mahu hidup selepas ini? Mungkin dia boleh menyorokkan tentang ini dari semua orang tetapi setelah 5 atau 6 bulan? Mesti perutnya sudah membonjol. Sungguh dia takut!dia tiada sesiapa ingin mengadu! Dia off kan telefonnya dari semua orang termasuk farhan. Dia hanya terperap sahaja di dalam bilik. Dia tidak mampu menyertai majlis pertunangan adiknya. Kemurungan? Mungkin. Tambah pula berita kehamilannya ini adakah perlu dia gembira atau tidak?

Sedang dia asyik mengalirkan air mata,

"Mirah!meh turun makan! Buat apa lagi dalam bilik tu!" Laungan suara ibunya memanggil namanya kedengaran.

Amirah tersentak. pantas dia mengelap sisa air mata di pipi.
Pregnancy test segera disorokkan di dalam almarinya.

Dia berlari ke meja solek dan menyapu sedikit solekan di mata dan pipi supaya mukanya tidak nampak pucat dan agar matanya yang sudah membengkak dek menangis dalam tempoh masa yang lama tidak kelihatan.

"Amirah!" Kedengaran ibunya memanggil namanya sekali lagi.

"Ke..kejap ibu!mirah datang!" Mirah menghembus nafas supaya suara seraknya hilang. Dia harus berlakon. Berlakon yang dirinya sentiasa okay.

Kesian pula pada amirah kan? Sorry sangat lama tak update ya? Tekan bintang kecil and sorry typo ya? Sorry kepada semuanyaaa muah enjoy!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora