24

6.8K 389 70
                                    

"Ada apa apa lagi ke nak beli?" Tanya ethan sambil menolak troli yang telah penuh dengan barang hantaran dan kahwin mereka.

"Ada cuba awak teka."

Ethan melihat wajah teruja raisya dan mula berfikir. Apa lagi? Cincin dah. Baju dah. Apa eh?
"Beli cinta saya eh?"

Raisya membuat muka menyampah.
"Cinta awak buat apa? Tak mengenyangkan saya. Awak lupa ke apa saya nak semalam."

Ethan memandang langit mencari idea. Raisya menampar lengan ethan apabila wajah keliru Ethan kelihatan.
"Ish! Aiskrim saya lah! "

Aahla! Ethan akhirnya baru teringat tentang perbualan mereka semalam. Dia menggaru kepala apabila melihat wajah geram raisya.
"Err awak maaflah. Saya pelupa sikit. Al maklumpa hal bisnes berlegar dalam minda saya. Jom kita beli aiskrim banyak banyak." Ethan perlahan menarik raisya yang sedang memeluk tubuh.

Raisya menjeling ethan dan mengikut jejaka itu. Dia melihat pelbagai jenis aiskrim di dalam peti sejuk beku. Dia membuka lalu mengambil 2 aiskrim magnum Double Caramel dan Double Chocolate Vanilla. Tiba tiba matanya menangkap satu mangkuk besar aiskrim durian. Dia menelan air liur.
Jap tadi mamat ni kata boleh beli aiskrim banyak banyak kan? Dia senyum lalu mengambil semangkuk besar aiskrim durian.  Sesungguhnya dia sangat suka akan buah durian!

Ethan hanya menunggu di kaunter pembayaran. Dia menghela nafas lega apabila wajah raisya kembali ceria. Tetapi berkerut keningnya melihat raisya membeli semangkuk besar aiskrim.

"Besarnya! Aiskrim apa ni?"

"Aiskrim durianlah." Raisya terus membayar aiskrim itu dan meletakkan ke dalam troli.

"Durian? Apa benda tu?" Durian?natang apa tu? Tak pernah dengar pun!

"Takkan awak tak kenal?" Terkejut raisya apabila ethan tidak mengenali buah durian.King of fruits !

"Saya tak pernah kenal siapa durian. lainlah kalau dia member saya. Memang saya kenal la macam tu." Sempat ethan meloyar buruk.

Raisya menggeleng kepala sebelum tersenyum kecil.
"Durian tu durian yang ada duri warna hijau tu! Ala nanti awak rasalah bila kita balik kampung saya okay?"

"Okay sayang nanti saya berkenalan dengan durian tu. Saya minta number phone dia sekali. Dah jum balik. Dah hampir senja. "
Raisya menjeling ethan yang sedang membuat lawak hambar. Terasa nak dihempuk sahaja.

Ethan tergelak kecil. Suka melihat wajah itu cemberut! Nasib baik tarikh kahwin nak dekat! Kalau tak boleh murung aku menahan diri.

*************************************

Amirah membuka pintu rumah perlahan.
"Assalammualaikum. " ujarnya sebelum masuk ke dalam rumah.

Terkejut dirinya apabila dia melihat ayah dan ibu serta adiknya sedang memandangnya. Pelik.
"Kenapa?" Tanyanya kepada ahli keluarganya.

Secara tiba puan izzah bangkit memegang bahu amirah dan mula menangis. Amirah yang melihat sudah makin keliru.
"Ibu?" Panggilnya.

Makin terkejut apabila puan izzah menggoncangkan bahunya tidak terlalu kuat.
"Kenapa mirah sanggup buat semua ni?! Ibu kecewa mirah!"

Kening amirah sudah bertaut.
"Ibu cakap apa ni?mirah tak fahamlah." Apa yang ibunya cuba katakan?

Puan izzah menangis lalu menunjukkan pregnancy test yang dijumpainya.
"Apa maksud semua ni mirah? Kamu mengandungkan anak siapa ni?! Ibu tak pernah ajar anak ibu jadi macam ni!"

Amirah terasa seperti disambar petir. Mengigil seketika tubuhnya.
"I..ibu..mirah tak buat ibu!" Amirah memegang bahu ibunya menyakinkan bahawa dirinya tak bersalah.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now