31

7.2K 429 62
                                    

"Dan sekarang tibalah masa untuk para pengantin tiba." Akhirnya berkumandang sudah pengumuman itu menandakan para pengantin harus melangkah masuk ke dewan.

"Ready?" Tanya ethan sambil memandang raisya di sebelah.

"Nervous la awak."raisya menelan air liur gementar.

Ethan senyum kecil.
"Tak de apa perlu dirisaukan kalau saya ada bersama awak." Ujar ethan lembut sambil mengusap tangan raisya yang sedang memeluk lengannya.

Raisya memandang wajah suaminya dan tersenyum. Nasib baiklah si penenang jiwa ada kat sini.

"By the way you look so gorgeous like a princess "ethan membawa bibirnya ke telinga raisya dan membisik.

Raisya tergelak kecil.
"Awak pun nampak handsome sangat! Like a prince. "

"Oh yeah? Kalau macam tu give me one kiss ." Ethan menunjukkan pipi kanannya kepada raisya.

Raisya menggelengkan kepala perlahan. Pantang nampak can.
"Ish tak naklah. Nanti lipstick saya ni melekat pada pipi awak ha nanti mulalah semua orang tanya. Malula saya."

"Ala biarlah. Diorang jeles kut sebab bini diorang tak cium. "

Baru sahaja raisya ingin membalas kecaman ethan pintu dewan sudah terbuka.

"Pasangan pengantin kedua dipersilakan melangkah masuk ke dalam dewan majlis!"

Raisya mengetatkan pegangan pelukan di lengan ethan.

"Chill relax." Sempat ethan memberi nasihat sebelum kaki mereka melangkah berjalan. 

Mereka perlu berjalan laluan lurus iaitu di atas laluan berkarpet merah hingga ke pelamin di atas pentas.

"Cantiknya pengantin perempuan!"

"Ini kalau anak aku bujang dah lama aku recommendkan anak si izzah ni!"

Perlahan lahan bibir raisya mengukir senyuman manis apabila pujian dari mulut para makcik bawang berjaya membina keyakinan di dalam diri.

Ethan hanya tersenyum kecil dan matanya menghala ke depan sahaja.

"Uish first time aku tengok orang mata biru!"

"Mama, pakcik ni alien eh? Kenapa mata dia biru?"

Ethan menahan rasa lucu. Haih ni mesti kes tak tengok cerita inggeris ni. Ada ke patut dikatanya aku alien.

Akhirnya raisya dan ethan berjaya melabuhkan punggung di atas pelamin. Ditemani husna dan eric di sisi mereka.

Husna menunduk dan berkata perlahan di telinga raisya.
"Cun melecun kau hari ni! Tak sia sia aku tolong make up kan kau."

"Ala kau setakat tolong tengok mak andam aku buat kerja je. Tak de nye kau tolong tadi. Pirah!" Sempat raisya membalas sambil bibirnya masih tersenyum.

Husna mencebik. Tolong juga tu. Tolong tengok!

"Ya tuan tuan dan puan puan harini kita mempunyai dua pasangan pengantin.  Yang di pelamin kiri ada Haziq Farhan dan Amirah Syahidah. Manakala di sebelah kiri Daniel Ethan dan Maysarah Raisya. Ha kome semua jangan konfius pulak! "

Semua tetamu mengangguk sambil melihat wajah berseri pengantin.

Ethan yang mencadangkan supaya amirah dan farhan bersanding hari ini juga. Baru lebih meriah majlis dan semua ahli keluarganya turut bersetuju. Banyak kali juga farhan menolak kerana tidak mahu menyusahkan ethan tetapi ethan tidak kisah. Bak kata ethan
" It's okay bro. Kita family sekarang. Susah senang sama sama."

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now