07

993 108 82
                                    

" Kau dah dengar pasal berita tu?"

Kelihatan dua orang lelaki berpakaian serba hitam sedang duduk bersama di sebuah meja di dalam kedai Tealive. Di atas meja, terdapat dua buah gelas minuman plastik dan dua buah topi berwarna hitam.

" Dah."

Balas lelaki tadi dengan ringkas. Dia hirup air minuman dia dengan tenang, manakala lelaki tadi pula semakin teruja nak bercerita sampai terlupa nak minum air sendiri.

" Aku tak pernah dengar kes macam tu nyah. Pes time dengar woo." Lelaki tadi sambung bercerita dengan penuh semangat.

" Semuanya takdir."
Komen lelaki yang lagi satu dengan ringkas. Raut wajahnya tetap tenang, dia layankan je perbualan yang dibangkitkan oleh si rakan tadi.

" Memanglah takdir, tapi ada ke roh orang koma berkeliaran? Apa apa jelah, apa yang aku tau, aku nak jadi si malaikat maut yang bertuah dan dapat jumpa roh tu dulu." Jawab lelaki tadi dengan teruja.

" Kau tak berminat ke?" Soalnya lagi.

" Tak. Menyusahkan je." Jawab lelaki tadi selamba membuatkan si kawan tadi berdecit kecil. Dah biasa dengan perangai lelaki di hadapannya itu. Selalu tak berminat dengan semua benda.

" Kau, duk nyusahkan nyusahkan. Satgi kau yang dapat roh tu, mampuih kau. Ingat, sekarang ni siapa yang jumpa dulu roh tu, dia terus bertanggungjawab tau. Aku dengar, takdir hidup dia taklah seindah mana." Balas lelaki tadi.

" Doyoung shi, kita jadi malaikat maut ni pun sebab takdir kita dulu tak seindah mana."

Doyoung terdiam. Tersentak dengan kata kata si malaikat maut dihadapannya. Kemudian dia tergelak pahit.

" Tulah. Kenapalah kita takleh ingat kehidupan lepas kita? Aku teringin nak tahu dulu aku ni buat apa sampai aku jadi malaikat maut dekat kehidupan sekarang." Tutur Doyoung kesedihan. Lelaki tadi tidak menjawab. 

Dia mencapai topi miliknya lalu bangkit dari duduk, membuatkan Doyoung yang tadinya menunduk pun ikut mendongak.

" Ada perkara yang lebih baik untuk kita ingat, dan ada perkara yang lebih elok kalau kita lupakan je. Mungkin kalau Tuhan kasi ingatan kita pada kehidupan masa lalu.. kita akan diburu rasa bersalah atau menyesal."

Bahu Doyoung ditepuk lembut. Kemudian gelas minuman Doyoung yang tak bersentuh tadi diambil.

" Daripada kau membazir, baik kau kasi aku air ni. Tolong buangkan gelas aku jugak ye. Terima kasih, Doyoung. Pergi dulu." Katanya dan terus beredar pergi bersama air Doyoung tadi. Doyoung pula dah ketawa kecil, terhibur dengan aksi selamba kawan dia tadi merembat air Tealive. Dasar.

" Sama sama, Jaehyun."

Jaehyun, si gerangan malaikat maut tadi berjalan tenang melepasi beberapa orang manusia yang menggunakan laluan pejalan kaki. Kakinya menuju ke sebuah taman yang sunyi, tempat yang sesuai untuk cari roh sesat atau sebagai tempat bersendirian.

Topinya disarung ke atas kepala, lalu serta merta Jaehyun hilang dari pandangan manusia biasa. Topi itu berfungsi untuk menghalimunankan dirinya. Tatkala topi dah tersarung, Jaehyun pun tarik nafas lega.

Tak sukakan attention.

Air Tealive perisa Strawberry Mango Pudding Smoothie milik Doyoung tadi dihirup seraya dia berjalan tenang di sekitar taman tersebut. Sebelah lagi tangan diseluk ke dalam poket, mengelak dari bersentuhan dengan manusia secara rawak.

Kerana melalui sentuhan kulit, dia dapat melihat kehidupan masa lalu seseorang. Dan Jaehyun sejujurnya tak suka kelebihan tu.

Dia tak pernah kesah pasal kehidupan masa lalu seseorang.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now