32

748 105 182
                                    


Han merenung bunga yang siap digubah olehnya dengan perasaan kosong.

Keluhan panjang dilepaskan sebelum dia mendongak ke atas. Dengan dahi berkerut, dia mula menyuarakan isi hatinya.

" Yah, kenapa aku kena handle kes dorang ni lagi?"

" Kau fikir aku takde perasaan ke ha? Kau fikir aku sanggup ke tengok dorang jadi macam tu ha?"

" Yah!"

" Tch."

Dia berdecit kecil. Kemudian pandangan sekali lagi dijatuhkan pada gubahan bunga berwarna putih dihadapannya.

White Gardenia.

" Tolong.."

" Tolong bagi dia hidup.."

" Jangan biar dia mati.."

" Jebal.. hiks!"

Han mengetap bibirnya dengan kuat. Suara rayuan Jungkook yang kedengaran di telinganya itu membuatkan dia memejam matanya rapat, lalu serta merta bayangan Jungkook yang sedang menangis kuat sambil memegang tangan Rahael bermain dalam mindanya.

" Huh.."

Sekuntum bunga diambil dari jambakan yang baru digubah itu.

" Kat kehidupan lepas, kisah cinta korang berakhir dengan sama."

" Kematian."

Tuturnya perlahan sambil merenung dalam kelopak bunga itu.

" Tolong.."

" Haih, yang kat atas memang kejam lah. Dua kali korang kena takdir yang sama. Aku tak boleh dibiarkan."

Han akhirnya bangkit dari kerusi yang dia duduk. Bersama kuntuman bunga di tangan, dia berjalan keluar dari kaunter dan menuju ke pintu kedainya dengan tenang.

" Lagipun, kalau kau berdoa dengan kuat dalam keadaan yang terdesak.."

" .. kadang kadang boleh mengubah takdir kau juga."

Pintu dibuka. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, dia berada di suatu tempat yang bukan biasanya ada diluar kedainya. Sekarang dia sedang berdiri tak jauh dari seorang lelaki tinggi dan gadis yang sedang terduduk di atas jalan tar.

" Kim Rahael."

Dingin suaranya menutur kata. Kad kematian di tangan direnung dalam tanpa sanggup memandang si gadis yang sedang menatapnya dengan perasaan tak percaya padanya.

" Kau beruntung, Rahael. Ada ramai orang berdoa untuk kau." Han masih memerhati dengan tenang. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar putihnya.

" Jaehyun shi, kenapa ni?"

" Kau.."

" Geumanhae."

Ayat Jaehyun mati tatkala ada suara yang memintasnya. Lantas dia menoleh ke tepi, lalu matanya membulat tatkala melihat si Han yang selamba berdiri sambil menguak rambut ke belakang.

" Geumanhae. Aku tukar fikiran. Rahael boleh selamat."

Jaehyun terkedu. Dia pandang Han lama sehingga Han merampas kad kematian ditangannya, barulah Jaehyun sedar ke alam realiti.

" Mwo?! Maksud awak saya patutnya mati sekarang ni?! CINCAH?!"

Rahael berdiri dengan rasa tak percaya. Lantas Han berdecit kecil.

" Kenapalah aku selamatkan budak lembap ni. Dari tadi malaikat maut jumpa dia dengan kad kematian, baru sekarang dia nak sedar dia bakal mati. Pabo." Sempat Han membebel perlahan.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now