28

868 113 211
                                    


Kekasih rahsia, biasanya bila salah seorang pasangan itu sudah berpunya dan mempunyai hubungan dengan orang lain.

Tapi bagi Jeon Jungkook, kekasih rahsia dia lain.

Kekasih rahsia dia ialah seseorang yang tak boleh dilihat oleh mata kasar manusia lain. Hanya dia, selain beberapa orang lain sahaja yang boleh nampak.

Jadi, dia harus merahsiakannya. Kalau taknak orang lain mula memandang pelik ke arahnya, bercakap seorang diri atau peluk angin.

" Bosannya kelas Sejarah awak ni Jungkook. Kalah kelas Sejarah saya." Komen Rahael sambil duduk di atas lantai kelas Jungkook, memandang ke arah papan putih dengan penuh kebosanan. Jungkook tak menjawab, dia hanya mengerling ke bawah sekilas.

Mana tak bosan, Cikgu Ji Seokjin kot. Ngantuk seluruh alam. Tapi sebabkan Jungkook memang otak budak pandai, dia boleh je hadapi dugaan ngantuk tu.

" Bercakap pun meleret. Aigu, ngantuk lah gini." Rungut Rahael tadi. Dengan selamba dia menyandarkan kepalanya pada sisi paha Jungkook, mata terkelip kelip menahan ngantuk.

Ye gais, Rahael dah boleh rasa ngantuk dan tidur. Kalau sebelum ni dia tak boleh tidur, tapi sejak bertemu dengan Jungkook.. banyak perkara yang dia dah boleh buat.

Lama kelamaan, Rahael terlelap disitu. Jungkook pula tampak selesa walaupun kepala Rahael terasa sedang bersandar di sisi pehanya. Tangan dibawa turun, lalu dengan lembut Jungkook mengusap kepala Rahael.

Sempat matanya memandang sekeliling. Takde siapa yang tengah tumpukan perhatian pada dia sekarang dek kerana masing masing pun mengantuk. Lagipun tempat duduk dia kat tepi tingkap. Jungkook hela nafas lega. Perbuatan mengusap kepala Rahael disambung lagi.

Rahael pula, makin lena dia tidur. Best, kena usap dengan Jungkook.

Mimpi indah ye Rara.

______________________

" Apesal muka kau lebam ni Hyunjin? Gaduh dengan anak siapa pulak kalini?" Suara Bangchan yang jelas sengaja memerli Hyunjin tu diabaikan oleh Hyunjin. Dia terus bangkit untuk keluar dari kelas. Waktu rehat sudah lama tiba, manakala Felix hanya mengikut dari belakang seperti biasa.

" Bising. Semak."
Rungut Hyunjin. Rambutnya diselak ke belakang, geram dan panas dengan kata kata Bangchan tadi. Walaupun kedengaran seperti omong kosong sahaja, Hyunjin tetap sentap tanpa sebab. Huh.

" Appa kau pukul kau lagi. Hm?"
Felix tenang bertanya. Hyunjin merengus kecil. Kakinya diatur tanpa hala tuju.

" Iyelah. Dah aku tak jumpa lagi anak panah jahanam tu. Ar, cibai. Aku taktau nak buat apa dah." Keluh Hyunjin dengan kesal. Dia dan Felix sedang berjalan keluar dari bangunan blok akademik. Sebuah bangunan yang sederhana besar berhampiran blok akademik tadi dituju.

Bangunan gelanggang ais.

" Tch. Ni lagi satu."

Hyunjin berdecit menyampah tatkala dia lihat kelibat Jungkook yang barusan keluar dari bangunan yang ingin dituju. Langkah Jungkook perlahan, riak wajahnya tenang bersama tangan kiri diseluk ke dalam poket blazer.

Mereka berselisih. Hyunjin dengan wajah geram manakala Jungkook pula santuy siap raup rambut ke belakang lagi. Sikitpun dia tak toleh pandang Hyunjin dan Felix di tepi. Betapa acahnya anak Jeon ni.

" Apesal bengang je muka Hyunjin bila nampak awak?" Soal Rahael setelah mereka berdua berselisih dengan duo hanat sekolah tu. Jungkook diam, malas nak bahas pasal Hyunjin yang turut menyimpan perasaan pada Rahael tu.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now