12

949 115 143
                                    


+kimrahael+

Kesiannya Jin. Tak dapat ku imagine yang dia sangat merindui aku sampai banyak kerja dia terbengkalai.

Ala ni yang nak cepat bangun ni.

Aku berjalan sambil menyepak batu. Sekarang ni aku sedang merayau lepas tengok Jin kat sepital tadi. Sambil tu aku berfikir, kenapa aku ni pelik sangat.

Maksud aku en, kekadang aku ni tembus sesuatu dan kekadang tak. Aku boleh tembus pintu dan dinding tapi bila baring atas katil, aku tak tembus ke bawah. Bila aku duduk, tak tembus kerusi atau apa apa.

Benda benda kecil macam ranting dengan batu tu aku boleh pegang jugak. Waduh, Yan terangkan sih kayak mana ini.

" Yah! Perlahanlah sikit!"

Perhatian aku terganggu tatkala melihat dua orang remaja baya aku, sorang laki dan sorang perempuan tengah main roller blade kat laluan pejalan kaki ni, menghala ke arah aku.

Itu membuatkan aku teringatkan Jungwoo. Weh tenuk, aku rindu kau bodo. :(

Dan kemudian baru aku teringat.

" Haaaa nak main ice skate!"

Terimalah kenyataan, aku ni atlet luncur ais sekolah yang berjaya tau. Sepatutnya bulan depan aku ada tournament tapi shshshshhsshhsh! sjsjsjsjjj ?! hshshshshsh!!

" hUWAAAAA! "

Aku hentak kaki sikit. K, sekarang rasa nak serang Jungkook sebab dia yang buat aku macamni. Eh tapi, rasa kesian pulak kat dia bila teringatkan wajah hensem dia. Uhuks.

" Eoh?"

Mata aku tertancap pada sebuah kedai bunga kat sebelah aku. Jap, sekarang aku masih boleh dikira dekat dengan hospital tadi. Maknanya, ni kedai Han lah kan?

Uyesh akhirnya aku ada benda nak dibuat. Aku terus masuk ke dalam kedai tu dan automatik bau wangi bunga menusuk ke dalam hidung. Mata aku meliar ke sekeliling kedai yang kosong tanpa pengunjung ni. Pft. Sian Han. Bunga tak laku.

" Tak baik kutuk orang tau."

" Eh mak kau kutuk orang!"
Terkejut aku bila ada suara menegur aku. Bila aku toleh ke tepi, kelihatan Han tengah duduk kat sebalik kaunter sambil bermain dengan sekuntum bunga. Aku cebikkan bibir.

" Takyah baca fikiran orang boleh tak?"

" Terbaca. Sorry."

Ish ish ish! Aku bakar kedai dia ni karang! Aku jeling Han sekilas sebelum aku mula berjalan ke arah dia.

" Han, awak ada jual bunga apa je?"
Soalku sambil menongkat dagu. Han palau aku untuk tiga saat sebelum dia jawab.

" Banyak. Kau suka bunga apa?"
Han alihkan pandangan dia dari bunga tu dan pandang aku. Aku diam jap sebelum geleng kepala.

" Tak pernah ada bunga feveret."

" Serius? Satu pun tak suka?"
Soalan dari Han tu aku angguk dan iyakan. Han geleng kepala jap.

" Kau ni, bunga ni adalah antara ciptaan Tuhan yang paling indah tau. " Bebel Han perlahan dan aku mampu tadah telinga jela. Nak buat macam mana, dah aku takde bunga feveret. Semua benda feveret aku adalah Jungkook tapi Jungkook bukan bunga. Kehkehkeh.

" Em. Apa kata kau jalan jalan kat kedai aku, tengok tengok bunga kat sini dan cari bunga feveret kau." Han tiba tiba berkata dengan teruja. Dahi aku berkerut jap. Apesal dia ni? Cam pelik je.

" Tiber."

" Ish, pergilah cari! Astu tunjuk kat aku bunga feveret kau tu." Han tolak bahu aku ke arah satu laluan yang dipenuhi bunga lalu kerana terpaksa aku merelakan. Aku pun berjalan di sepanjang laluan tu untuk cari bunga yang aku suka. Pft.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now