18

812 102 152
                                    


" Jungkook shi!"
Panggilan dari Yeoreum diabaikan.
Jungkook melangkah keluar dari kelas dengan santuy. Kelas sebelah dituju. Kelas Jimin dan Taehyung.

" Eoh! Hai Kook! Wassup I'm right back! Padesengeu cockback! Ark!" Jimin yang baru nak rap disitu terjerit kesakitan tatkala dengan selamba Jungkook memiat telinganya dengan kuat. Taehyung yang menyaksikan, cepat cepat menyorok di sebalik buku teks Kimia. Namun dia terlambat, Jungkook pun dah piat telinga dia dengan kuat.

" Ark aduh aduh adududududu!!"
Kedua duanya mengaduh kesakitan. Jungkook pula dengan wajah dingin dan ketatnya, mengheret Jimin dan Taehyung keluar dari kelas. Yang lain hanya mampu perhati, tak mampu nak tolong.

" Kook kau nak bawa kitorang ke mana ni?!"

Jungkook tak menjawab. Dia terus melangkah masuk ke dalam kelasnya, lalu tempat duduk Yeoreum dituju. Yeoreum yang tengah duduk sambil berpeluk tubuh tu terkejut bila nampak kehadiran tiga orang jejaka tu.

Dengan selamba, tubuh Taehyung dan Jimin ditolak ke arah gadis itu membuatkan Jimin terhantuk kepala kat meja dan Taehyung pula selamat landing kat atas riba Yeoreum.

" Korang suka sangat dengan dia, rehat dengan dia."

Jungkook memandang Yeoreum pulak.

" Dan kau, baik kau rehat dengan fans kau daripada sibuk nak rehat dengan aku. Aku tak suka."

" Jungkook!"

Tubuh Taehyung ditolak sehingga jejaka itu jatuh lalu dia mengejar langkah kaki Jungkook yang laju lagikan besar tu. Lengan Jungkook ditarik.

" Awak tak boleh buat saya macam ni!"

" Kau siapa sampai aku taknak rehat dengan kau pun tak boleh?" Soal Jungkook lantas merentap lengannya. Dia cukup rimas dengan Yeoreum. Selalu teks dia benda tak berfaedah, tanya soalan merapu.

Bagi Jungkook, hanya Rahael yang dibenarkan untuk tanya soalan merapu dan merapu dengan dia. Titik. Noktah. Dot dot.

" Awak je kawan saya!"

" Kau boleh cari kawan lain. Aku tak sudi." Jungkook berura ura untuk melangkah lagi, namun kalini ayat yang terpacul keluar dari mulut Yeoreum berjaya menghentikan lagi langkahnya.

" S-Saya tahu anak panah tu kat mana!"

Jungkook diam. Dia proses jap ayat Yeoreum tu, lalu penumbuk dikepal erat.

Tanpa berpaling lagi, Jungkook terus melangkah pergi meninggalkan gadis itu. Yeoreum pula dah mencarut di situ. Rambutnya ditarik sendiri.

" Aish! Shibal!"

_________________

Jungkook pandang kiri dan kanan. Setelah dipastikan bahawa tiada manusia yang nampak atau mengekori, dia terus buka pintu tu guna kunci yang dia ambil senyap senyap lalu menyelinap masuk.

klerk!

Pintu selamat ditutup. Dia melihat sekeliling bilik tu, dan dia terus mengeluh kecil.

" Kata nak cari anak panah?"
Jungkook berpeluk tubuh tatkala melihat Rahael dan Jaehyun yang tengah main baling baling bola kat sesama sendiri. Muka Jaehyun nampak muka terpaksa, muka Rahael pulak muka bahagia sambil tersenyum lebar.

Eh. Tersenyum lebar?

" Rahael, kau dah boleh senyum?"

Teguran dari Jungkook tu membuatkan Jaehyun turut sama memandang ke arah Rahael. Pergerakan dia terhenti seketika membuatkan bola yang dibaling oleh Rahael tetap mengenai bahunya. Rahael pandang Jungkook dengan muka tak percaya.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now