22

838 104 128
                                    


" Sukyung aa."

Sukyung yang seperti biasa dengan buku, mendongak ke arah Jungwoo yang sedang berdiri di hadapannya. Wajah Jungwoo dipandang kosong sebelum dia menoleh ke sekeliling. Kelas kosong, waktu rehat. Habistu asal Jungwoo ada kat sini?

" Dah kenapa terpacak kat sini? Pergi rehat sana." Selamba Sukyung menghalau kemudian sambung membaca. Jungwoo meletakkan dua bungkus roti dan dua kotak air mangga di atas meja Sukyung.

Kerusi berdekatan diambil lalu Jungwoo duduk menghadap Sukyung. Wajahnya sengaja disugulkan.

" Yah. Hantu tu masih ikut kita ke?"
Soal Jungwoo dengan nada sendu. Itu membuatkan Sukyung menghentikan pembacaannya. Novel thriller yang dibaca itu diletakkan didalam laci meja sebelum dia menongkat dagu memandang Jungwoo.

" Aku tak nampak dia kebelakangan ni." Kata kata dari Sukyung tu sesungguhnya berjaya melegakan hati Jungwoo yang gundah. Kepalanya terus diletakkan ke atas meja.

" Weh, leganya. Akhirnya aku boleh tidur." Ujar Jungwoo yang sudah berhari hari tak tidur dek kerana ketakutan. Sukyung berdecit. Sampai macam tu sekali dia punya takut tu.

" Nak roti ni satu."

" Em ambiklah. Memang untuk kau pun." Balas Jungwoo. Tanpa segan silu, Sukyung terus mengoyakkan plastik roti tersebut dan makan. Jungwoo pula sudah memejam mata, rasa ngantuk tiba tiba datang.

" Tapi aku tak jamin lah yang dia dah tinggalkan kita. Aku takut yang dia ada je, cuma dia tutup pandangan aku."

Okay, Jungwoo tak jadi nak tidur. Dia terus angkat kepala dia balik dan pandang Sukyung dengan muka tak percaya.

" Maksud kau, boleh jadi dia ada je sekarang ni, cuma dia tutup penglihatan kau?" Sukyung angguk mengiyakan. Jungwoo menjerit frust.

" AAAAA CINCAH?!"

" Ne." Balas Sukyung ringkas. Jungwoo pula dah hampir nak nangis. Hiks. NAK TIDOO!

" Ala, lek ar. Dia bukannya kacau kau sangat pun. Buat taktau je. Makan." Kata Sukyung sambil menolak lagi satu bungkusan roti pada Jungwoo. Jungwoo ambil dan buka. Roti digigit dengan sendu.

" Hiks, aku takut nak tidur."
Jungwoo menyuarakan kebimbangannya. Sukyung pula sudah mengeluh. Pulak dah mamat ni.

" Tidur je."

" Takut!"

" K, camni. Setiap malam sebelum kau tidur, kau call aku. Kau cakap lah apa yang kau nak merapu sampai ngantuk astu bila aku rasa kau dah tidur, aku matikan call. Boleh?" Sukyung memberikan cadangan. Jungwoo berhenti menyendu sekejap.

" Maksud kau, kau nak teman aku?"

" Em. Lebih kurang. Aku boleh nyanyi lagu untuk kau kalau kau tak kesah. Mana tau kau lagi senang nak tidur." Balas Sukyung lagi seraya mengangkat bahu.

Jungwoo pandang Sukyung dengan mata mengecil.

" Heol.. kau boleh nyanyi?"

" Ofkos. Suara aku ni sedap tau."

" Ha, cepatlah nyanyi. Aku nak dengar." Pinta Jungwoo. Sukyung terus berdehem kecil, membetulkan pita suaranya.

" Lompat si katak lompaaattt!!"

pak!

" Lupakan." Jungwoo berkata seraya mengetuk kepala Sukyung menggunakan air kotak mangga tadi. Sukyung tergelak. Berjaya mengenakan Jungwoo.

" Serius aku boleh nyanyi."

" Tak payah. Aku mimpi ngeri ada lah." Jungwoo membalas sambil menyedut air mangganya dengan malas. Sukyung sekadar tersenyum kecil.

[C] heart : kookDonde viven las historias. Descúbrelo ahora