20

787 102 171
                                    

abaikan typo hihi :]

💜💜💜

_____________


+kimrahael+

Aku perhati je si setan tu. Bukan main lagi dia duduk kat tempat bonceng basikal Jungwoo sampai si Jungwoo tu rasa berat nak bawak basikal.

Heyyyu! Aku je yang boleh buat dia macam tu! Dasar!

Okay, kalau korang tertanya tanya rupa hantu tu macam mana kan. Dia perempuan, baju yang dia pakai adalah pajama putih dengan corak pisang pisang. Rambut dia paras pinggang. Muka dia takdelah seram pun, cuma pucat dan ada lingkaran hitam besar bawah mata. Mati dalam tidur kot.

Tapi en, macam pernah ku lihat muka dia ni.

K, lantak. Aku nak pergi tegur dia. Chau.

" Yah hantu pisang!"
Jeritku sambil tarik lengan dia dengan kuat. Itu membuatkan dia terjatuh dari basikal Jungwoo membuatkan basikal Jungwoo tersentak ke depan dan bagaikan dejavu, dia jatuh basikal.

Er, sorry Jungwoo tapi kalini bukan aku yang buat. Hehe.

" Kau nak apa?!"
Hantu ni menjerit marah. Aku lepaskan tangan dia sambil gelengkan kepala.

" Aku nak kau berhenti kacau dia."

" Biarlah kalau aku nak kacau dia pun! Dia yang seru aku dulu, aku ikut jelah!" Hantu ni berkata lagi. Dia baru nak pergi ke Jungwoo lagi tapi aku dah tarik rambut dia awal awal.

" Aku kata jangan, bodoh."

" Yah! Lepaslah!"

" Haih, meh kita bincang elok elok meh. Macam anak terbiar aku tengok kau ni."

" Dia pun macam anak terbiar."

K hantu banana k! Aku sentap jap. Hakhak.

Aku tarik dia supaya pergi taman sekolah. Kemudian kitorang duduk kat satu pondok ni. Sekolah dah hampir kosong disebabkan waktu balik sudah lama menjelang.

" Kenapa dia seru kau?"

" Entah. Manalah aku tau."
Balas dia malas malas sambil belek kuku dia. Hak alah si pisang ni ada jugak aku kasi kau kat beruk! K, abaikan.

" Okay, kasi tau nama kau dulu dan sebab apa kau mati. Kau ni jenis hantu apa, hantu nak balas dendam ke hantu kesenduan ke hantu pelarian malaikat maut ke hantu saje saje ke apa?" Aku mulakan penyiasatan aku. Yelah, sejak jadi roh ni, macam macam hantu yang aku jumpa.

" Banyak tanya pulak. Okay! Ehem. Nama aku, Yoo Jiyang. Aku sebenarnya atlet luncur ais negara yang dibunuh masa aku tengah tidur oleh seorang manusia yang dengki dengan kejayaan aku. Aku jenis hantu yang follow the flow, tambah pakej hantu pelarian malaikat maut melainkan malaikat maut tu hensem. Ngeh." Jelas dia panjang lebar.

Oh! Patutlah aku macam pernah nampak muka dia! Dia ni atlet luncur ais yang mati kena bunuh dalam tidur tiga tahun lepas!

Sedikit sebanyak, hati aku rasa simpati dan sedih untuk dia. Tak jadi nak marah dia, tapi tak boleh biar dia kacau Jungwoo gak.

" Kau? Intro lah diri kau jugak."

" Ar, aku Kim Rahael. Aku sekolah kat sini, em, mati kena panah. Atlet luncur ais jugak. Haha." Aku tergelak bitter di hujung ayat, teringat kat Jungkook si dalang segala kehanatan ni. Sudah berapa hari aku tak bercakap dengan Jungkook.

Aku elakkan diri aku dari dia. Hati aku masih terasa dengan sikap dia dan.. aku sendiri hilang keyakinan dek kerana rupa aku yang hodoh ni.

" Dia panah kau kat jantung ke?"
Soal Jiyang sambil pandang bahagaian dada kiri aku yang ada kesan darah. Aku mengangguk kecil.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now