13

894 115 158
                                    


" Em, pakcik. Agak agak kita patut mula dari mana?"

Soal Rahael dengan tenang. Di tangannya ada air Tealive yang sama perisa seperti tempoh hari. Puas dia pujuk Jaehyun, akhirnya Jaehyun belanja juga. Uyehh.

Jaehyun pula mengeluh dengan penuh rasa redha. Sekarang mereka sedang lepak di sebuah bukit kecil dimana mereka boleh nampak pemandangan bandar Seoul dari situ.

Tak lepak rumah Jungkook sebab mak ayah Jungkook balik dari outstation. Jadi Rahael pun bagilah ruang untuk encik kerash luangkan masa dengan family yang jarang nak jumpa. Parents Jungkook busy sangat. Esok pun, mereka dah gerak ke Brazil pula untuk sebulan.

Sian jeykeh, alone memanjang.

" Kau kena panah kat sekolah, start cari kat sekolah lah." Jawab Jaehyun ringkas. Topi yang dipakai dibetulkan seketika sebelum dia kembali tenang merenung pemandangan.

" Tapi kan pakcik.."

" Stop panggil aku pakcik boleh tak? Nama aku Jaehyun. Jae. Hyun. Jaehyun." Tutur Jaehyun dengan bengang. Wajah Rahael yang tengah buat aegyo tu dijeling dengan tajam. Eh, boleh pulak buat aegyo?

Tak, korang. Rahael rasa dia tengah buat aegyo, tapi di mata Jaehyun, itu semua cubaan untuk jadi hodoh. Muka takde perasaan sungguh Rahael ni.

" Ala tapi, pakcik nampak macam pakcik pakcik lah guna topi tu. I is kenot tolong lah. " Balas Rahael sambil memuncung panjang. Kemudian dia sambung minum tealive dia.

Jaehyun mengeluh kecil.

" Jangan mintak tealive dah."

Membulat habis mata Rahael. Ewah malaikat maut ni! Main ugugut pulak dia ye?!

" K, fine. Saya panggil awak oppa mulai harini. Hihi. Jaehyun oppa. Jaehyun oppa hensem!" Usik Rahael sambil menyenggol lengan Jaehyun. Jaehyun pula memandang wajah gadis itu dengan rasa terkedu.

O.. Oppa?

" Euw! Geli! Jangan panggil aku oppa!"

" Annyeong oppa encem. Nak jadi boyfriend Rahael tak? Jungkook dah ada gurlpreng baru. Hiks hiks." Rahael kembali sendu. Sejak dia nampak Jin dan ternangis haritu, dia hanya boleh rasa perasaan sedih je.

Maksudnya, bila dia nak rasa sedih, dia boleh rasa kesenduan tu. Tapi bila dia nak rasa gembira ke marah ke, dia kembali jadi seketul roh yang tak berperasaan.

" Maksud kau?"

" Dia dah ada yeochin baru. Ala takpe, Jungkook sunbae memang playboy. Dah lima tahun saya hadap, saya okay jelah!" Ujar Rahael dengan penuh semangat. Dadanya dipukul pukul tanda dia seorang yang kuat. Jaehyun pandang aksi gadis itu bersama sudut hujung bibir yang ternaik sedikit.

Tapi hampeh, Rahael kembali sendu. Dia gigit straw tu dengan bibir dicebik. Sendulah tengok Jungkook pegang tangan Yeoreum semalam. Hiks.

" Yah, takyah lah sedih. "
Jaehyun senggol lengan Rahael, cuba memujuk. Dia perasan yang riak wajah Rahael kelihatan sedih, tak seperti selalu mukanya takde perasaan je.

" Tak sedih lah. Sendu sikit."

Jawapan Rahael buat Jaehyun rasa nak tarik rambut sendiri.

" Cari jelah lelaki lain. Dia tu, macam kelapa je aku tengok."

" Yah! Jangan hina kerash abadi saya! Hanya Jeon Jungkook sahaja di hati walaupun mungkin saya tak pernah singgah hati dia sekejap walaupun sebagai posmen. Hiks. ALA NAK SENDU BALIK! HUWAAAA!!"

Jaehyun menggaru kepala yang tak gatal. Sedang dia berfikir cara nak hentikan Rahael daripada terus melalak, matanya tertancap pada seorang budak lelaki yang sedang memandang Rahael dari sebalik pokok. Berumur lebih kurang 5 tahun, masih budak lagi.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now