29

783 105 147
                                    


" Yeoreum dah tak kacau kau lagi, eoh?" Taehyung bertanya pada Jungkook sebaik sahaja dia duduk di hadapan meja Jungkook. Kerusi orang kat depan Jungkook diambil lalu dipusing menghadap lelaki itu. Jungkook pula dah hela nafas ringan bila dengar soalan Taehyung tu.

" Macam tulah, lebih kurang."
Jawab Jungkook tenang. Taehyung mengangguk faham. Mereka sedang lepak memandangkan waktu tu patutnya waktu pjk untuk satu batch, tapi gurunya nggak ada. Cikgu Haha, cikgu pjk abadi kita demam. Cian dia.

" Kau masih tunggu Rahael bangun. Eoh?"

".. ha."

Taehyung angguk faham lagi. Tengok gaya Jungkook ni macam takde mood sangat je. Rasa nak blah.

" K lah weh, aku nak siapkan hw jap. English tak siap lagi hshshs papai." Taehyung menepuk bahu Jungkook ssbelum bangkit dan berjalan keluar untuk menuju ke kelasnya. Jungkook sekadar angguk mengiyakan. Kemudian matanya memandang sekilas kelas yang sedikit kosong kerana semua pergi merayau.

Nafas dihela kecil. Jungkook lemparkan pandangan ke luar tingkap. Perbualan dia dengan Jaehyun semalam bermain dalam minda.

" Betul ke tindakan kita ni? Degupkan jantung Rahael."

" A-Aku.. aku tak tahu."

Jungkook buntu. Kalau diberi anak panah, Rahael bakal hilang selama lamanya. Kalau dibiar pula, Rahael masih tetap roh yang hanya dia dan Jaehyun yang boleh nampak. Dan pada realitinya, gadis itu sedang koma di Hospital Seoul.

Buat kesekian kalinya jejaka itu mengeluh. Perlahan lahan kepala diletakkan di atas meja dengan lengan sebagai alas. Matanya kekal memandang ke luar tingkap, merenung langit cerah dek kerana waktu masih pagi.

Eotteohke?

Kelopak mata dipejam. Cuba meredakan perasaan yang bergolak di dalam hati.

Sekarang, dia taktau apa yang akan jadi pada Rahael. Dia betul betul taktau dan benda tu buat dia serabut.

" Jungkook aa.. annyeong."

Jungkool kembali membuka matanya. Kelihatan wajah Rahael yang turut sedang meletakkan kepala di atas meja sedang memandang ke arahnya bersama sebuah senyuman di bibir. Gadis itu duduk di kerusi yang Taehyung duduk tadi, di hadapan meja Jungkook.

Jarak antara mereka yang rapat membuatkan Jungkook dapat rasakan sedikit hembusan nafas Rahael. Walaupun bukanlah setiap saat, tapi dia boleh tangkap yang Rahael hanya bernafas seminit sekali.

Pelik kan? Dah nama pun fantasy -.-

" Deo gwaenchanha? Awak nampak tak okay." Bisik Rahael sambil merenung lembut wajah kacak Jungkook walaupun pada pandangan mata dia, mulut Jungkook kat atas mata kat bawah. Ala takpe, tetap hensem.

" Eoh. Aku fikir pasal kau."

" Wae? Rindu saya eh?"

" Aku.. aku taktau."
Perlahan Jungkook menutur kata, tak mahu rakan sekelasnya perasan yang dia tengah cakap seorang diri dengan dinding walaupun sebenarnya dia tengah bercakap dengan Rahael. Rahael ketap bibirnya.

" Yah, kan anak panah tu tak dijumpai pun. Jangan risau lah."

" Habistu apa akan jadi? Takkan kau akan kekal menjadi roh selama lamanya?"

Soalan dari Jungkook membuatkan Rahael kembali diam. Dia pun taktahu apa yang bakal jadi antara dia dengan Jungkook.

Betul betul taktahu.

" Aku dah taknak pegang tangan kau sorok sorok, nyorokkan dalam poket. Kiss kau setiap kali orang takde. Nak bercakap dengan kau pun kena pandang kiri kanan. Aku taknak."
Luah Jungkook dengan perlahan. Nada suara yang bergetar cuba disorok. Perasaan sedih yang tiba tiba datang menerpa cuba ditahan.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now