16

864 114 117
                                    

" Macam yang kamu tahu, exam dah nak dekat. Jadi saya nak kamu jalankan inisiatif untuk study dengan elok. Study group ke. Kalau prefer sorang sorang, buatlah sendiri. Kalau nak study dengan dinding, studylah. Asalkan study, jangan melekat je dengan fon kamu tu. Buat latihan banyak banyak."

" Neeeee!"
Meleret je jawapan semua pelajar kelas 6-A. Jungkook tidak memberi sebarang respons, jawab ke tak jawab ke sama je takde apa yang berubah.

" Okay, kelas boleh bersurai. Hati hati balik." Setelah itu, semua pelajar pun mula bising. Almaklum, waktu balik adalah waktu yang paling dinantikan dalam kalangan setiap pelajar. Jungkook mengemas barangnya dengan cermat dan kemas.

" Jungkook shi.."

Jungkook sekadar humming sebagai jawapan. Yeoreum gigit bibir perlahan. Tali begnya digenggam kuat, rasa nebes menguasai diri setiap kali berhadapan dengan Jungkook.

" Em.. saya rasa saya lemah banyak subjek lah. Boleh tak awak tolong saya?" Soal Yeoreum dengan lembut. Jungkook memakai begnya. Kemudian dengan ringkas dia menjawab.

" Tak."

Terasa macam kena rijek. K, takpe takpe. Yeoreum tabahkan hati seketika. Kemudian dia terus kejar langkah Jungkook yang sudah berjalan keluar dari kelas.

" Wuhuu Kook lesgo balik eh Yeoreum! Nak balik dengan Jungkook ke? Ha sila sila! Aku dengan Taehyung nak kena jumpa acik kliner ni. Papai!" Jimin yang baru nak ajak Jungkook balik terus tak jadi bila nampak Yeoreum ada mengekori Jungkook dari belakang. Terus bahu Taehyung dirangkul dan mereka pergi meninggalkan Jungkook.

" Ish kau ni. Takpe ke kita buat macam ni?" Soal Taehyung dengan cuak. Selamba je Jimin ni. Taehyung berpaling ke belakang seketika. Bila nampak wajah ketat Jungkook, dia sumpah rasa nak terkencing kat situ.

" Shibal.."
Carut Jungkook perlahan. Tak guna betul dapat member macam ni. Dia lepaskan keluhan kecil tatkala dapat rasakan kehadiran Yeoreum disisinya.

" Jungkook shi.. tolonglah saya."

" Cari orang lain."
Balas Jungkook dingin lalu mengatur langkah meninggalkan Yeoreum. Seboleh bolehnya dia memang taknak ada apa apa komitmen dengan mana mana perempuan dah. Fedap!

" Tapi, saya kenal awak je kat sekolah ni. Awak je yang sudi kawan dengan saya." Ujar Yeoreum dengan suara perlahan. Kakinya diatur perlahan di belakang Jungkook. Jungkook hela nafas panjang.

Langkah dimatikan sebelum Jungkook menoleh ke belakang. Wajah sendu Yeoreum bersama bibir yang dicebikkan sedikit itu dipandang tanpa perasaan.

" Fine. Kat rumah aku. 5 petang."

" Jinjja?" Soal Yeoreum lagi meminta kepastian. Jungkook tak membalas, dia terus berpaling untuk beredar. Yeoreum pulak dah tersenyum suka. Dia terus mengejar langkah Jungkook, ingin berjalan bersama sama dengan jejaka itu.

" Em, bila?"

" 5 petang."
Jungkook ulang lagi ayat dia. Yeoreum ketap bibir. Aku maksudkan hari lah bengong!

" Maksud saya, hari."

" Jumaat, Sabtu dan Ahad."
Balas Jungkook lagi. Dia mendekati kereta miliknya lalu pintu bahagian pemandu dibuka setelah kuncinya dibuka.

" Em, Jungkook shi. Nak nombor awak boleh? Supaya senang nak berhubung."

" Esok."
Balas Jungkook lagi dengan ringkas. Kemudian dia menoleh ke arah Yeoreum yang masih terpacak di sebelahnya. Sebelah kening dijungket.

" Ada apa lagi?"

Yeoreum menggeleng laju.

" Ar, takde pape. Okay lah. Hati hati tau balik tu! Bye!" Yeoreum melambaikan tangannya pada Jungkook sebelum beredar dan berjalan pulang. Jungkook sekadar memerhati sehingga bayangan Yeoreum menghilang.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now