25

855 118 169
                                    



_________________

" Ish, penipu punya hantu! Punyalah saya gigih nak kalahkan dia, saya berusaha kuat dalam pertandingan ni, dia boleh pergi macam tu je?!"

Rahael meluahkan rasa tak puas hati dan amarahnya sebaik sahaja dia dan Jungkook menjejakkan kaki ke dalam rumah. Jungkook diam tak membalas, sekadar mengekori Rahael yang memang tengah bengang sampaikan lupa nak tukar baju.

" Dah tu sekarang ni dia main hilang macam tu, saya dah hilang arah. Saya taktau lagi dah macam mana nak cari anak panah tu! Saya buntu!" Rahael berhenti di tengah tengah ruang tamu tu. Tocang rambut yang jatuh pada bahu terus diselak ke belakang dengan kasar.

Lantas Rahael menoleh ke belakang, memandang tajam ke arah Jungkook yang masih tenang mendiamkan diri.

" Astu awak dengan Jaehyun boleh buat ilek je? Jungkook, Jiyang hilang!" Rahael bersuara dengan rasa geram, nak kasi sedar kat Jungkook yang hantu pisang tu dah lesapkan diri. Jungkook sekadar mengeluh kecil.

" Tahu."

" Habistu?! Awak dengan Jaehyun takde usaha pun nak cari dia balik! Dia tu satu satunya yang kita boleh harapkan!" Rahael bercekak pinggang di hadapan Jungkook. Keningnya bertaut garang, wajah Jungkook dipandang tajam.

" Boleh tak kau lupakan pasal anak panah tu?" Tutur Jungkook, akhirnya jujur. Itu membuatkan Rahael tersentak. Gadis itu terdiam seketika akibat terkejut.

" Apa awak cakap?"

" Tolong lupakan pasal anak panah tu." Ulang Jungkook dengan tenang. Namun ketenangannya itu tak dapat meredakan api kemarahan yang semakin marak dalam diri Rahael.

" YAHHH!"

Jeritan Rahael yang kuat itu bergema dalam rumah tersebut sehingga meja kopi yang berada di ruang tamu itu turut bergegar. Jungkook tersentak.

Wajah Rahael dipandang dengan rasa tak percaya. Gadis itu.. benar benar marah.

" Jadi awak nak suruh saya berhenti?! Awak nak suruh saya berhenti dalam masa yang sama menunggu masa mesin hayat saya kat hospital tu pun turut berhenti?! MACAM TU KE JEON JUNGKOOK?!"

zrrttt zrttt

Lampu mula berkelipan. Jungkook sendiri terkejut dengan situasi yang sedang dihadapinya.

" Okay Rahael.. tenang. Dengar dulu.."

" APA YANG SAYA PERLU DENGAR LAGI?!"

" HAAAAAA?!"

" Rahael, tenang!"

Jungkook yang tadinya tenang menjadi panik tatkala dia sendiri boleh rasa rumahnya bergegar.

Mata Rahael tajam memandang Jungkook. Dia bagaikan tak sedar yang kemarahannya memberi impak yang kuat pada sekelilingnya.

" Awak nak saya tenang? Macam mana lagi saya nak tenang kalau usaha saya disia siakan macam tu je?!!" Rahael mendekati Jungkook setapak demi setapak sementara Jungkook masih berdiri teguh walaupun lantai turut mengalami gegaran.

" Awak taknak saya hidup ke?!"

" Sebab aku nak kau hiduplah aku nak kau hentikan semua ni!!" Suara Jungkook lantang membidas Rahael pada akhirnya. Itu berjaya membuatkan Rahael terdiam, langkahnya terhenti sambil memandang Jungkook dengan hairan.

" Apa maksud awak?"

" Aku nak kau hidup, Rahael. Sebab tu aku taknak kau teruskan semua ni. Jebal, hentikan semua ni."

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now