30

820 111 214
                                    

" Ni.. wah."

Mata Rahael seakan akan bersinar bila dia nampak je bangunan kat depan dia tu sebaik sahaja dia keluar dari kereta dengan Jungkook. Tangan kanannya diraih lalu sekali lagi tangan mereka yang bertaut disorokkan dalam poket kot hitam panjang milik Jungkook.

" Kaja."

Langkah diatur bersama menuju ke bangunan gelanggang ais yang agak terkenal di Seoul itu, Mokdong Indoor Ice Rink. Salah satu gelanggang yang Rahael suka buat practice.

" Eoh? Ada kita je?"
Soal Rahael sebaik sahaja melihat isi gelanggang yang kosong tanpa kelibat manusia yang lain.

" Tak, bertiga. Tu."

Jari telunjuk dihala ke satu sudut di mana berdirinya Jaehyun di situ. Dahi Rahael berkerut kerut kejap.

" Apa Jaehyun buat kat sini?"

" Tutup CCTV. So nanti sekuriti tak cari aku sebab fikir aku gila bercakap sorang sorang." Jawab Jungkook selamba membuatkan Rahael ketawa kecil. Lengan Jungkook disiku perlahan.

" Macam mana kalau dalam kamera CCTV pun saya boleh dilihat?"

" Baguslah, biar semua tahu yang aku dah berpunya." Jawapan Jungkook serta merta membuatkan Rahael kaku seketika. Kemudian lengan Jungkook disiku dengan lebih kuat.

" Hehehe hahaha huhuhu."

" Dah, jom pat. "

Mengetahui yang Jaehyun dah cover semua CCTV kat dalam ice rink tu, Jungkook keluarkan tangan Rahael dari dalam poketnya lalu menarik tangan gadis itu mengikutinya. Dengan senang hati Rahael ikut, dah lama nak buat macam ni dengan Jungkook hshshshshs.

" Kau nak kasut kaler apa?"

" Em, hitam tu."

" Takleh. Ambik yang putih ni."
Selamba Jungkook ambil kasut yang dipilih Rahael tadi dan hulurkan kasit yang Rahael taknak pada gadis itu. Rahael berdecit kecil. Apa gunanya kau menyoal tadi pak?

" Ceh, baik takya tanya."

" Hehe gurau jew."
Jungkook rampas semula kasut luncur ais berwarna putih dari tangan Rahael dan gantikan dengan kasut hitam yang dia ambil tadi. Rahael senyum kecil.

" Eyy apa ni cara cakap pun ikut ikut saya."

" Saje jew."

" Eyyy tak sesuai!"

Sempat mereka bergaduh kecil sebentar di situ sebelum akhirnya masing masing duduk di atas lantai untuk menyarung kasut. Pada kala itu barulah Rahael ingat nak tanya.

" Awak ajak saya ni, awak reti ke luncur ais?"

Soalan dari Rahael itu serta merta membuatkan Jungkook kaku. Perit liur ditelan seketika sebelum dia terus menyambung aktiviti sarung kasut dia tanpa menjawab apa apa.

" Yah, saya tanya ni."

" T-Tak.. aku tak reti."
Jawab Jungkook perlahan lalu serta merta telinga dan pipinya naik kemerahan, malu dengan kekurangan diri sendiri. Manakala Rahael dah ketawa galak.

" HAHAHAHA, tak ku sangka sunbae serba boleh ni tak reti ice skating eoh? HSHSHSHSH!"

" Janganlah gelakkan aku."
Marah Jungkook sambil menjeling gadis itu dengan tajam membuatkan Rahael terus zip mulut dia. Namun sengihan nakal masih ada di bibirnya, masih nak menggelakkan tapi tachod tachod gituh.

Rahael meletakkan kaki ke atas permukaan ais sebelum dia bangkit dengan mudah. Jungkook yang masih duduk di lantai itu dipandang bersama sebuah senyuman manis.

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now