24

813 106 69
                                    

" Kau cari apa?"

Jaehyun menegur tatkala melihat Rahael yang terpusing pusing dalam biliknya dengan muka stres. Jaehyun yang baru nak masuk bilik tu pun tak jadi nak masuk. Terus Rahael dekati lelaki itu.

" Jaehyun,, saya nebes! Malam ni dah pusingan terakhir." Rahael menyuarakan kerisauannya. Mendengarkan kata kata gadis itu, Jaehyun terus mengetap bibir.

" O-Oh. Pertandingan tu."
Jaehyun angguk kecil. Dia berjalan melepasi Rahael dan terus menuju ke katil miliknya. Rahael pula segera mengekori.

" Astu, saya tak jumpa baju sesuai untuk pertandingan nanti." Adu Rahael lagi. Sebelah kening jongket terangkat. Dia mendongak ke arah Rahael yang berdiri di hadapannya.

" Baju yang sesuai?"

" Eung. Baju yang sesuai. Kan saya nak kena menari."

" Heol. Kau reti menari?"
Jaehyun memandang Rahael dengan wajah tak percaya. Habis berkerut dahi Rahael.

" Mestilah! Saya bukannya atlet luncur ais yang lumba luncur ais tu. Saya atlet yang menari sambil luncur ais. Kalau yang luncur berganti-ganti, short track macam lumba lari tu atlet lelaki sekolah je." Rahael membebel panjang. Jaehyun gelak kecil sebelum mengangguk laju.

" Araseo araseo. Em, btw. Kau.. kau masih cari ke anak panah tu?" Soal Jaehyun dengan suara sedikit perlahan. Laju Rahael mengangguk.

" Saya tengah usaha lah ni! Sebabkan Jiyang kata dia boleh tunaikan satu permintaan saya kalau saya menang, saya nak mintak tolong dia carikan anak panah tu. Haa." Jawab Rahael bersungguh sungguh.

" Oh."

Mereka senyap seketika. Jaehyun sedang berperang dengan diri sendiri, sama ada patut atau tidak dia menghalang Rahael. Dia mahu menghalang, tapi disebabkan dirinya sendiri merupakan malaikat maut..

Ada ke malaikat maut yang suruh manusia jangan dekati maut tu sendiri?

Jaehyun mengeluh kecil.

" Oh! Jaehyun! Saya nak balik rumah saya tau!" Rahael berkata tiba tiba dengan wajah teruja.

" Kenapa?"

" Saya baru ingat, set pakaian saya untuk lagu yang saya nak bawak ni ada kat rumah saya. Ahak! Nasib baik ada. Okay pergi dulu." Rahael melambai ke arah Jaehyun sebelum berpusing dan berlari keluar. Namun sampai kat muka pintu, wajahnya hampir sahaja bertembung dengan dada bidang milik Jungkook.

" Kau nak pergi mana?"

" Rumah Jin. K bye!"
Jawab Rahael dengan laju, ingin mengelak dari Jungkook. Hshshshhs dia malu nak jumpa Jungkook buat masa ni.

Tapi sempat Jungkook menahan lengannya.

" Hati hati."

Lupdup.

" A-Aa.. o-okay. Haha. Bye!"

Kelibat Rahael terus dipandang sehingga bayangan gadis itu hilang dari pandangan. Kemudian Jungkook kembali memandang Jaehyun yang sedang termenung sebelum dia berdehem kecil.

" Yah, apesal kau diam sangat lately ni?" Soal Jungkook seraya menapak masuk ke dalam bilik yang ditumpangkan pada Jaehyun. Matanya memerhati suasana bilik itu yang jadi lain sejak Jaehyun duduk. Suasana kelam.

Jaehyun tak membalas. Dia memerhati gelagat Jungkook yang sedang membelek topi hitam miliknya dengan dalam. Masih berdebat dengan diri sendiri, patut tak dia bagitau Jungkook tentang perkara ni?

" Jungkook."

" Em."
Balas Jungkook ringkas sambil masih memerhati topi milik Jaehyun tu.

" Kita.. kena halang Rahael."

[C] heart : kookWhere stories live. Discover now