66. INTO THE DARKNESS

900 103 31
                                    

Alice memukul bahu Silvanna. Gadis itu menoleh marah. Jari Alice menunding ke langit yang bingit mengeluarkan bunyi dentuman. Rena diam membisu. 

"Kerja Vlad ke?" soal Alice.

Silvanna memeluk tubuh. Dia resah, dan berjalan ke hulu hilir. Tiba-tiba kilat jatuh bagaikan hujan dari langit bersama kilauan  dan diakhiri dengan letupan! Kemudian, berhenti sesaat sebelum halilintar turun memberi kesan dua kali ganda, walaupun jauh tetapi permukaan ais yang mereka pijak bergegar dan retak!

Alice menunduk. Permukaan ais dipandang. "Uish! Dahsyat!" perlahan-lahan kaki ditarik ke belakang.

"Hati-hati." Rena tarik lengan Alice. Takut kalau tiba-tiba jatuh. Manalah tahu dulu tempat ni laut atau gaung ke, boleh melayang nyawa dibuatnya nanti!

"Seriuslah kilat bertukar halilintar dah ni. Apa jadi dekat sana?" tergangga Silvanna mendongak.

"Ada nampak benda tu tipu ke?" lancang Alice bersuara. Silvanna memukul pinggang Alice dengan geram.

"Jangan main-mainlah." marahnya.

"Aku gurau jelah."

"Gurau tak kena tempat!"

Rena menepuk dahi. "Aih ... nak gaduh pun simpanlah dulu. Sekarang ni tempat tu dah tak jauh, kita ikut arah halilintar itu." Rena memutuskan rangkaian pergaduhan. 

Bunyi petir terus menerus kedengaran. Halilintar menyambar kuat dan tempias memercik api. Ada permukaan ais pecah hancur lalu mencair seperti aiskrim.

 Ada permukaan ais pecah hancur lalu mencair seperti aiskrim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Alice tergangga mulut, kaki hampir melayang jatuh di tebing keruntuhan ais tetapi tangkas Rena menarik. Rekah dan terpisah jauh dengan seperti sebuah sungai besar berada di tengah-tengah. Seakan-akan Eiceland sedang mengalami keruntuhan! 

Kelopak mata Alice dikecilkan, dia tertumpu pada dua orang sedang bertarung di seberang sana. Bila diperhatikan betul-betul, nampak macam Carla! Gadis itu terbelit dengan batang pokok bunga ros berduri. Dihentak-hentaknya Carla ke bawah tanpa henti. Rena menghala pandangan tajam terhadap Flora.

"Tu macam Carla-"

Halilintar sekali lagi memancar tanpa henti. Kali ini semakin kuat kerana tempatnya sudah hampir dekat. Silvanna bergerak meninjau kawasan manakala Alice dan Rena kembali memandang Carla.

Matanya sekejap menyala merah dan sekejap kembali normal. Batang pokok habis dicantas halus. Kelopak bunga ros bertebaran di udara. Flora terduduk melutut di hadapan Carla.

"Tengok apa?" soal Silvanna minat mahu tengok sekali.

Dari jauh mereka lihat Flora mengangkat muka menatap Carla dengan penuh rasa takut. Gadis berambut jingga meneguk air liur, menanti babak seterusnya dari Carla dengan penuh debaran di dada.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now