39. MELDA

1.5K 152 3
                                    

Burung-burung terbang bertebaran di udara.  Suasana bertukar sunyi seperti padang jarak terkukur.  Alice, dan Carla melompat dari pokok ke pokok manakala Eric dan Samuel berlari di bawah. 

"Carla ...." Alice menoleh ke sisi. Matanya bertukar serius.

"Ya? Kawasan ni tiba-tiba jadi pelik."

Carla melompat turun. Kakinya perlahan mencecah tanah diikuti Alice. Mereka berdua menghalang jalan Samuel dan Eric.

"Carla kenapa?" soal Samuel yang tercungap-cungap menarik nafas. 

"Ada benda yang tak kena, hutan ni jadi sunyi." mata Carla melirik ke sisi. 

Selang beberapa minit, tanah bergegar dengan begitu kuat seakan ada sesuatu yang terhempas dari langit.  Kemudian bunyi pokok patah diiringi satu ngauman singa yang kuat! Binatang-binatang kecil yang menghuni hutan, berlari bertempiaran melepasi Alice, Carla,  Samuel dan Eric.  Ada yang hampir melanggar mereka,  mujur sempat mengelak. 

"Aku rasa lebih baik kita lari dari sini sebelum ...." kata-kata Alice tergantung apabila terpandangkan sepasang mata merah. Dia terkedu seketika. 

Ia menderam sambil maju ke depan menampakan diri.  Alice merapatkan diri pada Carla. Mereka terpana di situ melihat seekor serigala hitam menunjukan diri. 

"Besarnya ...." ujar Samuel tidak percaya. Mata terbuntang luas.

"Cepat kita lari!" Carla menjerit kecil.

Baru sahaja mereka mahu membuka langkah,  ngauman singa tadi bergema kuat dari arah bertentangan. Pokok-pokok tumbang dan berbunyi patah seakan dipijak!

Alice merapatkan diri pada Eric, wajah lelaki itu terus berubah kerana tidak selesa. Gadis berambut jingga perasan riak wajah Eric, perlahan dia menjarakan diri.

"Tak sengaja."bisik Alice.

"Ah ... tak apa ... Put ... Puteri Alice ...." balas Eric tanpa memandang.

"Cepat kita naik atas pokok!" Carla berlari dan melompat ke atas pokok diikuti Samuel.  

Serigala tersebut menyeringai kepada Alice dan Eric yang masih ada di situ.  Air liur menjejes jatuh ke tanah. Kukunya tajam mencengkam tanah! Berderau darah Alice tatkala terpandangkan mata serigala itu.

Alice bertukar panik. Gelisah.  Otaknya tiba-tiba menjadi kosong, tidak tahu mahu buat apa.  Mahu lari pun dia tidak tahu ke mana arah yang sepatutnya. Dia mencari kelibat Carla hingga terlupa Eric disebelahnya.

"Alice! Cepat naik atas pokok!" pekik Carla.

Hentakan kaki dan ngauman singa semakin mendekat. Alice membuka langkah tetapi kakinya tersadung batu! Alice jatuh tersembam di atas tanah dan pada masa yang sama seekor singa bertanduk meluru laju!

Sepantas kilat Eric menyambar lengan Alice dan memaksa untuk bangun.  Dilihat Alice tergeliat-geliat sakit,  dia memikul terus Alice seperti beg guni lantas berlari selaju mungkin. Alice terkedu! Carla segera mengerakan jari, Eric terapung naik ke atas pokok.

Singa tersebut menerkam serigala. Badan serigala tercampak lalu terseret meninggalkan garisan yang dalam.  Tanpa memberi ruang untuk serigala itu berdiri,  singa itu terus menerkam dan dapat mengigit punggung. Gigi taring membenam,  hingga terpancut darah.

Serigala itu memekik sambil mengeletik.  Ia berusaha membalikan badan. Kakinya menendang-nendang dengan kuat hingga terkena badan singa. Singa tersebut melompat ke belakang. 

Dua binatang buas itu merenung sesama sendiri bagaikan musuh ketat!  Mata tajam menikam.  Kuku mencengkam kuat dalam tanah sambil menderam kuat!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now