71: THE END: CURSED EYES

1.2K 120 18
                                    

Irene mengibas-gibas tangannya yang sedikit berwap dingin. Lelaki berambut hitam berguling di atas tangga dan berakhir dengan terbaring telentang di tangga tingkat bawah. Badannya membiru dan membeku kaku. Dia memejamkan mata, buat tak nampak Scarlet yang sedang bertarung nyawa. Kalau dia pergi nanti habislah rancangan atau keadaan akan menjadi lebih teruk bila Vladmir tak dapat tangkap.

Gadis berambut jingga yang berada di tingkat tiga terus terjun ke bawah. Kaki kiri memijak dada Vladmir seraya tangannya mengukir lingkaran cahaya, kemudian Alice menolak lingkaran cahaya itu kepada Vladmir dan meresap pada leher.

Lelaki itu mencelik mata. Kaki Alice dicengkam kuat sampai timbul urat-urat tangan. "Berapa kali aku, nak cakap? Semua orang dah tak boleh nak halang aku lagi!" Jerkah Vladmir lalu menolak kaki Alice ke sisi.

Pada masa yang sama, sebiji bola api terbang melayang dan Erina terapung dari atas membalas dengan melibas kuat angin sekaligus memukul bebola api tersebut. Bebola api itu bertukar warna putih berkilat bak mutiara. Rena menyambut dengan pedangnya sebelum terpantul kepada Viez yang tercunggap-cunggap di tangga.

"Tch! Gila tak guna betul Raja tua tu!" kata Viez bengang lantas menangkap bebola itu tangan berbalut air. Sekali lagi, ia bertukar warna seperti sejernih air.

Viez mengerut dahi kerana menahan berat. Tak tahu la memang berat atau semakin berat. Sampaikan urat tangan Viez jelas timbul membiru lantas dia mensasarkan ke arah Vladmir.

Lelaki itu bangun berdiri sambil tersenyum menyeringai. Pergelangan tangan dan kaki terdapat gelang cahaya.

"Tak faham bahasa kan? Berapa kali aku nak cakap yang aku ni tak akan mati?"

Gelang itu cuba direntap tapi tak boleh. Sebaliknya kulit berasap-asap dan melecur! Riak wajah Vladmir tiba-tiba bertukar panik. Tapi dia cuba berlagak tenang.

Tenaga dan aura Vladmir disedut gelang Alice. Badan lelaki itu jugak tiba-tiba jadi lesu tidak bermaya.

"Apa ni!"

" Kau ingat boleh hidup kekal abadi ke?" kata Alice seraya undur perlahan.

Vladmir cemas tak seperti dulu yang sentiasa tenang. Gelang kaki tangan cuba direntap berkali-kali. Kadang mata juga menjeling bebola air jernih semakin dekat dengannya.

Sampai sahaja perut Vladmir dihentam!

Terbongkok dan terbatuk-batuk dia memutahkan darah. Bebola air jenih tersebut berpusing ligat. Makin lama terbenam dalam perutnya.

"Arghh!"

Mata Vladmir terbelalak. Anak mata berputar sebelum berputih mata. Air liur menjejes tumpah. Bertahun-tahun dia tak merasai kesakitan yang paling pedih!

Seluruh badan mengeletar. Raungan Vladmir mengegarkan satu istana. Raja Warton terbaring kaku di atas lantai turut tersentak.

Irene dan Alice berbalas pandangan. Mereka hanya lihat keperitan lelaki itu dengan dahi berkerut seribu. Silvanna hanya melihat sejak tadi, memberi isyarat tangan kepada Samuel.

Tanpa membalas Samuel meluru keluar dari bawah tangga. Dia berjalan perlahan mendekati Vladmir sedang baring meringkut memegang perutnya yang dirasakan bagai nak membolos!

Samuel tersenyum sinis."Kau patut bunuh aku sejak dari awal Vladmir."

Baru saja dia mahu membuka penutup mata kanan, renungan Irene mematikan perbuatannya. Dia mengeluh lantas paling ke sisi. Memberi tatapan yang terakhir.

"Terima kasih bawa aku dekat sini dan layan aku dengan baik walaupun aku dulu seorang yang teruk." katanya dengan mata berair.

Mata Irene sudah bergenang banjir. Tanpa membuang masa dia tarik kain yang menutupi mata.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now