21. ILUSI

1.5K 178 1
                                    

   "Api! Ada api!" kedengaran suara Erina sungguh riuh! Dia lari dari arah bertentangan manakala Ryan berada di situ terpinga-pinga.  Yalah, sedangkan dia tidak ada bau-bau kewujudan api di situ. Jika ada dah lama dia makan api itu.

"Api? Mana ada, kau menginggau apa ni?"balasnya lalu meletakan tangan pada bahu Erina. Dia terkedu sebentar sebaik sahaja melihat mata Erina sudah berair, badannya juga mengeletar ketakutan! Kalau betul ada api kenapa dia tidak boleh rasa sedangkan dia mempunyai kuasa element itu?

"Betullah! Bilik aku terbakar! Cepatlah ikut aku! Selamatkan Alice dan Vylera!" ujarnya cemas, terus Erina tarik baju Ryan! Dia berlari sambil mengheret Ryan. Terkejar-kejar lelaki itu mahu membetulkan langkah.

Tiba di bilik, dedaun pintu disepak kasar oleh Erina. Pintu terhempas menyebabkan Vylera yang tidur di lantai beralaskan tilam terjaga. Vylera terpisat-pisat memandang Erina dan Ryan silih berganti. Di atas katil pula, Alice masih tidur berdengkur! Rumah meletup sekali pun dia tak akan bangun!

"Ke ... kenapa?" mata Vylera membundar tatkala dia menyoal. Dia menjadi bingung sebentar.

Erina secara tiba-tiba meluru masuk. Dia kelihatan gelisah ketika menoleh ke kiri dan kanan. Vylera menayangkan wajah pelik lantas menyoal apa yang dia nampak sehingga menjadi terlampau cemas.

"Api! Aku nampak api! Bilik kita terbakar! Pergi keluar Vylera! Ryan tolonglah aku!"pekik Erina.

Vylera terkejut cepat-cepat dia bangun dan berlari ke arah Viez yang baru tiba dipermukaan pintu. Ryan pula tidak bergajak dari tempat asal.

Viez menguap perlahan."Apahal kecoh ni?"  soalnya sambil mengusap kepala Vylera.

"Dia kata bilik ni terbakar. Pelik, mana ada api. Vylera tolong panggil Rena dekat bawah." balas Ryan lalu garu-garu pinggang yang tidak gatal. Tidak tahu nak buat apa. Gadis itu menganguk dan terus berlari.

"Alice ...." Erina memaut lengannya sebelum tarik Alice supaya terjaga dari lena.

"Berhenti Erina! Sebelum tidur tadi Alice tak sihat, jangan buat dia macam tu!" tegur Rena. Dia tarik Erina keluar dari bilik.

"Bilik ni terbakar, semua tak nampak ke?" cemasnya masih belum reda malah semakin dia menjadi lebih panik. Erina mahu masuk bilik, cepat-cepat Rena tarik baju, dihempas pada dinding! Terkejut Ryan, Viez dan Vylera dibuatnya.

   "Hei, kuat sangat tu Rena." Ryan bersuara perlahan, dilihatnya Erina sedang menyeringai kesakitan.

"Erina ... bertenang." ujar Rena lembut seraya memegang dua pergelangan tangan.

   "Macam mana nak bertenang kalau ...."

Rena mencantas "Apa yang kau nampak itu sebenarnya tak ada." mata bundar Erina  merenung dalam mencari kebenaran apa yang dikatakan oleh Rena. Sedikit sebanyak Erina mula bertenang.

"Aku sorang saja nampak?"

"Kemungkinan besar itu adalah kuasa ilusi." Balas Rena. 

"Aku rasa ini angkara musuh. Cis! Mereka pasti ada di sekitar ini!" Ryan mencelah sambil mengepal penumbuk.

Viez malas mahu menyampuk, dia menyuruh Vylera untuk masuk tidur. Setelah itu, dia berlalu menuju ke bilik sebelah. Baginya tidak perlu risau kerana Rena dan Ryan boleh uruskan hal Erina.

Ketika Viez melintasi tingkap cermin dia ternampak sesuatu. Viez mengundur dan mahu melihat apa yang dia nampak sebentar tadi.  Muka mendekati cermin dan mengecilkan sedikit mata.

Kelihatan seseorang berpakaian warna merah hati, tidak dikenali sama ada lelaki atau perempuan sedang berjalan tidak jauh dari kawasan perumahan. Viez mengurut dagu sambil mengerut dahi. Dirasakan macam pelik. Siapa pula yang merayap dalam hutan tengah-tengah malam buta.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now