32. TERLUKA!

1.5K 183 19
                                    

Suara-suara perbualan telah menyedarkan Irene dari pengsan. Kepala masih berdenyut lagi akibat dihentak pedangnya tadi. Kelopak mata dibuka perlahan dan wajah seorang gadis bermata coklat betu-betul dekat dengan muka.

Irene terkejut beruk lantas dia bergolek terjatuh dari sofa! Dia tertiarap di atas lantai. Erina, Alice, Ryan dan Rena terkedu melihat tindak balas Irene. Mahu ketawa kesian pula. Jadi mereka hanya mampu gelak dalam hati.

"Irene, kau ni kelakarlah macam dulu." Alice menahan tawa. Tangan dihulur untuk membantu.

"Ah, terima kasih. Erk ... kau?"

"Alice." dia melabuhkan punggung di sisi Irene. Tahu apa yang ada dikepala Irene.

Irene mengosok kepala. Jarinya dapat rasa ada satu benjolan. Berkerut dahinya sambil mengusik. "Iya ... iya ... Alice. Aku tahu nama tapi tak kenal muka."

"Irene petang nanti kami nak bawa kau, ibu  dan kawan kau berjumpa dengan seseorang." kata Ryan.

"Jumpa siapa?" Irene menyandar. Matanya tenang menatap Ryan.

"Ayah kau."

"Ayah kandung aku?"

"Ya, kenapa kau ada ayah lain ke?" begitu lancang Alice menanya. Irene melirik mata ke sisi seolah-olah marah!

"Baiklah, boraklah dulu. Aku nak naik atas sekejap." Ryan beredar dan diikuti oleh Rena pergi ke dapur.

Erina sejak tadi tercegat terus meluru ke arah Irene. Dia merangkul erat pingang Irene dengan muka mencebik.

"Dia dah mula dah." Alice mengeleng kepala.

Gadis genit itu meraung kegembiraan. Irene tersengih sumbing. Dia menepuk perlahan belakang Erina sebelum membalas pelukan. Erina seakan budak kecil yang merengek mahukan belaian kasih!

"Irene kau mesti jumpa Viez. Tentu dia akan gembira." saran Alice. Serta merta wajah Irene terus berubah. Dia yang masih memeluk Erina, membisukan diri.

Sementara itu, Viez baru sahaja tiba di situ. Dia berdiri di tepi tangga. Mata tertumpu kepada gadis yang dirindui selama ini! Di depan matanya ini yang asli dan bukan yang palsu!  Jantungnya berdebar-debar tatkla dia membuka langkah.

Semakin dia mendekat semakin dadanya terasa dipukul bertalau-talu! Air mata bagaikan mahu pecah! Tetapi sedaya upaya dia bertahan.

"Irene ...."

Serentak Irene, Alice dan Erina menoleh. Mata mereka berdua bertembung. Irene diam tidak berkutik, begitu juga dengan Viez. Mulut mereka terasa dikunci. Lidah terasa diikat! Keadaan menjadi sepi.

"Ikut aku." arah Viez.

"Ke ... kenapa?" balas Irene gagap. Tanpa menjawab, Viez mendekati Irene. Erina berganjak ke tepi.

Lengan Irene dipegang dan Viez merentap supaya bangun. "Ikut aku!" perlahan dia bersuara.

"Ikut pergi mana? Aku tak naklah!" Irene membentak! Dia cuba merenggang tangan Viez.

"Jangan banyak tanya! Ikut aku!" tanpa sengaja dia menaikkan suara.  Irene terkedu sebentar di situ.

"Kalau aku tak nak?" Irene berdegil. Dia menarik tangannya dan begitu juga dengan Viez. Mereka bertarik-tarik di situ!

"Ini baru betul, Irene." ujar Alice kepada Erina. Dia tersengih. Erina memeluk tubuh, menonton drama tidak berbayar.

Viez mendengus kasar. Kedua pergelangan tangan Irene ditangkap sekaligus mengunci Irene. Irene diheret menuju ke pintu utama.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now