34. LAUTAN BERDARAH!

1.6K 180 7
                                    

Kaki menapak maju ke depan. Reranting kayu yang merata di atas tanah sepanknag jalan dipijak sehingga menghasilkan bunyi patah. Mereka berlima menyusuri jalan. Pokok di tepi semuanya kelihatan mati. Ia hampir botak kerana daunnya semakin berkurang. Beberapa helaian daun coklat gugur mencecah tanah. Batang pokok semuanya hitam seperti terbakar.

"Kenapa ayah aku letak satu kumpulan dengan kau!" Irene membentak! Dia berjalan sambil menghentak kaki. Berselerak daun yang terkumpul di tengah jalan. Laju saja dia tinggalkan Viez dan yang lain di belakang.

"Manalah aku tahu. Baguslah boleh merapatkan hubungan ...." balas Viez selamba. Kaki dipercepatkan bagi menyaingi.

"Banyaklah kau punya hubungan!" rambut yang diikat dengan gaya ekor kekuda terasa ditarik! Irene tersentak dan dia mengundur. Suara Viez tergelak, mencerobohi corong telinganya. Hatinya mendidih apabila mendengarnya!

Lantas dia berpusing menghadap Viez. Wajahnya bertukar merah padam! "Aku tak sengaja." ujarnya dengan ketawa bersisa. Rindu betul nak usik Irene macam dulu. Tengok Irene marah pun dah terhibur!

Kepala Irene menyenget ke sisi. "Oh, kalau macam itu ...." buku lima digenggam sebelum menghenyak perut Viez!

Senak! Rasa sakit menjalar di seluruh urat saraf! Dia membongkok sambil menekan perut di mana tempat ditumbuk oleh Irene. Sakit tempoh hari pun berbekas lagi, ini ditambah lagi! Boleh terputus nyawa dibuatnya!

Irene tersenyum mengejek. Puas hati dia lihat Viez mengerang sakit. Itulah siapa suruh cari pasal. Main tarik-tarik rambut, penat dia ikat rapi tadi. Dia kembali membuka langkah. Tak peduli pun tentang Viez.

"Rena ... kau rasa mereka okay ke?" soal Erina. Kepala digaru. Irene dan Viez yang berjalan di depan dipandang.

"Entah ...  biarlah. Mereka dari dulu memang macam tu kan?" tenang dia bersuara. Erina mengangguk setuju. Paulina diam membisu.

Awan mendung berarak pergi. Kini pancaran mentari menyinari suasana mendung. Sekelip mata sahaja suhu bertukar panas terik! Beginilah cuacanya sekarang ini. Cuaca tidak menentu. Panas bukan main! Sampai tahap kemarau! Kulit pun boleh terbakar!

"Rena! Irene pengsan!" panggil Viez cemas.

Erina yang duduk di atas puting beliungnya, terus melayangkan tubuh. Tanpa membuang masa Rena dan Paulina berlari anak mendapatkan Irene.

"Kenapa dengan dia?" Rena menyoal.

"Tak tahu. Dia cakap sakit kepala selepas itu terus pengsan." Viez memangku Irene.

Tangan diletakan pada dahi Irene. Rena menekan cahaya hijau masuk ke dalam kepala. "Ini mungkin boleh kurangkan sakit.   Em ... kita kena berpatah balik dan hantar dia pulang." ujarnya risau. Erina mengangguk sokong.

Tidak semena-mena lengan Rena ditangkap perlahan."Jangan Rena! Teruskan saja perjalanan. Aku akan okay selepas kita berehat."

"Kau kena balik juga. Aku boleh hantar kau." Viez mencelah risau.

"Kau diam! Aku kata tak nak tu tak naklah!" marahnya tetapi dengan nada suara perlahan. Irene menarik muka. Degil tidak mahu balik.

"Kalau macam itu, kita berehat dulu." ujar Rena menarik tangan Irene. Diletakan ke atas bahu dan bawa ke sebuah pokok. Irene disandarkan di situ.

Dilihatnya Paulina sedang berbual-bual dengan Viez. Teringat dia ketika menuju ke pulau Graviti. Jalan ini pernah dilalui. Terpaksa hadapi serangan kembar Paulina. Mereka bertarung dan salah satu dari mereka cedera iaitu Joshua. Nyawa lelaki itu tak panjang sebaik sahaja tiba di pulau Graviti. Ya, dia masih ingat Joshua lagi.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now