15. CERMIN?

1.7K 184 3
                                    

Menu makan malam mangkuk berisi sup ayam dipandang tanpa ada rasa selera. Tangan kiri menongkat dagu. Sebelah lagi memengang sudu. Wap sup naik ke muka. Aroma rempah sup keluar masuk ke lubang hidungnya, tidak memberikan dia selera untuk makan.

   "Jika kau telekinesis, aku mampu manupulasi masa. Aku mampu kawal masa. Dengar sini baik-baik, aku tak ada urusan dengan kau dan kau jangan masuk campur. Ini satu amaran buat kau!"





   "Ini satu amaran buat kau!"






   "Ini satu amaran buat kau!"



     Carla mengetap gigi tatkala ayat itu bermain di benak fikiran. Bagi dia siapa lelaki itu nak beri amaran! Ingat anak putera Raja? Banyak cantik dia! Sudahlah kurus keding pulak tu! Lelaki itu kawal masa bolehlah! Sekuat mana telekinesis dia, dia pun tidak mampu untuk menandingi kelebihan lelaki itu. 

     Tetapi lelaki itu mesti ada kelemahan juga. Tidak mengapa itu dia boleh fikir nanti. Sekarang ini, yang lebih penting apa kaitan Irene dengan lelaki itu, musuh? Balas dendam? Jika difikirkan logik, Irene baru sahaja tinggal di sini, tidak pernah mengenali sesiapa lagi apatah lagi menimbulkan masalah setakat ini.

   "Carla? Kau tak mahu makan ke?" Irene menyentakan lamunan, Carla. Gadis berambut putih terus terkebil-kebil melihat, Irene.

   "Ada apa dalam sup tu sampai kamu tak mahu makan?" soal Aiyra. Sejak dari tadi dia perhatikan Carla asyik termenung hingga tak terusik sup ayam yang dia masak. Irene pun sudah siap makan, sekarang dia berlalu ke dapur untuk mencuci mangkuk.

   "Ha? Oh, saya belum ada selera nak makan. Hmm ... saya nak masuk bilik dulu. Kalau lapar saya akan makan." kata Carla seraya melepaskan sudu. Dia menolak kerusi sebelum berdiri. Sempat dia mengulum senyuman.

   "Aik, mana Carla?" Irene menyoal sambil mengelap tangan yang basah. Kelibat Carla sudah tidak ada di situ.

   "Dah naik bilik."

Irene berjalan melepasi tangga. Kemudian dia belok ke kanan. Pintu bilik dia tolak perlahan. Carla tidak ada di situ. Pandangannya tertacap pada pintu bilik air yang tertutup rapat. Kedengaran pili air dibuka, menandakan bahawa Carla baru sahaja masuk mandi.

   "Bukan dia dah mandi ke tadi? Kenapa mandi lagi? Sepatutnya aku yang mandi sebab belum lagi." dia duduk di atas katil, menunggu Carla siap.

30 minit kemudian ....

Carla masih tidak keluar dari bilik air. Dia sudah mula rasa mahu terjah sahaja pintu bilik air! Dia tidak boleh menunggu lagi. Apa benda perempuan ni buat lama-lama dekat dalam itu? Tidur ke?

Irene bangkit dari pembaringan. Dia duduk bersila. Pintu bilik air masih lagi tidak menunjukan tanda-tanda Carla mahu keluar lagi. Senyap pula itu. Irene capai tuala lalu mendekati pintu. Nampak macam tidak berkunci. Teragak-agak dia mahu menolak pintu.

Ah! Lantaklah redah!

Tab mandi penuh dengan buih sabun. Hanya kelihatan kepala Carla sahaja yang timbul. Mata mereka bertembung. Cepat-cepat Carla menimbulkan keseluruhan kepala bersama muka terkejut. Wajah diraup perlahan.

   "Apa kau buat dekat sini?" terbuntang mata tiba-tiba Irene menyangkut tuala di tempat penyidai.

   "30 minit aku tunggu. Aku nak mandi tahu tak" marah Irene dengan nada perlahan. Seluar panjang menutupi kaki ditanggalkan lalu dia campak ke tepi.

   "Hey! Hey! Kau nak buat apa ni! Apahal buka pakaian ni? Kau pakai balik dan keluar sekarang!" Carla mengarah Irene tetapi gadis berambut merah itu selamba badak mendekati tab mandi.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now