1. PERUBAHAN

3.4K 251 17
                                    

              Derapan tapak kasut kedengaran jelas dalam keadaan sunyi sepi ketika ini. Ranting-ranting kayu dipijak patah. Seorang lelaki sedang berlari laju meredahi hutan. Kelihatan dia dalam keadaan tergesa-gesa seperti dikejar oleh sesuatu!

Dada berombak kencang, debaran seakan memukul-mukul dada tidak tentu arah. "Ini maklumat penting! Aku mesti sampai ke bandar dan laporkan tempat persembunyian mereka!" sesekali dia menoleh ke belakang bersama wajah ketakutan.

              Tanpa disedari, pergerakannya diperhatikan dari atas bukit berbatu, seseorang sedang memberi pandangan tajam persis burung helang dari atas. Kaki diletakan pada atas batu. Dia masih mencerlung ke bawah. Dari pandangannya ini, lelaki itu kelihatan seperti seekor semut yang sedang berjalan untuk pulang ke sarang. Pedang tersisip pada pinggang ditarik. Dengan tenang pedang diangkat ke sisi kanan lalu diserongkan sedikit.

Pedang tersebut dilihat berpusing tatkala ia dilempar! Melayang bagaikan bomereng terbang membelahi udara! Lelaki itu perasan lantas menoleh sambil melajukan langkah. Namun begitu, pedang tersebut lebih laju mempenggal leher sebelum sempat dia mengelak!

Darah memancut keluar! Kepala terpisah dari badan dan bergolek di atas tanah. Tubuh tanpa kepala jatuh melutut lalu terbaring tumbang! Dia turun dari bukit berbatu. Pedang terpacak pada tanah dicabut perlahan. 

    "Aku tidak ada niat mahu membunuh dengan cara yang kejam." ujarnya, kepala digeleng perlahan. Dia menghela nafas berat.

     "Kau tahu tidak Alice, ramai pula mereka tadi yang serang." Gadis bertubuh genit melompat turun dari pokok secara tiba-tiba.

Alice terkejut beruk lantas dia mengundur ke belakang. "Ah! Kau buat aku terkejut, Erina!" gadis itu dijeling sekilas. Erina tergelak kecil, melihat muka tidak puas hati, Alice. Sumpah buruk gila!

      "Kejamnya!" Erina bersuara sebaik sahaja duduk meninggung di sisi tubuh tidak berkepala. Kelopak darah dipandang sebelum beralih pada Alice. Tidak tahan lihat lama boleh loya anak tekak bila melihat darah melimpah-limpah.

       "Terpaksa ... jika tidak dia akan hebohkan tempat keberadaan kita." Alice membidas. Pedang sudah menyarung ke sisi. Erina kembali bangun dari duduk meninggung. Sempat dia pandang jijik kepala lelaki itu, terpisah di pangkal pokok besar sisi jalan.

        "Puteri bongsu negara Lycria sudah berubah. Dahulu dia tak adalah sekejam ini." Seloroh Erina.

         "Perubahan dunia ini telah memaksa aku untuk berubah. Aku tak minta pun jadi macam ini. Engkau pun sama ... dua kali lima! Tidak perlu nak mengata aku. Sengal!" Alice memerli dan Erina hanya menayangkan muka toya.

Dunia berubah telah memaksa diri mereka juga untuk berubah. Situasi dahulu dan sekarang tidak mungkin sama lagi. Dahulu, perlindung ... sekarang mereka dianggap pemberontak! Semuanya sudah terbalik! Mereka sekarang adalah musuh utama!

Kerajaan baru sekarang ini sudah bertukar tangan dek serangan mengejut selepas peperangan besar. Mereka diserang secara mengejut tanpa bersiap siaga. Permaisuri Ellie, Raja Adrian, Raja Alfron telah terbunuh dalam serangan tersebut. Impak dari itu kerajaan mereka di rampas oleh Vladmir!

Pemerintahan diktator dilaksanakan. Semua negara menjadi satu. Penduduk dipaksa menerima kerajaan baru tersebut, jika tidak mereka dihalau keluar dari ibu kota ataupun dibuang jauh. Mereka yang tiada tempat lain terpaksa menerima.

Minotaur melibas kapak besar ke sisi. Kaki mengundur setapak, serangan ganas itu dielak dengan mudah. Pedang tergenggam kemas mencatas lengan Minotaur tersebut sebaik sahaja mempunyai peluang terbuka. Minotaur menjerit sakit dan darah tidak berhenti dari mengalir. Ini membuatkan biatang itu bertambah berang!

            Belum sempat Minotaur melepas amukan, perutnya ditumbuk kuat. Tumbukan tersebut telah menghasilkan satu bentuk gelombang. Tubuh sasa Minotaur tercampak ke belakang dan terhempas pada pokok berduri. Minotaur tersidai di situ. Duri-duri menembusi dari belakang badan. Darah tersembur dari mulut. Biji mata Minotaur turut terbelalak!

Tiba-tiba sahaja Rena diserang. Memang cari nahas Minotaur ini. Cari penyakit pula, inilah padahnya! Macam-macam wujud sejak pintu Maldvis terbuka! Banyak binatang pelik yang keluar dari situ.

              Sementara itu, Ryan pula berdiri ditengah-tengah ruang. Pandangan diliarkan ke seluruh genap hutan itu. Walaupun tenang, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Udara disedut dalam. Mata dipejam buat seketika, sebelum membuka kembali.

Sekelip mata sahaja, dia sudah dikepung oleh lima orang lelaki berotot kekar. Ryan cuma berlagak selamba. Kesemuanya padang macam mahu telan Ryan hidup-hidup! Salah seorang lelaki menerpa ke arahnya, Ryan mengelak dari terkena tumbukan. Tangan lelaki tersebut ditangkap kemas. Kaki melibas naik ke atas dan tepat menghentam muka. Lelaki itu jatuh tersembam ke sisi.

                Ryan membongkokan badan apabila ada merasa serangan datang dari belakang. Dia berpusing seraya penumbuk dihayunkan sekuat hati pada perut, tidak cukup dengan itu dia tarik rambut lelaki itu dan menghentak lutut! Ryan memeluk lengan berotot kekar itu lalu dilemparkannya ke sisi sehingga menghentam pokok!

                Dia mendecit kegeraman apabila tiga orang datang meluru. "Aku nak selesaikan secepat mungkin. Aku letihlah macam ni!" pedang ditarik perlahan.

Kakinya mengorak langkah selaju mungkin sambil pedang menyerong ke sisi. Libasan tiga ratus enam puluh darjah membuatkan ketiga-tiga lelaki tersebut jatuh menyembah tanah! Dia mengukirkan senyuman puas.

    "Selesai semuanya?" suara Rena menanya.

Ryan menoleh ke sisi. Gadis itu muncul disebalik pokok tidak berdaun dengan berwajah kosong. Ryan tersenyum berbunga-bunga bila melihat Rena muncul.

     "Ahahahaha! Mana budak dua ekor itu? Aku harap mereka okay." ujarnya mencari kelibat Erina dan Alice.

Mereka rapat tetapi macam anjing dan kucing. Kerap bergaduh tak kira tempat! Kadang kala Ryan juga risau. Jika di depan mata boleh juga dia luku kepala Erina dan Alice.

    "Tahulah mereka hendak cari kita. Aku ada terjumpa rumah lama. Tempat itu macam sesuai." Rena bersuara tatkala berjalan beriringan. Meredahi hutan yang seakan mati kering. Tumbuh-tumbuhan hijau dahulu bertukar coklat. Bunga warna-warni hilang seri, inilah buktinya segala-galanya telah berubah.

   "Betul ke? Ah, tak perlu lagi duduk dalam khemah lagi." Ryan tersenyum suka. Mereka sebenarnya mencari tempat selamat untuk berlindung. Itulah mereka merayau mencari tempat yang sesuai! Tinggal dalam khemah amat merbahaya kerana mereka sering diserang. Bahaya datang tidak kena masa. Sampaikan mereka tidur pun tidak lena!

Seketika keadaan menjadi senyap. Mereka diam tidak berkutik. Rena berjalan mendahului dan Ryan mengekori dari belakang. Tiba-tiba Rena berhenti secara mengejut dia memusingkan badan. Ryan tersentak cepat-cepat dia berhenti. Hampir saja dia nak terbabas melangar Rena!

    "Tapi kau jangan terkejut bila tengok rumah itu."

White Guardians 2 Where stories live. Discover now