68. TIME CHANGES

715 101 8
                                    

Irene menekan perut lalu meraba-raba. Bagaikan direnjat, dia mendesis sakit. Kemudian dia mengiring ke kanan. Terbeliak biji mata melihat Viez baring dekat di sebelahnya. Irene menahan nafas lalu menghembus perlahan. Terkebil-kebil matanya tengok muka Viez dari dekat.  Tidak semena-mena pipinya bertukar merah jambu, malu-malu.   

Dia lupa sekejap apa yang sedang berlaku. Dia mahu berbaring dengan tenang tanpa otaknya berfikir berat dan terbeban dengan duina realiti. Dia mahu dirinya bebas sekejap dari masalah yang dipikul-pikul di atas bahu. 

Wajah Viez di pandang setiap inci. Hembusan nafas dapat dia dengar. Perasaan pada lelaki itu sudah kembali mekar, cuma dia saja tak mahu mengaku! Dia juga nampak Viez berusaha untuk curi balik hatinya. Dia sebenarnya takut! Sangat takut akan datang nanti Viez terluka sekali lagi macam sebelum ini.

"Mesti kau menderita masa aku pergi dulu kan?" hidung Viez dia sentuh perlahan. Irene tersenyum kelat.

Kemudian dia terdiam lalu terkenang saat-saat dia tinggalkan Viez. Perkara itu seolah-olah masih lagi segar dalam ingatan. Sakit bila teringat balik. Tetapi apa dia boleh buat? Itu semua dah berlalu. Masa tidak boleh diputar kembali. Dia buat pun terpaksa sebab nak menyelamatkan ibunya. 

"Aku minta maaf Viez ... aku minta maaf ...." bisiknya perlahan lalu dia menggosok mata yang sudah berair. 

Mulut ditekup agar tak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh membuatkan Viez terjaga. Perasaan serba salah datang tidak berkesudahan. Serba salah seban sudah hancurkan hati seseorang.

"Irene, berhenti bazirkan air mata kau. Aku tak kisah pun pasal benda tu lagi." Viez bersuara.

Irene terkedu. Kedua pergelangan tangan dipegang kemas oleh Viez. Lelaki berambut perang itu sudah terjaga dari lena. Irene terdiam seribu bahasa lalu tertunduk menangung malu.

"Pandanglah aku ...."

Sengaja melarikan pandangan ke tempat lain.

"Kalau tak aku jolok biji mata kau." ugut Viez.

Terus Irene membalas dengan jelingan tajam. Viez tergelak kecil sambil menekup mulut. Lagi bertambah masam muka dia.

"Okay, aku minta maaf. Sekarang aku serius ni."

"Ah, kau ingat aku ni hiburan untuk kau gelak ke? Itu ... kau punya biji mata yang kena korek dengan aku." kata Irene bengang. Hilang perasaan malu tadi. Viez tersengih seperti kerang busuk. 

Air liur diteguk melepasi kerongkong. Irene menjarakan badan dari Viez tetapi dia ditarik terus ke dakapan! Dia kaku bak patung. Jantungnya tidak usah dicakap, memang berdegup habis!

Viez meletakkan dagu di atas kepala Irene. Tangannya pula melilit rapi di pinggang. Dia diperangkap ketat! Irene kehilangan kata-kata.  Tak tahu nak cakap apa.

"Lepas ni jom kita bina keluarga?" ujarnya lembut. 

Selepas saja soalan itu,  suasana dalam hutan terus jadi sepi. Hanya tiupan angin menggugurkan daun kering di sekeliling mereka. Irene kekal diam. Dia tergamam.

"Tak apa. Aku tunggu jawapan kau." katanya tersenyum manis. 

"Viez! Irene! Rena! Mana korang!" laungan Alice kedengaran dari jauh. Mereka berdua berbalas pandangan.

"Kami ada dekat sini!" pekik Rena tiba-tiba lantas dia bangun dari bersandar pada pokok yang hanya jarak sepuluh tapak saja.

Sepantas kilat, Irene menolak badan Viez lalu meronta-ronta nak lepaskan diri. Tahap malu kian menebal sampai muka pun turut membahang!

"Tak nak!"

"Bodohlah, jangan buat aku macam nilah! Aku pukul kejap lagi!" Irene meradang.

Sedang Viez tergekek ketawa, Irene menghantukkan kepalanya ke dagu lelaki itu. Pelukan terlerai. Viez terdiam sejenak apabila tergigit lidah, lantas Irene tolak Viez dan mengesot ke tepi.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now