4. WANTED!

2.3K 230 5
                                    

   Di bawah sinaran bulan biru, seorang lelaki berkaca mata sedang berdiri di atas jambatan. Menatap sehelai kertas berwarna coklat pada tangan. Begitu lama dia merenung kertas itu tanpa ada perasaan. Wajahnya hanya mendatar dan kelihatan kosong.

'WANTED!'

Itulah perkataan besar yang tertera di atas kertas dan terpampar gambar seorang gadis berambut jingga. "Alice." bisiknya kemudian dia tersenyum di sebalik baju sejuk yang menutupi separuh muka.

Ganjaran sekotak peti emas akan diberikan kepada sesiapa yang dapat menangkap gadis itu sama ada hidup ataupun mati! Bukan Alice sahaja di tangannya malah ada juga gambar Ryan, Rena, Erina dan Viez. Kesemuanya ada di situ. Mereka dikehendaki!

   "Argh! Lepaskan aku!" seorang gadis sedang bergelut dengan seorang lelaki berhampiran di situ. Lelaki berkaca mata beralih arah dan menerhati gelagat mereka tanpa niat menolong.

   "Serahkan duit atau aku akan bunuh kau!" jerkah lelaki itu, pisau lipat diacu dan lengan gadis itu dicengkam kuat. Namun gadis itu cuba melawan! Dia berjaya sepak perut lelaki itu dan mengigit pergelangan tangan sehingga pisau lipat terlepas.

   Gadis itu kemudian berlari menghala lelaki berkaca mata sambil menjerit meminta tolong. "Tolong! Saya merayu pada awak. Tolong saya." Lelaki berkaca mata tidak memberi tindak balas.

Dari atas hingga ke bawah, dia merenung gadis itu. Mata kelihatan sembab, hidungnya merah seperti badut dan terdapat luka-luka kecil pada lengan. Sadis. Sekali imbas sahaja sudah dapat tahu begitu banyak penderitaan dalam diri gadis itu.

   "Terlalu banyak penderitaan yang kau alami. Aku boleh tolong kau ...." tangan kanan menunjuk tepat pada dada. Cahaya hitam memancar halus menembusi dada gadis itu sebelum sempat membuka mulut! Gadis itu terbeliak sebelum memuntahkan darah. "Aku hanya boleh tolong hapuskan segala penderitaan yang kau tanggung."

   "Dia sudah mati? Dia sudah mati?" lelaki yang bergelut dengan gadis itu datang mendekati. Dia terkejut dan seperti tidak percaya!

Tetapi itu hanya sebentar. Lelaki itu berubah tergelak besar dan kembali berkata. "Ahahahaha! Segala kekayaan kau akan menjadi milik ... argh ... aku ...." badan tiba-tiba mengeletar saat dia menunduk dan melihat darah membasahi bajunya. Dia mengerang sakit berbaur suara pertolongan!

   Suaranya bergema di atas jambatan kayu yang menghubungkan dua tempat dipisahkan oleh sebatang sungai. Malang sekali untuknya, tiada seorang pun yang lalu di situ melainkan lelaki berkaca mata di hadapannya. Lelaki berkaca mata langsung tidak bergerak.

Helaan nafas semakin memberat serta dirasakan mahu terputus ketika ini! Kemudian dia jatuh terjelupuk sambil mencengkam dada. Nafas ditarik payah, mata sudah terbelalak kerana berperang dengan rasa sakit yang seakan ditembusi peluru sepucuk pistol! Seboleh-boleh lelaki itu cuba menahan namun dia menghembuskan nafas terakhir di situ.

Lelaki berkaca mata melenyapkan semua kertas pada tangan dengan hanya satu gengaman sahaja. Kaca mata melurut jatuh, diperbetulkan sedikit. Cahaya kegelapan keluar dari badannya dan meresap masuk dalam tubuh si gadis dan lelaki itu.

   "Bangun!"

Serentak mata mereka terbuka luas lantas berdiri. "Bawakan aku Alice Waynestine. Kalau dia melawan, bunuh sahaja dia." arahnya. Tanpa menyahut mereka berdua terus lesap dari pandangan mata. Itulah tujuan utama mengapa dia membunuh gadis dan lelaki itu. Membunuh seseorang untuk dijadikan boneka, mengawal dan berselindung disebalik gerak-geri bonekanya.

   "Ah, mereka arahkan aku untuk edarkan kertas-kertas ini. Apa salahnya jika aku turut serta mencari mereka semua." ucapnya seraya tersenyum sinis.

CAHAYA matahari menerembus masuk melalui jendela yang terbuka luas. Langsir berwarna biru cair, beralun-alun lembut tatkala ditiup angin. Suasana bilik kelihatan begitu tenang sekali. Dinding bilik dicat berwarna biru laut. Meja solek disebelah katil nampak tersusun molek.

Bibir mungil bergerak perlahan sebelum mata tercelik luas. Syiling putih menghiasi pandangan mata buat pertama kali. Terkebil-kebil lama untuk mengaktifkan otaknya yang sudah lama tertidur. Wajahnya kelihatan kosong, sekaligus mengambarkan apa yang ada di kepalanya sekarang ini.

Cadar menutupi paras dada ditolak ke tepi. Pergerakan tangannya menjadi keras seperti robot. Mungkin sudah lama dia terlantar di atas katil. Dia memegang kepala kerana diserang rasa sakit yang mencucuk-cucuk!

Terkial-kial mahu bangun untuk duduk. Mata terpejam dek silauan matahari menembak menerusi jendela. Terasa lama dia tidak melihat sinaran matahari sampai sakit mata dia! Dahi diurut sebelah tangan. Dadanya turun naik menghela nafas secara perlahan.

   "Eh, kau ... sudah sedar?" Teguran itu menyapa halwa telinga membuatkan dia toleh ke sisi.

Gadis bermata merah tercegat bersama kain basah ditangan. Jari-jemarinya mengeletar tatkala dia mengenggam. Dia diam tidak menjawab kerana suaranya seakan disekat sesuatu. Tangan menolak cadar ke tepi lantas mengerakan tubuh ke sisi. Perlahan kaki mencecah lantai tetapi dia jatuh terjelupuk. Kakinya lembik dan tidak terdaya untuk berdiri!

   "Ah, kau baru saja sedar dan belum mampu lagi untuk bergerak." gadis bermata merah melutut di depannya. Dia memeluk pingang Irene dari sisi dan dia membantu dengan berhati-hati.

   "A ... aku ... dekat mana ni?" ujarnya tercungap-cungap mahu melontarkan suara. Dia paksa diri untuk bersuara walaupun amat payah. Kepala disandarkan pada birai katil.

   "Dekat rumahlah. Mana lagi? Aku nak lap sikit badan kau."

   "Kau ... kau ... siapa?"

Gadis bermata mereka tersentak mendengar soalan yang dilontarkan. Mata mereka bertembung. Suasana bilik bertukar hening buat seketika.

   "Irene, kau tak ingat aku ke? Ni aku, Carla." balasnya tidak percaya. Kain basah dia letak atas riba. Pergelangan tangan Irene diusap perlahan.

   "Nama aku Irene ke? Itu nama aku ?" soalnya lagi. Dia kelihatan bingung dengan nama yang disebut, dalam kepala dia betul-betul kosong! Carla membulatkan mata, terkejut dengan soalan Irene.

Ah, sudah!

   "Ya, nama kau Irene. Irene Vrdellys. Kau tak ingat apa-apa ke?"

   "Hmm ... tidak." Irene menunduk lalu tapak tangan dipandang. Masih lagi mengigil tanpa sebab. Carla mengambil kain basah. Jarinya membuka butang baju tidur yang dipakai oleh Irene walaupun Irene mengelak, kemudian dia membiarkan. Kelakuannya terhenti apabila terdengar bunyi perut berkeroncong.

   "Kau lapar? Kejap aku turun bawah ambil makanan dulu." Carla tergelak kecil.

Tanpa menunggu jawapan, Carla berlari turun diiringi senyuman. Sudah tentu dia senyum dah Irene sudah sedar dari koma! Dalam kegembiraannyabini juga terselit rasa sedih kerana Irene langsung tidak ingat akan dirinya.

Carla bukannya menuju ke dapur sebaliknya dia berlari ke ruang tamu seperti mencari seseorang. Setelah didapati tiada sesiapa dia berlari ke arah pintu utama. Kepala dijengah pula setelah dedaun pintu dibuka.

   "Ah, mana pula dia pergi? Keluar pergi kedai ke apa?" rungutnya sambil menghentak kaki. Langkah diajukan ke tujuan asal, dapur.

Carla mengambil mangkuk dan sudu. Bubur nasi di atas dapur, dia cedok berhati-hati. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Gembira! Irene koma sungguh lama. Setiap hari, setiap waktu, setiap saat dia menunggu saat ini. Dia dan ibunya tidak pernah berputus harapan dan tahu Irene akan sedar juga suatu hari nanti.

   Peristiwa lalu masih terbayang segar di benak fikirannya. Kejadian yang memberi kesan perit dan tidak dapat dilupakan bagi sesiapa sahaja yang menghadapi! Seolah-olah baru sahaja berlaku semalam! Carla sebenarnya sempat memindahkan Irene dan ibunya melalui portal ke tempat lain.

Tempat di mana tiada siapa yang tahu kedudukan mereka sekarang dan yang paling penting tak ada yang mampu mengesan mereka! Tempat ini jauh dari mereka yang mengenali. Boleh dikatakan ini tempat selamat untuk dia meneruskan hidup tanpa ada sebarang ancaman.




White Guardians 2 Where stories live. Discover now