35. THE KRAKEN

1.5K 180 8
                                    

Tumbuhan hijau basah dihulur sorang satu. Rena dan Viez makan tanpa rasa ragu-ragu. Air liur diteguk berkali-kali. Dari segi rupa, sudah dapat agak yang rasanya pasti pahit! Irene mengangkat muka, kini beralih mellihat Erina yang terkial-kial ingin menjamah.

"Makanlah. Penat aku mengadaikan nyawa, merendahi lautan berdarah demi mendapatkan rumpai laut ni tahu? Kau patut hargai pengorbanan aku."

Irene hanya merenung rumpai laut pada tapak tangannya, kata-kata Viez tidak diendahkan ibarat lelaki itu bercakap dengan tiang! Viez menghirup udara, menahan kesabaran yang kian menipis bak kulit bawang! Orang mahu cepat lagi pula dia buat hal.

"Hello, Tuan puteri sila menyantap rumpai laut ini dengan kadar segera atau nak suruh Putera ni suapkan? Baru nak makan?" pujuk Viez dengan lembut tapi ayat yang terakhir suaranya menekan.

"Kau punya bising mengalahkan nenek tua. Aku tahulah nak makan. Cuma nak periksa mana tahu kau ada letak racun." Irene memutar bola mata ke atas.  Sekali lagi air liur ditelan payah, sebenarnya dia benci sayur hijau! Tak tahulah setiap kali nak telan pasti tekaknya menolak!

"Paulina, kau tak ada cara lain ke? Aku tak boleh telanlah. Rena tolonglah aku guna kuasa kau kurangkan rasa rumpai laut ke?" rengek Irene seperti budak kecil. Kenyataan itu membuatkan Paulina, Viez, Rena dan Erina terasa ada batu yang jatuh menghempap badan! Kenyataan tidak berasas betul!

Dia berlari mendapatkan Rena. Ditariknya baju Rena. Merayu supaya lakukan sesuatu.

"Mana boleh macam tu. Erina pun boleh makan kenapa kau tak boleh?" balasnya seraya menarik balik bajunya dengan kasar. Erina pantas mengangguk. Pipinya kembung mengunyah.

"Paulina ... tak ada cara lain ke?"

"Maaf Irene, itu je satu-satunya cara. Makanlah kita tak boleh berlengah lagi."

Irene mengetap gigi seraya mengeleng kepala. Peluh berlumba-lumba mengalir turun. Ikutkan hati nak saja dia balik! Lantaklah mereka nak kata apa!

"Baiklah, jangan marah kalau aku paksa." Viez merampas rumpai laut lalu memeluk leher Irene dengan mengunakan tangan kiri.

"Viez! Apa kau buat ni!" meronta-ronta Irene, sambil batang lengan Viez dipukul kuat! Dia memekik macam nak terkeluar anak tekak supaya dilepaskan!

Namun Viez tidak peduli. Sepantas kilat rumpai laut disumbat terus ke mulut Irene lantas Viez menekup. Irene bagaikan tertelan tulang ikan! Dia terdiam sejenak. Bertakung cecair jernih di tubir mata.

"Tagh ... gumna ... kaugh ... Biez! Umph!" pertuturan tidak dapat dilontarkan dengan jelas dek tangan Viez yang menyekat!

"Telan dulu baru aku lepaskan kau."

Erina dan Paulina sudah mengekek ketawa, manakala Rena mengeleng perlahan. Okay, dia kena hentikan semua ini kerana masa berjalan. Tidak tahu macam mana keadaan di bawah laut sekarang ini. Tidak mahu berlengah lagi.

"Dah selesai? Kita kena masuk ke laut." tegur Rena dengan bersabar.  Kalau orang lain sudah lama marah. Tapi dia tidak.

Setelah memaksa Irene telan rumpai laut, Viez melepaskan gadis itu. Dengan lagak selamba dia berjalan meninggalkan Irene dan menuju ke arah laut.

Wajah Irene sudah berubah masam mencuka. Dalam hati berbagai makian dan sumpah seranah dilemparkan terhadap Viez! Betapa sakit hatinya bila diperlakukan seperti begitu! Teruk betul Viez ni!  Dia punya pasallah rasa pahit dekat tekak ni tak  hilang lagi!

"Irene, jom pergi." ajak Erina seraya menarik lengan. Mereka yang lain sudah menunggu.

Irene berjalan sambil menghentak-hentak kaki bagi menunjukan perasaan marah! Siap kau Viez!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now