25. GOBLIN

1.5K 173 12
                                    

Tapak kaki kuda berderap kedengaran. Ia berlari meredahi kawasan hutan membawa seorang lelaki. Di belakangnya juga ada dua orang lelaki juga yang turut menungang. Mereka bertiga kelihatan sungguh tenang, memacu kuda untuk menuju sesuatu tempat.

Lelaki berada di hadapan memperlahankan kuda. Tali ditarik agar kuda pusing ke belakang. Dua orang pengiring atau tepat dikenali rakan, dipandang.

"Kenapa kau berhenti?"  soal rakannya.

"Kita kena cepat sampai ke tempat Revolusi." tambah lagi sorang.

Dia menyentuh benda panjang yang telah dibungkus oleh kain hitam yang sungguh tebal, yang terikat di belakang badannya. Ia  sungguh berat! Mujur badannya besar dan mampu menampung barang itu!

"Aku rasa tidak sedap hatilah hendak lalu kawasan itu." luahnya risau.

"Kita tak ada pilihan lain. Itu sahaja jalan yang ada!"

"Ayuh, jalan! Kita kena bawa benda ini pada Tuan Surez! Kita tidak boleh berhenti lagi."

Tanpa berlengah mereka kembali meneruskan perjalanan. Hati mereka berdebar-debar! Sebentar lagi mereka akan melewati satu kawasan yang di mana menjadi sarang Goblin! Mereka sebenarnya bukan bertiga tetapi sepuluh orang pada awalnya! Tujuh lagi yang lain terkorban apabila mereka melalui kawasan itu.

"Jangan berhenti! Kita pecut sahaja!" arah lelaki di hadapan seraya merendahkan badan. Setelah hampir tiba. Bersedia mahu menunggang laju!

"Argh!" jerit salah seorang rakannya di belakang diikuti suara kuda mengerikik kuat!

"Alvin!" dia menoleh. Rakannya itu sudah jatuh ke tanah manakala kudanya sudah tidak terkawal!

Sekelompok Goblin mengerumuni tanpa sempat Alvin bangun! Hanya tangan Alvin tergapai-gapai meminta bantuan! Makhluk kecil, berkepala botak, berkuku tajam dan bertelinga runcing, membaham rakannya itu! Darahnya mula membanjiri.

"Kita terpaksa tinggalkan dia. Cepat jalan Felix!"

Kini tinggal mereka berdua. Jarak perjalanan mahu melepasi kawsan titik panas goblin jauh lagi! Mereka memecut laju.

Goblin tetap mengejar dari belakang. Kepantasannya hampir menangani kelajuan kuda yang ditungang!   Jumlahnya semakin meningkat. Goblin membanjiri tanah, tidak cukup dengan itu ia memanjat pokok dan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain! Berpusu-pusu mengejar. Seolah-olah tidak mahu melepaskan mereka pergi!

Seekor goblin menerkam dari pokok, ia melekap di belakangnya. Dia begitu terkejut tatkala badannya dicengkam! Malah barang penting yang dibawa olehnya juga ditarik-tarik!

"Ash! Tolong aku! Barang ni ditarik!" Felix mengerakan badan dengan kasar ke kiri dan ke kanan. Muka berubah cuak! Namun goblin tidak berganjak dan terus melekap.

"Bertahan Felix!" balasnya sambil menghunus pedang lantas mendekati temannya. Goblin ditikam dari belakang sebelum baling ke sisi, terkena goblin yang lain.

Namun begitu, kuda yang ditungang tiba-tiba hilang kawalan. Ia melompat tatkala beberapa goblin mencengkam kaki.  Ash hampir sahaja terjatuh tetapi dipaut kudanya dengan kuat. Dia mula cemas. Pedang dihayun secara rawak.

"Ash!" panggilnya apabila melihat Ash dikerumuni goblin.

"Pergi, Felix! Pergi jangan pedulikan aku!" jeritnya sebelum jatuh dari kuda akibat ditarik.

Felix berpusing. Pedang pada tangan digenggam erat."Argh! Aku tak akan biarkan kau mati dekat sini!"

"Kau sudah gila ke! Argh!" seekor goblin mengigit lengannya, gigi tajam menebusi kulit lantas ditarik! Darah merembes keluar!  Goblin beralih pandangan pada Felix. Dia menjadi tumpuan!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now